Nasi Kangkang

31 0 0
                                    

Dari jauh terlihat kelibat dua orang  lelaki sedang melepak di kedai mamak yang baru seminggu beroperasi selepas  diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana tahap kebersihan kedai makan tersebut sangat extreme sehingga pernah ada kes ekor tikus tercampur sekali dalam pinggan mee goreng yang hidang kepada pelanggan. True punya pengotor.

Disebabkan kes ini dulu, seminggu jugak aku berfikir dengan tekun mana pergi badan, kepala dan segala sistem pada tikus tersebut kalau hanya ekor dijadikan rencah dalam mee goreng tadi. Pooketiang punya mamak. Walaubagaimanapun, mee goreng yang aku pesan tadi sudah licin aku habis kan.

"Esok aku nak ke Rembau, berubat orang, katanya kena nasi kangkang bini sendiri."

Aku hanya mengangguk tanda faham lepas along menjelaskan urusan kerjanya di Rembau.

Along aku kerja dia lebih kurang macam pawang jugak la tapi versi islamik. Pakai-pakai ayat quran katanya nak berubat orang. Aku pun pelik mana warasnya abang sulung aku ketika dia membuat keputusan untuk berhenti jadi drive lori Pejabat Tanah lalu memilih kerjaya kerja yang bagi aku agak mencabar, lasak dan sedikit bebal begini. Aku rindukan along yang boleh ajak aku ponteng puasa, yang ajak aku layan ganja sama-sama, yang sekolahkan aku hal-hal makwe baik dari aspek hati mereka sehingga ke puki mereka. Aku benci perubahan, tapi tanpa perubahan tiada kemajuan. Begitu la fahaman orang banyak masa kini yang setiap hari berlumba-lumba nak kejar itu nak kejar ini sampai masing-masing hilang diri sendiri dalam jasad sendiri. Mula-mula study, selepas itu dapat kerja. Kemudian mulakan sesi kehidupan rumah tangga. Mana yang tiada pinggan dan mangkuk yang terbang bahagia la, mana yang terbang pinggan mangkuk tu apa cerita bro? Belum campur kes along aku nak pergi  berubat brader kena nasi kangkang dengan bini sendiri ni.

"Woi, ko dengar tak aku cakap menda ni?"

"Ye aku dengar la, pukul berapa ko pergi esok?"

"7 pagi"

"Ha yelah, ko jangan bawak balik hantu dah la."

"La? Takut hantu rupanya? Aku ingat engko ni jenis tak takut tuhan tak takut hantu."

"Kenapa ko cakap aku tak takut tuhan?"

"Bila last ko solat?"

"Mamak, kira!" 

Disebabkan suara aku yang lantang dan mantap, mamak tadi terus belari-lari anak tapi bukan dari Safa' ke Marwah, cuma dari kaunter ke meja kami. Sampai dirumah, aku buang air jampi yang Along dah dibaca sikit-sikit oleh Along malam semalam kedalam singki lalu menggantikan dengan vodka laici dengan harapan brader yang kena nasi kangkang tadi cepat sembuh.

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now