Bab 15

9.9K 242 83
                                    

Hampir tiga hari Kaisara mogok bercakap dengan Arjuna. Jika ada perkara penting, dia akan pesan kepada Kak Habsah ataupun dia letakkan post notes di atas meja Arjuna.

Arjuna dah panas punggung. Hilang idea nak memujuk rajuk Kaisara. Silent treatment versi mogok bercakap tu sangat menyakitkan hatinya.

"Kau apa pasal, Juna? Lepak dengan kami orang tapi tayang muka stres, Ya Rabbi. Kalah orang bergaduh dengan bini," tegur Syam. Bukan senang nak melepak sama ni. Masing-masing dah duduk negeri lain-lain.

"Tak ada apalah."

"Ceritalah apa problem kau, Juna. Tak cerita mana kami nak tahu," pujuk Naim pula.

"Errr... Ada tak tip nak pujuk perempuan merajuk?"

Sejurus selepas itu, mereka bertiga saling berpandangan sesama sendiri sebelum menghamburkan tawa. Arjuna nak pujuk perempuan? Sebab tu muka ketat macam gitu? Ingat masalah apa yang duk serabut sangat tu.

"Hei, tak kelakarlah!" Ini yang Arjuna malas nak buka mulut ni. Bukan dia tak kenal perangai tiga orang 'mangkuk' ni macam mana.

"Part merajuk... Aku surrender, babe. Kau pun tahu aku tak akan pujuk perempuan merajuk ni. Leceh!" Syam angkat tangan menyerah.

"Kau nak pujuk siapa, Juna? Perempuan yang datang reunion dengan kau tu ke?" Kali ini giliran Khai pula bertanya.

Hanya anggukan diberi Arjuna sebagai jawapan.

"Kalau yang tu wajarlah kena pujuk. Comel." Syam dengan komen yang tak bertapis.

"Aku buat salah. So, dia mogok bercakap dengan aku."

"Belikan hadiah." Naim mengusul cadangan. Bukan ke memang itu cara paling terbaik nak pujuk perempuan? Itulah benda biasa yang dia buat bila cik tunang merajuk.

"Aku rasa minah ni tak makan rasuahlah, weh."

"Okey, aku ada satu cadangan. Tapi kau kena bersedia sikitlah untuk terima respons dia. Sebab benda ni tak pernah dibuat orang. Tapi tak salah mencuba, kan? Lagipun aku pernah try kat bini aku. Menjadi. So, nak tak?" Sebagai orang yang paling berpengalaman, Khai sudi buka mulut untuk berkongsi ilmu.

"Apa dia?" Serentak tiga suara bersatu menyambut penuh teruja.

Baru sahaja Kaisara tarik kerusi, terdapat sebuah beg kertas di atas kerusinya. Perkara pertama yang dikeluarkan ialah origami berbentuk burung. Ada tulisan yang tertera di situ.

Dahlah tu marahkan saya. Orang kata, kalau perempuan selalu marah, rambut akan gugur. Nah, saya hadiahkan B kompleks. Bagi rambut awak cantik macam iklan syampu tu. Lagipun, saya tak nak bertanggungjawab kalau kepala awak botak nanti. Kesianlah suami awak, kan? Tak kesian ke kat dia? Paling teruk kalau awak botak, awak paksa saya jadi suami awak nanti. Haru! Haru! So, janganlah merajuk lagi... I am sorry = (

Okey, sumpah Kaisara tak mampu untuk menahan tawa. Botak? Siap belikan B kompleks? Isy, Sungguhlah tak pernah dibuat orang.

"Hmmm... Lega saya dengar awak ketawa." Aiseh! Apa pasal mamat ni boleh muncul tiba-tiba ni? Macam mana nak sambung perang walau sebenarnya dia dah lama maafkan Arjuna?

"Marah saya lagi?"

"Marah tetap marah."

"Okey, awak boleh membebel apa sahaja. Asalkan awak tak mogok bercakap dengan saya."

"Bila masa saya mogok? Awak tak tanya apa-apa pun, kan?"

"Yang awak mengelat jumpa saya tu apa?"

Kaisara senyum tipis. "Mana ada mengelat. Menyampah aje," jujur Kaisara, meluahkan rasa.

Arjuna pegang pipinya. "Kannn... Saya pun kadang-kadang rasa menyampah kepada diri sendiri sejak dua tiga menjak ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now