2

24.8K 639 7
                                    

"Tak guna! Siot!" Azki menyumpah sambil melempar telefon bimbitnya ke atas meja. Dia belum habis bercakap, talian sudah dimatikan. Beraninya perempuan itu! Kalau aku jumpa, memang siap! Memang silap besar kalau nak cari pasal dengannya.

Netbook di atas meja ditutup dengan kasar. Dia bingkas daripada duduk, langkahnya menuju ke balkoni. Dia mahu menenangkan dirinya yang kepanasan. Dia fikir tuntutannya hanya salah bayar, rupa-rupanya telah dipotong dengan sengaja. Memang dia tak boleh terima.

Sebenarnya bukan baru kali ini saja dia perasan, bayaran yang masuk ke dalam akaunnya berkurangan daripada apa yang dia tuntut. Sudah banyak kali tapi dia tak punya masa nak tanya mengapa tuntutannya jadi begitu. Setelah mendengar penjelasan daripada perempuan yang bodoh itu, terus saja suhu kemarahannya meningkat. Dia rasa tercabar. Melampau! Suka-suka nak potong claim aku!

Azki melepaskan keluhan. Kalau saat ini dia berada di pejabat, memang dia sudah bersemuka dengan perempuan yang bodoh itu. Namun, sebentar tadi siapa sangka dia sempat tenggelam dalam kelunakan suara milik perempuan itu. Suara yang kedengaran sungguh lembut sekali. Buat dia terdiam seketika dan hilang punca. Entah macam mana rupa tuan punya suara itu. Secara jujur, dia tak berniat nak marah apatah lagi menengking tetapi mendengarkan suara di talian semakin lembut dan lunak, dia harus bertegas. Memang enak didengar namun, dia tak mudah terpesona.

Telefon berbunyi namun, dibiarkannya untuk seketika. Tanpa dilihat terlebih dahulu siapa pemanggil itu, dia sudah dapat meneka. Siapa lagi kalau bukan Arsyida? Tak pun Si Shahril, teman baiknya merangkap budak pesanan Arsyida. Untuk seketika, telefon berhenti berbunyi. Dia tersenyum. Senang dapat membiarkan keadaan jadi begitu. Dia pasti Arsyida akan sakit hati. Aku peduli apa!

Akhirnya dia melangkah masuk ke dalam bilik semula. Hasrat untuk menyambung tidur tidak kesampaian apabila bunyi telefon mengganggunya. Nak tak nak dia terpaksa juga menjawabnya.

"Yes?" soalnya sambil melangkah semula ke balkoni. Sengaja mahu orang yang menelefonnya dengar bunyi persekitaran luar kondonya itu. Senanglah kalau nak menipu, kata dia sedang buat kerja luar.

"Azki, where are you?"

Suara tegas itu sedikit pun tidak menakutkannya.

"On the way to meet my client."

"Always with the same reason!"

Azki tersenyum. Dia tahu si pemanggil tidak bodoh. Tahu alasan yang diberikan tidak berjaya membuatkan si pemanggil itu percaya tapi, dia tak kisah. Dia memang suka ulang alasan yang sama.

"Since you're the only one not working today please pick up Emili at the airport today at three pm."

"What?!" jeritnya. Ah... ni yang aku kisah! Kenapa mesti aku?

"You heard what I said. Please be punctual, don't be late. Kesian dia nanti"

"Hai... teksi melambak, bukan dia tak boleh balik sendiri!"

"Fetch her or else you'll regret it! Is that clear, dear?"

Serentak itu Azki mematikan talian. Dia mendengus, geram. Ini yang dia cukup tak suka. Main gertak-gertak! Memang dia tak takut pada gertakan itu tetapi dia terpaksa menurut sebelum sesuatu terjadi kepadanya. Arsyida pernah membekukan semua kemudahan yang dia ada termasuk menarik semula kereta sport kesayangannya kerana kegagalannya mematuhi perintah perempuan itu. Ada kalanya dia terpaksa akur dan tak dapat mengelak. Memang kejam! Sengaja gunakan kelemahannya itu untuk membuatkan dia terpaksa menurut.

"Arghhhh!" Jeritnya sekuat hati di balkoni itu. Mahu buang rasa geram dan sakit hati.

Hari ini saja, berkali-kali dia menahan sakit hati. Semuanya kerana perempuan! Menyusahkan orang. Ni satu lagi perempuan yang tak cukup sifat aku kena hadap!
===========================================
Azki hanya memerhatikan Emili yang sendirian memunggah bagasinya ke dalam boot kereta. Tanpa melihat reaksi gadis itu, dia pasti Emili sedang membebel sendirian dan siap buat muka. Mungkin sedang mengeji dirinya. Hmmm... Ingat aku tak tau yang kau suka mengata dan buat muka? Dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu.

Miss XLWhere stories live. Discover now