Ilham dari Tuhan: Part 2

44 0 0
                                    

Semalam dah berlalu. Aku terjaga dari tidur yang panjang, jarum jam menunjukan tepat pukul 4 petang. Aku bangun dari tilam yang senipis iman aku. Aku perlukan nikotin, aku ambik rokok yang sudah separuh dihisap semalam diatas meja.

Dengan gaya beruk menggaru-garu seluruh badan tapi masih dalam keadaan tenang aku pergi ke dapur untuk menyalakan api rokok. Setelah hempusan pertama berjaya dilaksanakan aku berhajat nak hirup secawan kopi. Walaupun bukan pagi, tapi setiap kali bangun tidur aku perlukan kopi. Usai membancuh kopi, aku petik suis plug cd player aku nak memain cd nirvana sejerus selepas itu fonetik dari lagu "where do you sleep last night?" memenuhi ruang bilik aku.

Ketika bara rokok aku sudah sampai ke puntungnya, aku mencuba untuk mendapatkan lagi satu sedutan terakhir. Terasa panas dibibir. Anjing. Lalu aku mematikan rokok. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh Pian,

"Joe ada makwe cari engko"
"Pala butoh"
"Eh kimak betul la dia tunggu ko kat depan tu"
"Aku tadek mood la Pian nak layan prank ko hari ni, dah la aku nak mandi."
"Haaaa, Cik Ramona, Joe cakap dia taknak jumpa awak!"

Teriak Pian menghala ke ruang tamu.

Oh fuck, apa ni doh. Aku terus mencapai baju dan  seluar panjang yang dalam longgokan di penjuru bilik dan memakainya sepantas mungkin. Aku melulu keluar dari bilik dan terus tersentak dalam 5.5 saat setelah aku dapat tahu Pian tidak "lebong" aku.

Oh tuhan jarang kau berikan hari aku indah macam ni, tiba-tiba aku bangun petang ni ada satu kejutan yang memang tak pernah tercapai dek akal aku.

"Are you ready to fly?"
"Err?"
"Because your bird's cage is open so wide."
Sambil Ramona memuncungkan mulut nya kearah bawah pinggang aku.
Fuck! Aku tak tutup zip seluar sial. Aku bepaling lalu terus menarik zip seluar aku dengan keadaan pantas tapi masih berhati-hati agar Little Joe tidak injured. Aku malu nak mampos.

"Please have a seat."

Aku kembali control cool

"Thanks"

Ramona hanya tertawa kecil sambil menggeleng kepalanya kekiri dan kekanan beberapa kali. Dalam hati aku masa tu nak je aku halau dia ni balik tapi, tapi dia Bunga Ramona makwe yang aku jumpa malam semalam dekat bandar masa aku tengah high.

"Erm Bunga Ramona kan?"
"Yes and you?"
"Joe"
"Just Joe?"
"Jogang sebenarnya tapi nak nampak macho I singkatkan jadi Joe je."
Sekali lagi Ramona tertawa kecil sambil mulutnya ditekup dengan sebelah tangan nya.

"You duduk dulu, I amikkan you something to drink. Erm beer?"
"Sure"
"Okay"

To be continued....

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now