59

19.7K 451 15
                                    

"Aku nak pergi." kata Azki sambil mencabut wayar di tangannya.

Dia tidak endahkan pujukan Emili dan Arsyida yang menyuruhnya untuk berehat. Ini bukan masa untuk berehat. Kalau dia berehat waktu ini maka, dia akan kehilangan Aime buat selama-lamanya dan dia tak mahu menghadapi situasi itu. Dia sudah buang masa selama satu hari dengan tidak sedarkan diri dan dia takkan bazirkan masanya lagi hari ini.

"Azki, you're not feeling well," kata Arsyida sambil menahan Azki keluar dari hospital.

"Mama pernah kata, she's a nice girl and be nice to her. Jangan lepaskan dia tanpa sebab yang betul-betul munasabah. I'll regret it. Remember? Jadi... I won't let her go. Not today, not this time."

Kata-kata itu membuatkan Arsyida terkedu. Nampaknya Azki begitu nekad kali ini dan apa dayanya untuk menghalang Azki?

"Biar aku hantar kau jumpa Aime," ujar Emili sambil memegang lengan Azki untuk membantu lelaki itu berjalan.

Azki memandang lengannya yang disentuh oleh Emili itu. Jika sebelum ini dia tak kisah dan tak rasa apa-apa bila disentuh oleh Emili tapi saat ini dia mula rasa tak selesa. Mungkin kerana sekarang dia sudah mengetahui yang Emili mempunyai perasaan terhadapnya dan dia tak akan biarkan gadis itu terus berperasaan sebegitu kepadanya. Silapnya kerana melayani Emili lebih daripada sepatutnya. Dia sebenarnya lupa, dia dan Emili bukan adik-beradik kandung.

"Mulai detik ni kita kena jaga tingkah laku kita. Antara kita ada batas yang perlu dijaga," ujar Azki.

Emili tersentak. Hati sayu. Sedih? Tentu saja kerana inilah permulaan Azki menjauhkan diri daripadanya. Langkah Azki hanya mampu dilihat dengan sebak di dada.

Sebentar tadi Azki sudah meluahkan kemarahannya. Bukan meluahkan tetapi lebih kepada mengamuk. Mujur tak ada barang yang melayang di dalam wad ini. Azki sudah mengetahui apa yang berlaku, apa yang menyebabkan Aime membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain. Azki sangat kecewa, sangat menyesal dengan apa yang terjadi.

Kini Arsyida takut, sangat takut jika Azki kembali seperti dulu. Menjadi orang asing dalam keluarga sendiri. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Manakan dapat dia memutarkan semula waktu. Nak tak nak, terpaksalah dia terima apa saja yang terjadi nanti.

"It's my fault, Emili... I'm sorry dear," ucap Arsyida sambil merangkul tubuh Emili. Bertambah pedih perasaannya melihat Emili begitu sedih.

"No, it's my fault. Salah Emili sebab biarkan perasaan hanyut dengan cinta yang tak sepatutnya tumbuh. Kalau bukan disebabkan Emili, semua ni takkan terjadi. Semua ni takkan berlaku. Emili yang hancurkan keluarga kita sejak dari mula lagi." Serentak itu Emili melepaskan rangkulan Arsyida dan berlalu keluar dari wad itu.

"Emili!"

Panggilan Arsyida dibiarkan begitu saja. Emili sudah berlari tanpa menoleh lagi kepadanya. Saat ini Arsyida merasakan dunianya semakin gelap, semakin tak bererti tanpa ditemani anak-anak. Selama ini dia hidup kerana anak-anak. Kalau bukan kerana anak, untuk apa lagi?

"Mama... kenapa ni? Mana Azki?"

Suara Ishan membuatkan hati Arsyida sedikit terubat. Lalu, dia menangis kesedihan. Dia masih ada Ishan!

"Ma... kenapa ni? Apa yang terjadi?" Soal Herlina pula.

Menantu pilihannya itu segera mendakap tubuhnya yang sudah lemah. Kini, dia ada Herlina juga. Mujur Ishan dan Herlina tidak meninggalkannya juga. Jika tidak, tak ada makna hidupnya lagi.
 ===========================================
"Nanti!"

Semua tetamu yang berada di dalam kediaman itu memandang ke arah empunya suara. Semua yang ada terkejut apabila melihat seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dan menjerit untuk memberhentikan upacara pernikahan ini.

Miss XLWhere stories live. Discover now