Bab 13

4.7K 121 2
                                    

Dari Gebeng, Bakhtiar memecut laju kereta yang dipandunya apabila dapat panggilan daripada Kaisara yang tengah menangis tadi. Risau betul sebab Kaisara yang Bakhtiar kenal, payah nak sedekahkan air mata dia tu. Siapa yang 'hebat' sangat menjentik 'button' air mata Kaisara?

Usai mengambil Kaisara di Tanjung Lumpur yang entah macam mana boleh sesat sorang-sorang kat situ, terus Bakhtiar bawa Kaisara ke Taman Gelora. Dia ajak Kaisara duduk di tepi pantai.

Walaupun jam menunjukkan pukul tiga petang, cuaca sangat redup di samping ditemani angin-angin sepoi bahasa. Harap sangat angin ini mampu menghilangkan rasa sedih yang menghurung hati Kaisara. Ceh! Ayat novel sangat!

Dahlah hari ni dia bawa motor pergi kerja, nasib baik kereta syarikat tak ada orang guna. Bolehlah dia pergi ambil Kaisara.

"Ara, cuba cerita kat aku apa yang jadi?" Tak larat nak layan diam Kaisara, Bakhtiar tanya entah untuk yang kesekian kali.

"Arjuna."

Sejak dua menjak ni makin kerap nama lelaki itu bermain di bibir Kaisara. Kali ini apa pula mamat loyar tu buat?

"Dia buat apa?"

"Dia beli semua novel aku."

"Lah... Dah dia beli yang kau nak menangis ni, kenapa?" Boleh tak dia nak campak Kaisara dalam laut sekarang?

"Boleh tak bagi aku cerita dulu!" Kan tak pasal-pasal kena tengking percuma.

Akhirnya dengan muka tebal tahap sepuluh inci, Kaisara cerita apa yang terjadi. Tentang penipuan yang Arjuna lakukan. Tentang rasa malunya yang menebal dan semangat yang makin menipis untuk terus menulis.

"Ara, boleh aku tanya sikit?"

"Apa dia?"

"Arjuna tu... Dia siapa dalam hidup kau?"

"Apa benda yang kau tanya ni?" Baru reda susunan emosinya, Bakhtiar tanya pula soalan luar alam.

"Yalah, istimewa betul ke dia dalam hidup kau sampai kau terkesan sangat dengan perbuatan dia tu?"

Terdiam Kaisara dibuatnya. Istimewa? Lelaki tu dah buat dia menangis sampai habis tangki tong air mata, Bakhtiar boleh tanya soalan macam gitu?

"Istimewa apa macam tu?! Aku ni rasa terhina dengan perbuatan dia yang macam merendah-rendahkan kredibiliti aku sebagai seorang penulis tau! Kalau kau jadi pengarah filem, lepas tu ada seseorang tu sengaja beli semua tiket panggung tapi dia tak masuk, kau tak rasa terhina ke?"

"Tak." Tanpa berfikir panjang, terus Bakhtiar bagi jawapan.

"Susahlah bercakap dengan lelaki yang tak ada perasaan ni!" Stres dia naik berkilo-kilo rasanya apabila layan Bak.

Mujurlah tempat tersorok. Kalau tak, tak tahulah macam mana nak redakan perasaan Kaisara yang sedang berkecamuk itu. Macam payah aje nak susun mood Kaisara yang bertaburan itu.

"Ara..."

"Diamlah... Aku tengah nangis, kan? Boleh tak kau hormat air mata aku yang turun sekali-sekala ni?"

Ai, Bakhtiar pula yang kena? Kepala digaru lagi. Tapi sekarang dah nak dekat setengah jam Kaisara menangis. Takkan dia tak boleh nak mulakan mukadimah lagi. Mata Kaisara tu dah nak hilang dah. Takkan dia nak jadi pak pacak sampai ke sudah?

"Kalau nak menangis, menangislah sorang-sorang. Apa pasal call aku?"

Hati dah tengah terluka, dengar aje Baktiar cakap macam tu rasa macam luka dalam hati bagai dihiris dengan limau. Pedihnya Tuhan aje yang tahu.

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now