Jenaka Melayu

113 8 0
                                    

Suasana Restoran Asmara Syakilla sangat sibuk pada hari ini. Di satu sudut di penjuru kedai kelihat seorang pemuda berkaca mata duduk sedang khusyuk meneliti telefon bimbit nya. Kemudian dinyalakan sebatang rokok Canyon kemudian dihempus asap melalui corong hidung mancung miliknya anugerah tuhan.

"Lepas makan kalau tak hisap rokok macam berak tak basuh" bisik hati Syafiq.

Sedang dia mengabiskan saki baki air tea o ais tiba-tiba muncul seorang lelaki melayu sihat tubuh badan sempurna pancaindera sambil tersenyum kambing.

"Encik, saya dari Persatuan Gerakan Amal Orang Melayu Kuantan tengah melaksanakan projek amal untuk membantu orang-orang melayu yang kurang upaya, ibu-ibu tunggal melayu dan anak-anak yatim melayu" ujar nya ringkas tapi padat. Padat macam badan Jeniffer Lopez.

"Oh." Ringkas Syafiq memberi tindak balas.

"So, Encik boleh la derma mana yang mampu untuk menjayakan projek ni" Harap nya pemuda itu.

"Erm, takpalah saya dah lewat" tanpa rasa bersalah ujar Syafiq.

Tanpa ucapan terima kasih dan senyum kambing seperti awal tadi pemuda itu terus beralih ke meja lain.

Selang sepuluh minit, datang tiga orang pemuda melayu ke meja syafiq. Tanpa di arahkan salah seorang dari pemuda itu memetik gitar, pemuda kedua memainkan seruling dan pemuda ketiga perlahan-perlahan menyelitkan suara merdu nya. Maka terciptalah satu alunan muzik yang padu. Syafiq tanpa usul periksa meletakkan wang kertas bernilai Ringgit Malaysia 5.

Jelas muka Syafiq terhibur dengan alunan tersebut.
"Sekurang-kurangnya ade jugak usaha nak duit" ujar Syafiq dengan intonasi sesap-sedap je telinga dengar.

Selang 15 minit lagi datang seorang makcik tua menjual tisu ke meja Syafiq, cash RM2.00 dihulurkan kepada makcik tersebut dan Syafiq menerima sepeket tisu.

"Ok lah dia berniaga tisu" Syafiq berbisik sendiri.

Waktu menunjukan pukul 3.00 petang, Syafiq harus pulang. Petang ini dia perlu hadir kelas mengaji  kelas Al-Quran. Syafiq menyesal kerana zaman kanak-kanak nya dulu sepatutnya dia pergi ke kelas mengaji tapi minat nya terhadap kafe siber lebih tebal.

"Ane! Mari kira." Panggil Syafiq.

Selesai proses pembayaran, Syafiq menuju ke arah parkir motosikal nya.

Dalam perjalanan menuju ke parkir, dia terfikir,

"Apesal yang mintak duit kat aku tadi semua Melayu?"

Seminggu selepas kejadian dia Restoran Asmara Syakilla, Syafiq didapati join kumpulan tabligh.

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now