BAB 9

2.3K 36 0
                                    

                                                              
"ABANG, abang sayang Sya tak?"

           Tengku Shamil yang tengah membaca majalah perniagaan atas katil terus menutup majalah itu.Pertanyaan Aisyah itu membuatkannya terpinga-pinga.Pelik apabila mendengar soalan itu.Pantas dia melangkah menuju ke arah Aisyah yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka.

           Tengku Shamil  merangkul tubuh Aisyah dari belakang sambil matanya memandang suasana malam.Hidungnya terbau-bau haruman wangian yang dipakai oleh Aisyah. Sungguh wangi dan menyenangkan. Dia meletakkan dagunya di atas bahu Aisyah.

         Suasana malam itu sangat indah.Bintang  di langit berkelip-kelip tanpa henti.Sangat cantik. Melalui balkoni bilik mereka yang berada di tingkat empat,bermacam-macam pandangan yang dapat dilihatnya.Tengku Shamil dan Aisyah hanyut seketika dengan pandangan yang cantik itu.

             "Abang..." Aishah memanggil lembut.

             "Emm..."

            "Abang sayang Sya tak ?" Aisyah mengulangi soalannya.

             Tengku Shamil terus memusingkan badan Aisyah menghadapnya.Dia mengangkat sedikit muka Aisyah untuk mengadapnya.Direnung lembut wajah kesayangannya itu. Tangannya bermain-main disekitar wajah itu. Aisyah hanya membiarkan.

             "Kenapa Sya tanya? Sya tak percayakan abang ke?" Tanya Tengku Shamil. Tangannya masih mengusap lembut pipi Aisyah.

             "Abang...tak jawab lagi soalan Sya."

             "Nur Aisyah binti Isyak...abang sangat-sangat sayang dan cintakan Sya.Sya ialah nyawa dan jantung abang tau.Abang tak boleh hidup tanpa Sya." Jujur Tengku Shamil memberitahu.Dia mencium lembut tangan Aisyah.

               Aisyah tersenyum.Lega hatinya.

              "Dah puas hati?" soal Tengku Shamil.Dicuit hidung mancung milik isterinya.

               Aisyah mengangguk.

              "Kalau Sya  mati abang nak cari penganti Sya tak?"

              Tengku Shamil tekejut.Bulat matanya memandang ke arah Aisyah.

             "Apa Sya cakap ni?" marah Tengku Shamil.

             "Abang, ajal maut,jodoh, pertemuan itu semua rahsia Allah.Kita sebagai manusia biasa, tidak tahu apa akan terjadi pada kita di masa hadapan." Aisyah mengingati suaminya.

             "Ya abang tahu tu semua.Tapi kenapa Sya cakap macam tu, macam orang tiada iman." Tengku Shamil melangkah masuk ke dalam biliknya.Dia duduk atas sofa di biliknya.

               Pantas, Aisyah mengekori jejak suaminya.Dia duduk di sebelah Tengku Shamil. Dicapai tangan kasar itu ke dalam gengaman tangannya.

              "Sya, minta maaf kalau pertanyaan Sya buat abang terasa.Tapi, Sya betul-betul nak tahu."

             Tengku Shamil mendiamkan diri.

             "Abang..."

             "Abang sayang dan cintakan Sya seorang sahaja dalam hidup abang.Hanya Sya.Faham?" Tengku Shamil mengenggam erat tangan isterinya.Suaranya agak tegas.Biar Aisyah tahu betapa pentingnya dia.

            "Abang tak jawab lagi soalan Sya," Tegur Aisyah tidak puas hati.

             "Abang,tak akan cari penganti Sya dalam hidup abang.Hanya, Sya yang pertama dan yang terakhir.Mana-mana perempuan tak akan mampu menambat hati abang kecuali Sya seorang.Faham? Sya puas hati tak lagi?" Bersungguh-sungguh Tengku Shamil mengungkapkan ucapan itu.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now