BAB 5

3.9K 41 0
                                    

Lima tahun kemudian...

"MA... Ma... Mama." Nurin Aira yang baru sahaja keluar dari kereta Myvi ungunya, terus tersenyum sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh anak kesayangannya. Lebar terus senyumannya.

Tangannya pantas membuka pagar yang berkunci itu. Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terus menerpa ke arahnya. Pipinya menjadi mangsa ciuman bertalu-talu anak itu. Nurin Aira ketawa geli hati melihat telatah anaknya. Lesung pipit terus terbentuk di pipinya.

"Mama... Mama... Lia rindulah kat mama," ujar kanak-kanak itu sambil tersenyum. Sepertimana Nurin Aira, Alia juga mempunyai lesung pipit. Comel.

"Mama pun rindu kat anak mama. Emmm... Nakal tak anak mama hari ini?" Nurin Aira berpura-pura tegas. Dia mengambil Alia lalu didukungnya. Makin berat rasanya.
Riak wajah Alia bertukar masam.
"Alia okey aje, Nurin. Baik budaknya. Bijak pula tu. Bertuah Nurin dapat anak macam Alia ni," puji Kak Midah yang merupakan salah seorang guru di tadika itu.

Wajah Alia kembali ceria. Dia suka mendengar pujian daripada gurunya.
"Yalah tu... Baik apanya? Kat rumah selalu dia buli Nurin, akak," adu Nurin Aira.
Pantas Alia mencium pipi mamanya itu. Nak memujuk katakan.

Terus Nurin Aira ketawa. Geli hati dengan perangai nakal Alia.

"Sayang mama. Mama sayang Lia tak?" tanya anak kecil itu lagi sambil tidak henti mencium pipi Nurin Aira.
"Tak." Terus Nurin Aira menjawab sambil menggeleng beberapa kali. Serius sahaja wajahnya.
"Mama..." Alia sudah mahu menangis.

"Eh... Tak-tak... Mama sayanglah. Kan Alia anak mama, mestilah mama sayang kat Lia," pujuk Nurin Aira. Kak Midah hanya tersenyum melihat mereka.

"Manja betul dia dengan Nurin, kat kelas dia tak adalah manja sangat. Pandai Alia bawa diri," beritahu Kak Midah. Memang benar. Di dalam kelas Alia seorang pendiam, tapi dalam diam-diam, Alia merupakan seorang kanak-kanak yang pintar.

Nurin Aira hanya tersenyum mendengar kata-kata Kak Midah.
"Okeylah kak, Nurin minta diri dulu. Nak bawa budak manja ni pergi makan. Dari semalam nak makan KFC," ujar Nurin Aira sambil memandang sekilas ke arah anaknya.

"Okeylah. Hati-hati bawa kereta," pesan Kak Midah.

Nurin Aira terus meletakkan kembali Alia ke bawah. Lenguh tangannya.
"Lia, salam dengan cikgu," suruh Nurin Aira.

Pantas tangan kecil Alia dihulurkan kepada Cikgu Midah untuk bersalam.

"Assalamulaikum," ujar Nurin Aira sambil memimpin tangan halus Alia.
"Bye, cikgu. Esok jumpa lagi," ucap Alia lalu melambai-lambaikan tangan. Nurin Aira dan Alia tersenyum.
Cikgu Midah menjawab salam dalam hati.

"Cantik! Emak dan anak sama-sama cantik. Dua-dua ada lesung pipit," ujar Kak Midah sebaik sahaja Nurin Aira dan Alia sampai di keretanya.

DARI jauh, Nurin Aira ternampak kelibat seseorang yang sedang bergelak ketawa bersama Alia. Matanya hanya mampu menangkap susuk tubuh lelaki itu. Dia tidak dapat melihat wajah lelaki yang sedang bermesra dengan Alia kerana lelaki itu duduk membelakanginya.

Pantas dia melangkah ke arah meja sambil menatang dulang di tangan.

"Alia..." panggil Nurin Aira. Kurang senang melihat Alia bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Alia dan lelaki itu berpaling. Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Mama..."

Tanpa membalas senyuman dan menegur lelaki itu, Nurin Aira mengajak Alia berpindah ke meja lain.
"Eh, nak ke mana itu?" tegur lelaki itu. Dia perasan raut wajah Nurin Aira yang tidak begitu menyenangi kehadirannya.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now