Bab 4

8.9K 194 7
                                    

Keyboard berdetup berlaga bunyi sesama sendiri. Cepat sahaja jari-jemari melalukan idea yang datang daripada perasaan yang menggila. Dahinya berkerut-kerut tika mengulangi bacaan setiap ayatnya. Kejap-kejap ditukar dan diganti dengan frasa yang lebih sesuai.

Setelah berpuas hati, butang Enter mula ditekan selamba. Kemudian tangannya gatal pula menarik tetikus ke arah skrin dan mula klik kiri untuk menyimpan data dokumen.

Selesai pun tiga puluh muka surat!

Kaisara melepaskan rasa semput! Ada juga idea dia hendak menulis meraban-raban malam ini.

Kalau ikutkan hatinya, mood malas masih lagi berterbangan ke sana dan ke mari. Namun apabila mengenangkan beberapa orang pembaca yang merengek (ayat tak menahan...) meminta entri baru, digagahkan juga mood yang tunggang bin langgang ini.

Adoi... Rosak... Rosak... Menulis mana boleh paksa-paksa. Ia datang daripada sanubari yang berkocak dengan perasaan. Ceit! Apa punya statement daaa... Mengada-ada betul!

Kaisara pejam mata. Lepas manuskrip kedua dia kena reject, dia tak patah semangat. Dia perbaiki mana yang kurang. Dan sekarang, novel itu dah diterima dan akan keluar pada bulan ini. Sekarang dia sedang menulis untuk manuskrip ketiga pula.

Konon-konon Mak Enonlah gagah, kalau cerita kurang mendapat sambutan, bantal juga yang jadi mangsa untuk menadah air matanya!

Penat menulis tak ada orang baca... Cuba cakap siapa yang tak sedih?

Tapi itu dululah... Masa baru bertatih merangkak dan meniarap. Sebelum dia kuat mengharungi semua ini. Sekarang dia cuba kentalkan hati.

Kau nak baca tapi tak nak komen ke, nak komen tapi tak nak baca ke, lantak kaulah, Senah! Asalkan aku gembira dengan apa yang aku buat!

Okey, ini memang prinsip baru yang dia tulis dekat depan komputer riba. Biarlah orang tak gembira dengan hasil tulisannya, yang penting dia akan tetap terus menulis!

Tapi itu tak bermakna dia tolak tepi segala komen-komen pembaca. Semua itu penting untuk memastikan tahap penulisannya sekarang! Sentuhan kasih ataupun sentuhan kecundang!

Cuma kita memang tak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Lantaran nak puaskan hati sendiri pun sikit punya payah! Jadi, hadap dan hadamlah selagi mampu. Telan selagi tak tercekik.

Bukan senang nak menjadi penulis. Tapi itu tak bermakna semua itu susah. Menulis ni macam menunggang basikal. Mula-mula kita akan rasa goyah dan takut untuk terjatuh. Namun, kita tetap kena kayuh sehingga kayuhan kita menjadi seimbang. Tak lama lepas tu, kita dah boleh ajak orang berlumba! Kengkononlah.

Tapi itulah spesifikasi bidang penulisan yang menjadi pegangannya. Jatuh itu perkara biasa, tapi kita kena pastikan yang kita tak jatuh di tempat yang sama untuk kedua kali. Itu bodoh namanya. Bodoh kerana tak belajar daripada kesilapan.

"Morning, Ara!" sapa satu suara dari arah belakang. Cepat sahaja Kaisara berpaling. Memandang ke arah housemate yang sedang membetulkan urat-uratnya yang lemau!

"What do you mean about morning?" tanya Kaisara sambil menjeling jam di skrin komputer ribanya. Keadaan sekeliling masih gelap-gelita. Morning apa kejadahnya?

Tapi... Tak sampai tiga saat, matanya mula terbuntang!

"Oh, my dad! Dah pukul enam setengah pagi?"

Punggung Kaisara terasa panas. Terus dia bangun dari duduknya. Patutlah pinggangnya terasa kejung semacam. Lama sangat 'melantak' skrin komputer riba.

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now