TEASER : Shamil oh Shamil

1.7K 28 5
                                    

🌷Kerana Dia Manusia Biasa🌷
Tinggg.Pintu lif terbuka.
"Abang..." Jerit Aisyah lalu ingin mencubit bahu suaminya,tetapi lelaki itu sudah berlari keluar.
Bukkk.
"Eh...maaf...maaf.Tak sengaja." Dia duduk lalu mengutip kembali telefon yang jatuh.Aduh pecah.
"Erk...erk..." Tengku Shamil tergagap-gagap.Ambik kau. Mengusik lagi Aisyah.
"Abang..." Aisyah memanggil suaminya.Dia melihat dengan jelas suaminya melanggar seorang perempuan yang sedang bercakap di telefon itu.
Aisyah duduk sambil membantu gadis tadi mengutip telefonnya yang pecah. Di hulurkan beteri telefon kepada gadis yang berbaju kurung biru di hadapannya.Si gadis menyambutnya lalu tersenyum.
"Sekali lagi saya minta maaf ya,encik.Saya betul-betul tak perasaan tadi.Leka sangat cakap kat telefon sampai tak tengok jalan." Ujar gadis itu.Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya.
"Tak apa,saya pun salah.Jalan laju sangat tadi," ujar Tengku Shamil.Terpegun dia dengan kecantikkan gadis itu.Manis. Aisyah di sebelah suka masam mencuka. Cemburu.
"Nak saya ganti ke telefon tu? Mesti dah rosak." Pelawa Tengku Shamil.
Gadis itu mengelang lalu tersenyum.
"Tak apa.Ini telefon mahal.Takkan sekali jatuh dah rosak." ujar gadis itu.
"Tapi sa..." tidak sempat Tengku Shamil ingin menghabiskan ayatnya satu cubitan hinggap di pinggangnya.
"Aucchh"
Aisyah mengerling tajam ke arah suaminya.Dah orang tak nak.Sudahlah.Jangan nak paksa.Isteri ada kat sebelah pun, dia tak perasan. Lagipun dua-dua salah,jalan tak tengok depan.
Gadis itu hanya tersenyum manis melihat telatah pasangan di depannya.Suami isteri agak.Mesti isterinya cemburu.
"Tak apalah kalau macam tu.Saya pergi dulu ya.Assalamualaikum." Usai berkata terus gadis itu melangkah pergi tanpa mendengar salamnya dijawab.
"Tapi tele..." Tengku Shamil belum habis berbicara dengan gadis itu.
"A...bang." Mata Aisyah bulat.
"Hehehe...abang gurau jelah" Tengku Syamil tersenyum. "Tahu cemburu" sambungnya lagi.
"Mana ada."
"Cantiklah,perempuan tadi Sya.Lesung pipit kiri kanan.Sopan santun pula tu." Tengku Shamil mengusik lagi isterinya.
Hampir terkeluar tanduk Aisyah.Berani suaminya memuji wanita lain di depannya. Nak kena ni. Tanpa menunggu lama, terus dia melangkah masuk ke biliknya.
"Alamak!!! Anak Pak Isyak merajuklah" Tengku Shamil menepuk dahinya.Dia terus mengejar langkah isterinya yang semakin laju.
"Alah,abang gurau jelah sayang.Jangan merajuk." Pujuk Tengku Shamil sambil berjalan beriringan dengan Aisyah.
Aisyah diam.
"Sayang,sayang dah jawab belum salam yang perempuan tu bagi? Tak jawab dosa tau."
"Waalaikumussalam" Jawab Aisyah kasar lalu menutup pintu biliknya.
Tengku Shamil Zaquan terpinga-pinga depan pintu.Nasib baik tak kena muka aku. Aduh! Sya merajuk.Padam muka kau.Siapa suruh usik dia.Bak kata Nabil, lu pkirlah sendiri.

*Jangan lupa vote⭐️

#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now