Bab 1

27.3K 479 30
                                    

Entah untuk kali yang keberapa, Kaisara tilik jam di pergelangan tangannya. Adoi... Mana mamat ni? Kalau janji pukul sembilan, tak pernah sampai tepat pada masanya! Macam manalah dia boleh ada serious relationship dengan mamat tak pandai tengok jam ni?

Malas hendak melangut sendiri, Kaisara pesan makanan. Tunggu Bakhtiar, mahu pengsan dia kat sini. Sambil itu, dia selitkan fon telinga di telinganya. Boring betul lepak sorang-sorang ni.

Jadikan malamku lebih indah...

Jadikan siangku lebih terang...

Biarkan bungaku...

Mewangi... selamanya.

Mendengarkan lagu Akim itu, Kaisara tiba-tiba teringat pasal kisah dia dan Bakhtiar. Simple aje bunyi dia. Mereka berdua sekolah sama dari zaman tadika lagi. Berkawan dari tadika sampailah ke tingkatan lima. Berpisah sekejap pun apabila masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti. Seorang di utara, seorang di selatan. Jumpa pun hanya pada cuti semester sahaja.

Lepas tu, hubungan mereka kembali baik apabila sama-sama menetap di Kuantan. Dari kawan sampailah satu hari, timbul satu persoalan dalam benak Kaisara.

"Bak, apa akan jadi kalau kita sukakan seseorang?" tanya Kaisara. Orang sekeliling gemar gosipkan mereka berdua. Rapat macam belangkas. Apabila cakap kawan, semua tayang muka I can't believe it kononnya.

Lagipun, Kaisara tak ramai kawan lelaki. Bakhtiar ajelah lelaki yang faham segala-galanya tentang dia. Bakhtiar pun tak ramai kawan perempuan. Oh, siapalah yang mampu bertahan dengan mamat mulut laser macam dia tu!

"Orang yang baru kenal atau orang yang dah lama kenal?"

"Ada beza ke?"

"Adalah... Kalau baru kenal, dia akan lebih agresif pada memikat, mengambil hati."

"Oh... Kalau orang yang dah kenal lama?"

Lama Bakhtiar diam. Akal riuh dengan berjuta jawapan. Tapi dia hanya berminat pada dua situasi.

"Akan ada dua situasi sahaja. Sama ada makin dekat, atau makin jauh."

Makin dekat?

Atau...

Makin jauh?

Kuota akal fikiran terus menyusut apabila akal bergendang dengan tanda tanya. Apa jawapan kepada tempat kosong itu gamaknya, ya?

"Kau kenapa? Kau dah tersukakan aku ke apa?" Tak ada simpan-simpan soalan Bakhtiar. Tak reti bahasa kias langsung!

"Cermin diri kau tu sikit, ya."

Bakhtiar ketawa. Tapi dia kembali betulkan duduknya. "Dah tu apa pasal kau tiba-tiba tanya?"

"Kau ingat tak Fakrul? Klien yang aku cerita dulu. Tiba-tiba dia ajak aku kahwin. Sanggup pos coklatlah. Bungalah... Eh, lelaki ni kalau ya pun nak memikat, tak boleh ke bertindak normal aje? Ingat benda-benda macam tu boleh ikat hati perempuan ke? Tak pasal-pasal badan aku naik gatal-gatal seminggu."

"Oh, benda yang sama berulang lagilah, ya? Eh, kau ingat tak ketua pengawas sekolah kita dulu pernah layang ayat-ayat cinta dekat kau, lepas tu kau demam seminggu?" Bakhtiar rewind balik cerita lama mereka.

"Hah, betul. Apa kaitannya? Aku tengah cerita pasal klien aku, kan? Apa hal kau selak memori lama pula?"

"Lepas tu masa zaman kolej kau dulu, bila ada orang nak mengurat kau aje, kau boleh muntah depan mamat tu. Sekarang, bila klien kau bagi bunga dan coklat... Konon nak mengurat kaulah. Terus badan kau naik gatal-gatal padahal kau bukan spesies alergi bunga."

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now