TEASER : Cinta Shamil pada Aisyah

690 11 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"Abang minta maaf sayang.Abang terpaksa mungkir janji dengan Sya untuk terima apa yang berlaku dengan redha.Abang minta maaf.Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu je.Hati abang sakit.Abang kena balas dendam atas perbuatan mereka.Biar mereka rasa apa yang Sya rasa."
Tengku Shamil telah berjanji pada diri sendiri akan mencari peragut isterinya sampai dapat. Dia ingin mereka merasai apa yang dia rasa.Kehilangan orang tersayang memang sakit. Dia harus membalas dendam.

*********************
SELESAI membasuh mukanya,Tengku Shamil menuju ke balkoni bilik.Niat untuk tidur sudah hilang serta-merta sebaik mendapat mimpi itu.
Apa makna mimpinya tadi? Adakah kerana dia terlalu merindui Aisyah.Isterinya muncul dalam tidurnya.Tapi kenapa ada dua orang wanita dalam mimpinya? Siapa wanita yang seorang lagi? Dia tidak mengenali wanita itu.
Aisyah seakan-akan marah padanya. Adakah kerana dia telah memungkiri janji? Aisyah langsung tidak tersenyum padanya. Malah Aisyah memegang tangan wanita itu,lalu terus menghilang dari mimpinya.
"Siapa wanita itu? Kenapa dia boleh muncul dalam mimpi aku? Apa hubungan Sya dengan wanita itu?"
Pening kepala Tengku Shamil memikirkan tentang mimpinya.Kerap kali dia bermimpi benda yang sama sejak kebelakangan ini.Adakan ini suatu petanda? Tapi petanda apa?


*Jangan lupa vote⭐️
#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now