Bab 14

5K 119 6
                                    

Mata Bakhtiar ralit merenung skrin televisyen. Tapi fikirannya melayang jauh. Teringatkan Kaisara dengan tangisannya siang tadi. Nampaknya, Kaisara dah mula sukakan Arjuna. Tanpa gadis itu sendiri sedari.

Minuman dicapai. Terus matanya terpandangkan tangan miliknya sendiri yang berparut itu. Mengingatkan kemalangan yang pernah dirinya alami. Apabila Bakhtiar sedar, ketika itu Kaisara orang pertama yang ada di sisinya.

Masa dapat tahu Bakhtiar kemalangan, risau Kaisara tahap kemuncak. Tapi apabila tengok sendiri keadaan Bakhtiar sekarang, tak jadi nak risau bagai. Nak aje ucap 'tahniah' atas certificate yang diterima.

"Mak kau on the way."

"Alah, apa pasal kau bagi tahu mak aku? Kau pun tahu mak aku macam mana, kan?"

"Okeylah tu. Bolehlah dia sedekahkan bacaan Yasin ke atau apa-apa yang patut supaya pendengaran kau tu berfungsi sikit nanti."

"Hmmm... Manisnya rasa kena perli." Di hujung ayatnya, Bakhtiar gelak kuat.

Kaisara tak mampu bersabar lalu ditampar lengan Bakhtiar yang berbalut itu menggunakan majalah yang dipegangnya. Kuat sehingga menyeringai Bakhtiar dibuatnya.

"Manis tak, sayang?"

"Kau ni tak ada simpati apa ke kat aku? Aku ni baru lepas accident kut. Entah-entah tadi kalau tak panjang umur, dah pegang title arwah. Tak ada rasa sedih terus belasah aku, kan?" Mukanya berkedut menahan sakit. Gila tak sakit? Luka dia baru lagi kut!

"Lain kali merempitlah lagi."

"Aku tak merempitlah. Aku bawa motor pergi kerja."

"Tapi mesti laju, kan?"

"Lah... Dah lambat nak pergi kerja. So, bawalah laju sikit. Alah, laju sikit aje pun. Berkira betul. Kau ni macam bini polis trafik pula aku rasa." Memang kirim salamlah nak tengok wajah berduka-cita Kaisara apabila tengok dia terlantar di atas tilam ni. Dibelasah lagi adalah.

"Kan dah berapa kali aku pesan jangan bawa laju. Bahaya. Patutnya Tuhan patahkan aje kaki dan tangan kau ni. Ini setakat lengan kau aje bergesel, tak payahlah aku nak simpati sangat. Buang masa."

Adoi! Sakit kat lengan boleh tahan lagi tapi sakit kat telinga ni macam nak arwah dah.

"Ara, kau ni kejam betul doa yang bukan-bukan. Kau patutnya menangis tau tengok aku masuk wad." Ini ke kriteria bakal isteri? Tak ada ciri-ciri langsung.

"Tak ada kerja aku nak bazirkan air mata aku."

Kaisara belek telefon bimbit. Software al-Quran dibuka. Surah Yasin dicari. "Aku nak baca Yasin supaya Tuhan sembuhkan pendengaran kau. Jadi lepas ni tak ada alasan dah kau tak dengar cakap orang. Satu lagi, kalau nak bijak, kena berfikir di luar kotak. Bukan di luar otak, ya?! Bismillahirrahmanirrahim..."

Bakhtiar baring. Matanya terkelip-kelip memandang siling hospital. Nasiblah dapat 'rakan serius' macam Kaisara ni. Matanya dipejam. Bait-bait bacaan Kaisara itu memang merdu dan mampu menarik lenanya. Tapi baru aje dia nak check-in mimpi, terdengar suara si emak.

"Ya Allah! Anak makkk! Kenapa hang jadi macam ni sekali?"

Terhenti bacaan Yasin Kaisara apabila menangkap kelibat ibu bapa Bakhtiar.

"Mak cik baru sampai?" Kaisara bersalaman dengan emak Bakhtiar itu. Nampak wajah tua itu risau. Malah pipinya juga basah dek air mata.

"Doktor cakap apa, Ara? Bak nazak ke?" Kepala si anak digosok-gosok perlahan. Tenang sahaja air wajah anaknya ketika ini.

"Eh... Doktor cakap Bak tak apa-apa, mak cik. Mak cik jangan risau, ya?" Rasanya masa telefon tadi, dia dah cakap Bakhtiar tak ada kecederaan yang serius. Mungkin kerana terlalu kaget sampai emak Bakhtiar tak dapat menangkap butiran kata-katanya dengan jelas.

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now