27

14.4K 448 8
                                    

"Tak kerja ke hari ni?" soal Syafiyah sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Aime.

Aime yang sedang berbaring di atas katil tersenyum. Seronoknya kalau tak payah kerja hari ni tapi memang tak mungkin itu akan terjadi!

"Kerja... ibu ingat bos orang tu nak bagi cuti percuma ke?"

"Kalau kerja kenapa tak siap lagi? Boleh baring aje?"

"Inilah yang tengah fikir. Bos kata tak payah masuk office sebab hari ni buat kerja luar. Dia datang ambil pukul sepuluh nanti. Isy... musykil betul! Tak pernah-pernah dia bawak orang buat kerja luar."

"Hmmm... okeylah tu. Dapat timba pengalaman baru."

"Sejak kat Desaru lagi perangai dia tu lain aje... kenapa agaknya? Isy... musykil, musykil." Aime masih memikirkan tentang perubahan sikap Azki. Semalam ketika mereka semua mahu pulang dari Desaru, Azki hanya berdiam diri. Bercakap pun hanya satu perkataan iaitu, 'sama-sama' apabila dia mengucapkan terima kasih.

Telefon bimbit milik Aime tiba-tiba berbunyi nyaring. Terkejut dia jadinya.

"Ambilkan, bu... phone tu," pinta Aime.

Syafiyah menurut namun, tak jadi telefon itu hendak diserahkan kepada Aime.

"Encik Devil Bos Kera?" soal Syafiyah.

Aime terkejut. Tak sangka Syafiyah akan melihat nama pemanggil. Serentak itu Aime mendapatkan telefon itu daripada tangan Syafiyah. Aime hanya tersengih apabila melihat Syafiyah yang kelihat curiga.

Syafiyah menggeleng perlahan. Macam-macam gelaran yang Azki dapat! Kesian, kesian. Syafiyah meninggalkan bilik Aime. Tak mahu mengganggu privacy Aime untuk menjawab panggilan.

"Ya, bos?"

"Mimpi ke?"

"Mimpi?"

"Panggil aju bos kenapa?"

Aime senyum. Oh... sebab panggil 'bos' ke, Azki kata dia bermimpi? Hmmm... tak boleh nak bergurau!

"Isy... memang tak bagi orang 'can'! Dalam mimpi pun nak interframe!" Sengaja dia berkata begitu untuk mengenakan Azki.

"Kau ingat kau boleh lepas dari aku? Anyway, kau dah mandi ke belum? Ke... masih terlentang atas katil lagi ni?"

"Pandai betul encik teka! Lagipun encik yang kata nak datang pukul sepuluh. Sekarang baru pukul enam pagi... lambat lagi."

"Aku bagi masa dalam setengah jam, bersiap. Jangan nanti aku dah sampai kau tak siap lagi."

"Hah? Tapi kenapa? Nak buat apa?" Aime panik.

"Jangan lupa solat subuh!" pesan Azki sebelum menamatkan talian.

Aime terpinga-pinga sendirian. Masih tak faham kenapa Azki menyuruhnya bersiap. Aduh... apa hal dia buat perangai macam ni? Nak pergi ke mana pula pagi-pagi buta ni?

Kelam-kabut Aime bersiap. Mujur juga pakaina yang bergosok masih ada di dalam almari. Tak perlu dia buang masa nak gosok pakaian lagi.

Hari ini dia mengenakan skirt dan blaus lengan  pendek berwarna hitam. Dia berdiri di hadapan cermin besar, untuk melihat pakaiannya. Ketika itu dia terpandang rantai leher yang dipakainya. Terserlah betul! Perlahan-lahan dia menyentuh loket berbentuk hati di dadanya itu. Rasa bahagia. Pakai setiap hari supaya hatinya dan hatiku dekat selalu! Aime tersenyum sendiri.

"Aime! Encik Devil Bos Kera dah sampai ni haaa... Cepat turun!"

Laungan Syafiyah mengejutkan Aime. Isy, ibu ni... buatnya Azki dengar mampus aku! Cepat-cepat dia mencapai beg tangan dan keluar dari bilik. Biarpun pagi ini dia kelam-kabut tapi hatinya rasa bahagia saja. Kan ke ada hati Nazwan?

Miss XLWhere stories live. Discover now