55

14.2K 375 10
                                    

"I want to see you. It's about Aime. Is that okay? And please don't tell Azki or anyone else."

Emili tidak jadi hendak keluar bilik apabila terdengar perbualan Arsyida melalui talian telefon. Emili mengintai melalui pintu yang terbuka sedikit. Kelihatannya Arsyida yang sudah siap berpakaian sedang menuruni anak tangga. Hatinya jadi galau. Berderau darahnya apabila Arsyida menyebut nama Aime. Mencurigakan! Entah dengan siapa Arsyida sedang bercakap tadi. Lalu, dia tekad untuk mengekori Arsyida. Mahu tahu ke mana Arsyida pergi, berjumpa dengan siapa dan apa urusannya sehingga melibatkan Aime.

Beg sandang di atas meja solek dicapai lalu dia segera keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga dengan laju, tak mahu Arsyida terlepas daripada pandangannya. Nanti tak dapatlah dia hendak mengekori wanita itu. Melihatkan kereta Arsyida bergerak, dia dengan pantas masuk ke dalam kereta Mini Coopernya.

Hatinya berdebar-debar. Dah macam James Bond pula. Mengekori orang dari belakang. Namun, jarak pemanduan dijaga agar tidak terlalu dekat. Bimbang nanti Arsyida menedari kehadirannya. Dia terus memandu, terus mengekori Arsyida. Matanya tidak lepas daripada memerhatikan kereta yang dipandu oleh Arsyida.

Sewaktu kereta Arsyida membelok memasuki Hotel Thistle, dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Sengaja mahu memberi masa agar Arsyida dapat memarkir kereta tanpa menyedari kehadirannya. Bimbang pula kalau Arsyida tahu, nanti tak dapatlah dia mengetahui apa yang Arsyida sembunyikan.
===========================================
Arsyida memilih sebuah meja yang agak terpencil di dalam kafe itu. Dia mahu berbiara tanpa gangguan. Biarpun di dalam kafe itu tidak ramai orang, dia masih mementingkan privasi. Untuk seketika dia membelek telefon bimbit, memeriksa jadual-jadualnya sementara menantikan kehadiran seseorang.

"Hi... sorry, I'm late."

Arsyida sekadar memandang Shahril yang baru tiba dan menarik kerusi di hadapannya.

"Well, what can I do for you? Anything you want to share with me?"

Pertanyaan Shahril itu disambut dengan senyuman. Arsyida dapat lihat yang Shahril sudah tak sabar hendak mengetahui apa tujuan perjumpaan malam ini. Dia percayakan Shahril walaupun Shahril teman baik Azki dan Emili. Dia tahu Shahril boleh dipercayai. Boleh diharapkan.

"Tolong serahkan ini pada Aime," kata Arsyida sambil mengeluarkan sekeping sampul surat dari dalam tas tangannya. Sampul surat itu diletakkan di atas meja. Betul-betul di hadapan Shahril.

"What is this?" soal Shahril, mula tak sedap hati. Diambil sampul surat itu lalu dibuka tanpa keizinan Arsyida.

Arsyida hanya memerhati dan membiarkan Shahril melihatnya sendiri.

"Fifty K? Untuk apa?" soal Shahril, terkejut.

Arsyida tenang dan hanya tersenyum panjang.

"Hadiah perkahwinan. I received her wedding invitation card and I guess she needs this gift. Tak apa, kalau dia kata tak cukup, I will give her more."

"What do you mean tak cukup? Even this... apa semua ni? Begini rendah ke harga cinta dia?" Suara Shahril mula meninggi, siap dilayangkan cek yang tertera nilai RM50,000.00 itu.

"Don't get me wrong. It' just a gift. That's all."

Shahril merenung Arsyida agak lama. Reaksi bersahaja Arsyida itu membuatkan Shahril sakit hati. Kalau dia sendiri sudah sakit hati, apatah lagi Aime!

"I don't think she will accept this." kata Shahril sambil meletakkan semula cek dan sampul surat di hadapan Arsyida. Rasanya ini sudah keterlaluan. Membayar harga cinta yang Aime korbankan. Sudahlah Aime diseksa hati dan perasaannya, mahu ditambah pula dengan cara begini. Tidak! Dia tak boleh jadi tukang hantar pesanan Arsyida kali ini. Cukup, cukuplah!

Miss XLWhere stories live. Discover now