PANTULAN di cermin kupandang sambil menyangkut kot ke tubuh. Perlahan, aku melepaskan keluhan. Sungguh aku tidak sangka bahawa aku sudah benar-benar bermalam di sini. Di sebuah rumah lelaki yang langsung aku tidak kenal. Gila. Aku betul-betul gila!
Tanpa semena-mena, ingatan terhadap Badri datang menerjah. Dia yang mengamuk dan menggerunkan. Cepat-cepat, aku memejamkan mata, berharap agar tindakan itu dapat melenyapkan ingatan tersebut. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Sebelah telapak tangan pula aku letak ke atas dada. Tenanglah hati, tenanglah jiwa.
Beberapa minit berkeadaan begitu, aku kembali membuka mata. Kemudian, aku memusing badan dan melangkah ke arah pintu gelangsar shoji yang memisahkan aku dari dunia luar. Dengan sekali tarik, pintu tersebut terbuka luas. Sekelip mata, angin sejuk luar menderu masuk. Lambat-lambat, aku menapak keluar hingga akhirnya tegak berdiri di laluan koridor.
Saat itu, aku dapat merasakan segenap tubuh yang mula mengeras. Anak mata terbeliak. Mulut ternganga. Menakjubkan. Sangat-sangat menakjubkan!
Taman yang aku lihat semalam sudah berubah rupa. Jambatan kecil, batu-batuan yang tersusun elok di dalam kolam, pepohon renek dan tinggi...semuanya sudah diselaputi warna putih. Hanya air kolam yang tidak beku dan masih mengalir perlahan. Di hadapanku kini adalah satu dunia magikal yang penuh dengan sucinya putih.
'SubhanAllah.' Dalam hati, berkali-kali aku memanjatkan rasa takjub buat Yang Maha Kuasa.
"Kau dah bangun?"
Aku tersentak. Langsung, aku menoleh pada tuan empunya suara. Arjuna sedang mendekat dalam satu persalinan kimono berwarna biru gelap. Rambut lurusnya dibiarkan lepas menutupi dahi, tidak lagi dengan stail pomade. Melihat dia begitu, dalam rumah tradisional begini, membuatkan dia kelihatan seperti satu watak yang keluar dari drama lama Jepun.
"Kenapa terpacak kat luar? It's cold here," tanya Arjuna lagi, seusai menghadapku.
Perlahan-lahan, aku mengulum senyum kecil. Perhatian kembali ditebarkan ke dunia putih yang terhampar indah.
"It's a magical world. Cantik, kan?"
Arjuna diam tidak mengatakan apa-apa, lalu aku melirikkan mata ke sebelah. Dia masih tegak di sisi. Serius dan sepi. Tetapi, ada yang berlainan dalam pandangan matanya. Seperti semalam, ada sesuatu yang sukar untuk aku teka.
"Kau betul-betul fikir macam tu?" Suara garau Arjuna sipi-sipi menyentuh peluput telinga. Perlahan dan bergetar.
"Apa?"
"That snow is beautiful?"
"Yes, it's cold and yet beautiful. Dalam dinginnya salji, kecantikannya buat hati saya tenang. And you know, Arjuna..."
Dia mengangkat sebelah anak kening, memberi reaksi saat aku memanggil namanya.
"Lepas apa yang jadi semalam, ketenangan adalah apa yang saya sangat perlukan sekarang. So that, saya boleh berfikir. Apa yang patut saya buat, apa rancangan saya lepas ni...everything."
"Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku."
"Kenapa awak..."
"Berhenti cakap aku baik."
Baru sahaja aku ingin sekali lagi menyoal kenapa dia baik denganku, Arjuna terlebih dahulu memintas. Bahkan, dia menyambung lagi, "Aku cuma mahu bayar balik atas budi kau. I've told you, right? Aku tak suka berhutang."

YOU ARE READING
SALJU KYOTO (Published)
Action'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingi...