BAB 8

2.3K 32 0
                                    



"APA?"

         Mak Cik Halimah,Nazim Azwan dan Aiza terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh doktor itu. Berita yang benar-benar tidak diduga oleh akalnya.Serta merta, Mak Cik Halimah meraup kedua-dua belah tangannya ke muka. Dia tidak  menyangka ujian Allah ke atas dirinya. Ujian yang sangat berat.

          "Mak..." Aiza sudah menangis dalam dakapan emaknya. Kenapa emaknya yang dipilih untuk melalui ujian ini? Kenapa tidak orang lain sahaja? Hidup mereka sekeluarga sudah banyak menderita. Mereka tidak mampu untuk melalui ujian ini. Dia tidak sanggup berpisah dengan insan yang sudah melahirkannya. Serasa, sekejap sahaja masa yang dipinjamkan oleh Allah untuk mereka adik beradik bersama emak mereka.

           Nazim Azwan hanya mengeluh berat. Kesian emak. Adik-adiknya masih memerlukan wanita itu sebagai pelindung mereka.

          "Saya dah menyemak laporan kesihatan mak cik beberapa kali. Saya juga ada melakukan beberapa  pemeriksaan ke atas mak cik. Jawapannya tetap sama." Ujar doktor yang memakai tanda nama Johan itu. Kepalanya terangguk-angguk.Ingin mengiakan percakapnya.

          Mereka bertiga hanya diam membisu. Masih terkejut dengan berita yang baru diberitahu oleh doktor itu. Fikiran mereka kosong.

           "Jadi,kami perlu melakukan pembedahan dengan secepat mungkin ke atas mak cik. Saya takut ia akan merebak ke kawasan lain pula." Ujar Doktor Johan. Ketumbuhan yang berada dalam kepala Mak Cik Halimah perlu dibuang dengan segera.

             Mak cik Halimah mengangkat wajahnya.Nazim Azwan terkejut. Aiza terus menangis dalam dakapan emaknya.Dia tidak sanggup mendengar kata-kata Doktor Johan itu.

           "Penting ke doktor?" Nazim Azwan bertanya.

           "Sangat penting.Jika tidak dibuang, ia boleh meragut nyawa ibu awak."

          "Bila pembedahan akan dijalankan,doktor?" Nazim Azwan bertanya lagi.Nyawa emaknya dalam bahaya.Dia perlu menyelamatkan nyawa emaknya dengan segera.

           "Secepat mungkin dan apabila pesakit sudah bersedia.Ini untuk mengelakkan ketumbuhan itu semakin membesar."

          "Berapa kos rawatan doktor?"

          "RM 50000"

          "Hah?"

NAZIM AZWAN mundar mandir dalam biliknya.Kehulu kehilir dia berjalan.Sekejap duduk kemudian berdiri.Semua tidak kena dengan dirinya.Fikirannya buntu. RM50000 perlu dicarinya dengan secepat mungkin.Nyawa emaknya dalam bahaya.

          Mana aku nak cari duit sebanyak tu? Aku mana ada duit simpanan.Semua duit aku guna untuk persekolahan Aima dan Aiza.Geran tanah? Arghhh...Mak Cik Hasnah.Kenapa emak sanggup bagi geran tanah arwah datuk kepada Mak Cik Hasnah.

          Takkan nak jual tanah ni. Nanti mana kakak dan adik-adik aku nak tinggal.Kesian mereka. Tak boleh.Aku kena dapatkan, geran tu daripada Mak Cik Hasnah.Perempuan tamak.

          Tanpa membuang masa, terus dia keluar dari biliknya.Ketika itu hanya dia dan Aima sahaja yang berada di rumah.Laju kakinya melangkah menuju ke rumah mak ciknya. Dia memang tidak mengemari sikap tamak Mak Cik Hasnah.Tak boleh tengok orang lebih daripada dia, mesti macam-macam akan dikatakannya.

            "Mak cik...mak cik" panggil Nazim Azwan sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah batu milik Mak Cik Hasnah."Mak cik, Mak Cik Hasnah," panggil Nazim Azwan lagi apabila sahutannya tidak berbalas.Kali ini lebih kuat.

          "Oii...kau tiada adab ke,hah? Mari rumah orang jerit-jerit," marah Hannah.

          "Mak kau mana?"

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now