Bab 9

5.2K 119 6
                                    

Baru sahaja Kaisara bangun dari duduknya, tiba-tiba Arjuna sudah pun berdiri di hadapannya lalu menghalang jalannya. Nak tolak, dia pun tak teringin untuk sentuh Arjuna! Nak marah, dia pun dah penat nak marah-marah! Buat tambah kedut aje.

"Merajuk?" bisik Arjuna, perlahan.

Hampir bertaburan bulu roma Kaisara mendengar suara Arjuna yang halus itu! Ya Allah, mamat ni apa hal nak buat suara perlahan macam gini?

"Tak ada makna nak merajuk!" Kaisara tak minta pun untuk dipujuk. Merajuk dan dipujuk, tak ada dalam kamus hidup dia.

"Boleh tak duduk?"

Mendengarkan suara yang lembut itu, Kaisara mula terpujuk semula. Mula duduk sambil memeluk tubuh. Tapi dah tak ada mood nak mengajar lagi.

Arjuna perhatikan wajah Kaisara dalam-dalam sambil mengkaji perangai Kaisara. Senang nak marah! Senang nak dipujuk. Good!

"Okey, fine... Saya salah! Saya minta maaf. Saya tak akan usik awak lagi." Arjuna sudah mula menunjukkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Tangan diangkat paras dada. Berikrar sebagai tanda janji.

"Kalau awak sakitkan hati saya lagi?" duga Kaisara.

"Saya akan dihukum kahwin dengan awak!" gurau Arjuna, spontan.

"Ceit! Kenapa hukuman awak melibatkan saya?" tanya Kaisara, bengang. Pandai bergurau juga mamat ni rupa-rupanya. Eh... Eh... Eh... Silap! Arjuna memang pandai bergurau cuma gurauannya selalu tersalah tempat.

"Hmmm... Saya rasa awak tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Kekok pula saya dengar."

"Isy... Takkan nak panggil nama pula? Encik tu orang atasan saya."

"Okey. Biarlah panggilan encik tu tertinggal di ofis sahaja. Kalau kat luar, tak payah nak guna. Lagipun, berkawan mana boleh ada batasan pangkat, kan?"

Kaisara dah layang muka terpinga. "Kawan? Since when 'we' are declared as a friend?"

"Okey... Jom, kita betulkan hubungan ni dengan berkenalan semula? Nama saya, Arjuna Andhika! Ada seorang gadis suka panggil saya, Arjun Rampal! Mungkin muka saya ada gaya hero romantik dalam cerita Hindustan tu."

Kaisara ketawa besar saat melihat Arjuna memperkenalkan diri. Perasan betul. Mungkin betul perkenalan ini perlu dimulakan semula.

"Nama saya, Nurul Kaisara. Orang biasa panggil saya, Ara. Cuma ada seorang mamat terputus wayar yang memanggil saya, Sara. Konon-konon untuk melepaskan rindu kepada kekasih yang jauh di mata tapi dekat dalam hati itu!"

"Itulah... Kalau tak dapat Sara yang kat sana, Sara yang kat sini pun jadilah!"

Kaisara membuntangkan matanya. Oh, jangan harap! Ingat dia apa? Tayar ganti ke?

Melihatkan Kaisara yang masih berada di mejanya walau jam sudah menunjukkan jam satu tengah hari, terus Arjuna menegur. Tak pergi lunch ke minah ni?

"Tak lunch?"

Cepat-cepat Kaisara minimize Microsoft Word. Karang kantoi tengah menulis. Memang rangup kena goreng dengan mamat terputus wayar ni. Dia ni kacaulah. Orang dahlah tengah menggelegak dengan idea. Dia sanggup tak pergi lunch sebab nak menulis tau.

"Tak lapar."

"Ya ke? Ke diet? Badan kerempeng macam tu perlukan zat. Jom, lunch dengan saya?"

"Like seriously, I am not hungry, Encik Arjuna." Kalau ya pun Kaisara lapar, dia nak jadikan Arjuna ni lauk masakan dia. Biar dia goreng rangup macam ikan bilis. Mengacau sahaja.

"Okay. If you say so." Arjuna melangkah ke hadapan tapi tak lama kemudian dia berpatah semula.

"Hmmm... Hujung minggu ni free tak?"

Alergi Mamat Romantikحيث تعيش القصص. اكتشف الآن