48

12.8K 461 9
                                    

Sekali lagi Aime menghadapi hari yang sama. Masuk ke pejabat yang sudah tidak memberikan apa-apa makna. Terasa nak berhenti saja! Tapi mana boleh, Azki tentu marah nanti.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung, matanya tertancap pada sekeping kertas pelekat berwarna merah jambu yang terdapat di tengah-tengah meja. Biarpun dia tak dapat menangkap ayat yang tertulis di situ tetapi dia sudah tahu siapa yang meninggalkan nota itu. Azki! Bila Azki datang? Lalu kertas pelekat itu ditarik dan direnung agak lama.

You have no idea how much I miss you... love you! I want to die...

Terus terbuntang mata Aime. Rasa cemas mula menular ke segenap tubuhnya. Apa makna I want to die ni? Apa Devil ni nak buat? Nak bunuh diri ke?

Pantas dia bingkas, mencapai beg tangan di atas meja dan bergegas keluar dari bilik. Hatinya sudah tak keruan, benar-benar tak keruan! Bermacam-macam perasaan yang melanda dirinya saat ini. Tak henti-henti dia berdoa agar Azki tidak melakukan sesuatu yang bodoh.

Azki, please... don't do something stupid! Ya Allah... tetapkanlah iman Azki!

"Auch! Apa ni main langgar-langgar? Buta ke?!" marah Sofea apabila dilanggar oleh Aime yang berlari macam dikejar hantu.

"Tengok! Tak cakap sorry pun!" bentak Sofea yang geram apabila Aime langsung berlari ke pintu lif. Buatnya masa berlari tu jatuh tersembam, kan bagus!

"Kenapa dengan Aime tu?" soal Nazwan yang baru keluar dari biliknya setelah melihat Aime berlari tadi.

"Entah... manalah I tauh apa jadi dengan buah hati kesayangan ramai tu," jawab Sofea sambil buat muka apabila Nazwan masih memandang ke arah pintu lif yang sudah tertutup rapat itu.

"Bunti macam orang cemburu aje?" duga Nazwan sambil mengerling ke arah Sofea.

"I tak fahamlah... kenapa semua orang sayang sangat kat perempuan gemuk tu?"

"Sebab dia baik," beritahu Nazwan.

"Kalau dia baik kenapa you tinggalkan dia?" Spontan Sofea menyoal. Bukan dia tak tahu apa yang terjadi sebelum dia masuk kerja di sini. Dia tahu yang Aime ada skandal dengan Azki dan Nazwan. Baru-baru ni, dengan Ishan pula.

Bukan dia tak nampak sejak ketiadaan Azki seminggu ni, Ishan asyik bertandang ke bilik Aime. Entah apa urusan mereka. Menyakitkan hati saja, bertambah-tambah menyampah jadinya. Perempuan gemuk itu mampu memikat lelaki-lelaki hebat di syarikat ini. Apa lelaki-lelaki zaman sekarang suka pada perempuan yang gemuk ke?

Namun, melihatkan pandangan Nazwan semakin tajam, timbul rasa cuak pula. Tentu Nazwan maraha kerana keceloparannya itu.

"That was my mistake. Kalau I ada peluang sekali lagi, I takkan tinggalkan dia!" Balas Nazwan dengan kasar.

Terkulat-kulat Sofea memandang Nazwan yang nampak sangat marah. Apalah kuasa perempuan gemuk tu sampai semua orang suka kat Aime!
===========================================
Aime lega kerana menjumpai kunci kediaman Azki yang ada di dalam pasu bunga. Rupa-rupanya Azki masih meletakkan kunci kediamannya di tempat yang sama. Dia tak kira apa nak jadi kalai selepas ini dikatakan pecah masuk rumah orang tanpa izin. Yang pasti, dia perlu menyelamatkan nyawa seseorang. Nyawa Si Devil! Tak sangka nyawa Devil begitu berharga buat ketika ini. Ya... begitu berharga sekali untuk dirinya!

Miss XLWhere stories live. Discover now