TEASER : Shamil minta maaf?

1K 21 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"Awak..."
           Senyap.Nurin Aira melangkah mendekati lelaki itu.Tapi jarak mereka tidak terlalu dekat.Dia memanggil lagi.
          "Apa?" sepatah Tengku Shamil bertanya.Badannya masih diposisi yang sama seperti tadi.
          "Mama suruh turun makan sekarang. Semua tengah tunggu awak.Jomlah turun." Lelaki itu senyap.Nurin Aira mendengus dalam hati.Bisu ke apa? Cakaplah sesuatu,ni diam je. Selepas beberapa minit,Nurin Aira sudah kepanasan, geram dengan sikap lelaki itu. Mulut dia ada emas agaknya.Takut kalau bercakap nanti,habis jatuh emas dia tu.
"Tak apalah saya turun dulu,nanti awak turun ya"
             "Aira..."
             Nurin Aira berhenti melangkah apabila mendengar namanya dipanggil.Apa lelaki itu nak?
           "Aku nak minta maaf tentang kejadian tadi.Aku tak sengaja." Tengku Shamil mengetap bibirnya.Ah...kenapa mulutnya laju sangat mengutarakan kata-kata maaf? Bukankah dia ada egonya sendiri.Ah...dia dah terlajak cakap dah.
            Nurin Aira diam.Ikhlaskah lelaki itu meminta maaf dengannya? Senangnya seorang lelaki yang sangat menjaga ego meminta maaf.Bukankah kalau meminta maaf akan menjatuhkan martabat diri?
          "Saya turun dulu." Nurin Aira tidak memberi jawapan maafnya.Dia tak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak jika dia memaafkan lelaki itu.Nurin Aira terus melangkah walaupun dia masih mendengar lelaki itu memanggil dirinya.

           
*Jangan lupa vote ⭐️
#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now