11

16.6K 544 17
                                    

"Mamak?" Azki menyoal.

Aime tersenyum, suka likat reaksi Azki saat ini. Dia tahu, Azki memang cukup tak suka makan di restoran mamak. Emili sudah bercerita kepadanya bahawa lelaki itu begitu cerewet. Banyak makanan yang lelaki itu tak mahu makan, lebih-lebih lagi makan makanan di restoran mamak. Malah, Emili yang baik hati telah senaraikan apa yang tidak disukai oleh lelaki itu. Memang banyak yang Azki tak suka!

Emili tersenyum sambil mengenyit mata kepada Aime. Seronok kerana Azki terkena hari ini. Baginya, tiada masalah untuk makan di situ. Dia tak kisah. Lagipun dia suka makan nasi beriani di restoran mamak. Power seh!

"Aku tak anggap ini hadiah untuk aku!" ujar Azki dengan keras sebaik sahaja mereka bertiga duduk.

Aime mengerutkan dahinya.

"Hesy... orang nak belanja pun banyak songeh!" sampuk Emili sambil mencebik.

"Restoran mamak ni? No way! Aku bukan nak kau belanja aku di tempat macam ni, lebih-lebih lagi dengan adanya 'budak tak cukup sifat' ni!" kata Azki sambil menjeling Emili yang sudah tarik muka.

"Encik ni, demand!" getus Aime.

"Entah tu, mengada-ada lebih!" sampuk Emili lagi.

"Kau senyap! Ada aku cakap dengan kau? Ada?" soal Azki sambil merenung Emili.

Emili mencebik.

"Boleh tak, dalam sesaat korang berdamai?" Aime bersuara, bosan melihat perang mulut antara Azki dan Emili sejak tadi.

"No way!" jawab Emili dan Azki serentak sebelum masing-masing mengalihkan pandangan.

"Huh..." keluh Aime perlahan sambil menggelengkan kepala.

Akhirnya Aime dan Emili saja yang makan di restoran mamak itu.

Azki hanya minum air sambil melihat Aime dan Emili yang makan dengan penuh berselera. Dia tak tahu bagaimana Aime dan Emili boleh begitu berselera sedangkan dia sudah kembang tekak.

"Kita hidup ni tak boleh memilih sangat. Asalkan makanan tu halal, okeylah. Kat luar sana tu masih ramai yang tak makan, tak boleh nak pilih-pilih lagi." Aime berceremah ketika makan.

Azki pula hanya mendengar saja.

"Hmmm... sedanya nasi beriani ni, rugi tak rasa!" Sengaja Emili berkata demikian sambil buat muka, yang kononnya makanan itu tersangat sedap.

"Betul tu! Dengar cerita restoran mamak nilah yang paling sedap kat JB ni." Sahut Aime.

Emili tersenyum sambil mengerling Azki yang nampak sungguh bengang saat ini. Dua lawan satu, boleh menang ke Azki?

"Cepatlah makan! Asyik bercakap aje dari tadi. Kalau dah tercekik nanti, menyusahkan orang!" Akhirnya Azki bersuara setelah berdiam agak lama. Lelaki itu dengan pantas mencapai pisang montel yang terhidang di atas meja.

Aime tersenyum melihat gelagat Azki yang kini makan pisang montel itu. Boleh kenyang ke dengan hanya makan pisang macam tu?
=========================================== Aime tersenyum, cukup senang hati dapat buat Azki menurut kehendaknya tadi. Makan pisang montel di restoran mamak.

Kini mereka berdua sudah kembali semula ke pejabat.

Emili pula terpaksa pulang apabila dimarahi oleh Azki. Azki kata, ini waktu kerja bukan waktu nak melepak. Akhirnya, Aime terpaksa berjanji dengan Emili untuk keluar bersama petang nanti.

"Encik, sekarang saya dah tahu apa persamaan encik dengan kera." Aime memulakan bicara sewaktu di dalam lif. Ketika itu hanya dia dah Azki saja yang ada di situ.

Miss XLWhere stories live. Discover now