TEASER : Shamil pilih Aura?

984 20 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"ABANG..."
"Aura?"
"Haah.Kenapa dah tak ingat kat Aura,ke? Nak buat macam mana orang dah kahwin kan?" ujar Aura seolah-olah berjauh hati.
"Apa Aura cakap macam ni? Dah mari masuk,kenapa duk tercegat lagi depan pintu tu.Dah lama abang tak jumpa Aura." Aura melangkah masuk lalu menarik kerusi di depan meja Tengku Shamil.
"Aura saja je datang sini nak kacau abang.Abang jangan marah,erk." Aura tersengih-sengih.
"Abang dah agak.Aura mana pergi? Tiba-tiba berhenti kerja.Sejak abang kahwin tak nampak langsung batang hidung Aura tu.Aura jauh hati ke?"
"Bukan jauh hati,tapi bawa hati yang kecewa ni pergi jauh-jauh."Aura ketawa kecil.
Tengku Shamil merenung Aura dalam-dalam.Cuba mencari makna kata-kata Aura itu.Aura ketawa geli hati apabila melihat wajah abang sepupunya yang berkerut itu.
"Kenapa gelak?"
"Tak adalah,muka abang tu lawak sangat tau.Abang tak payah risaulah.Abang jangan fikir apa-apa yang Aura cakap tadi.Apa yang abang kena tahu,Aura dah terima hakikat yang abang dah kahwin."
"Betul ni?"
"Haahlah.Dulu Aura mengaku yang Aura ada hati kat abang.Tapi, sekarang tak lagi. Aura tak nak sebab perasaan ni,hubungan kekeluargaan kita renggang.Aura dah anggap abang macam abang Aura sendiri,tau."
"Abang minta maaf kalau abang ada buat hati Aura kecewa.Abang hanya anggap Aura dan Syakira macam adik abang sendiri.Aura tahu kan? Abang awal-awal lagi dah cakap dengan Aura."
"Abang tak salah.Aura yang kadang-kadang syok sendiri.Bila Aura tengok abang tolong Aura,Aura perasan yang abang suka kat Aura.Padahal,sayang abang pada Aura macam sayang abang kepada seorang adik perempuannya.Tu je. Padam muka Aura sendiri sebab terlebih perasan."
"Dah tak payah cakap pasal ni lagi.Benda dah lepas nak buat apa kenang lagi.Abang pun dah lupakan.Aura pun kena lupakan pasal ni." Tengku Shamil memandang Aura sambil tersenyum manis.Sejak dahulu lagi dia sudah menganggap Aura dan Syakira macam adiknya sendiri.Lagipun,bukannya dia ada adik perempuan.Aura dan Syakira sepupu perempuannya yang dia rapat sejak kecil lagi."Abang lama tak dengar citer tentang, Syakira. Aura ada dengar tak? Dia pun dah lama tak datang rumah."
"Itu...Aura no komen okey.Pasal Syakira itu masalah dia.Nanti kalau salah cakap tak pasal-pasal Aura kena tarik rambut dengan dia. Abang takkan tak kenal sikap dia tu.Jenis yang tak mudah mengaku kalah."
Tengku Shamil ketawa kecil dengan kata-kata Aura itu.Sejak kecil,Aura memang penakut dengan Syakira.Kalau jumpa je Syakira ,cepat-cepat Aura akan berdiri di belakangnya. Mungkin Aura trauma sejak Syakira menarik rambutnya kerana Aura selalu bermain-main dengan dia.
"Sekarang,Aura takut tak lagi dengan Kira?"
Aura mengeleng laju. "Apa abang tanya soalan macam ni? Aura kan dah besar. Buat apa nak takut kat dia lagi.Kalau dulu pun yalah.Nama pun budak kecil lagi.Syakira dulu garang...fuhhh mengalahkan singa betina."
"Nak buat macam mana.Dah perangai dia macam itu.Dia ikut sebiji perangai mak long.Mak Long kan garang." Tengku Shamil dan Aura ketawa.Kelakar bila mengenangkan sikap garang mak long yang jatuh kepada Syakira.

*Jangan lupa vote⭐️

#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now