Rumah Nombor 22

32 0 0
                                    

Keadaan rumah sewa Rom agak bersepah, al maklumlah sekarang pertengahan semester untuk semester terakhir so banyaklah hasil-hasil lebihan projek-projek mereka yang dibiarkan begitu sahaja diatas lantai tidak dikemas sudah berbulan. Antara barang yang bertaburan diatas lantai ialah nota-nota sem lepas yang betimbun, bermacam-macam aneka pen, kertas-kertas, calculator, kotak tisu,dan bong. Gagal betul prestasi Rom dan budak-budak rumah mereka dalam isu kebersihan yang menjadi teras kedamaian tataan sosial.

Di depan serambi rumah kelihatan Acai sedang tenang melayari laman web jual-beli online. Acai seorang mahasiswa yang cergas dalam aspek akademik, ketokohan, main mesin dan beli nombor di kedai aquarium.

"Cari barang ke Cai?"

Tegur Rom dari dapur berjalan membawa baldi berisi kain yang sudah siap di bilas dan di basuh sambil tangan sebelah lagi mengepit kemas rokok dicelahan jari. Setiap kali Acai melayari laman web untuk membeli-belah online, bererti nombor dia beli kena semalam takpun menang mesin. Ini adalah sifir kira-kira yang semua ahli rumah mereka sudah hafal.

"Aku cari tilam ni."

Sepantas kilat Rom menembak tepat tumpuan kearah Acai lalu berkata,

"Macam mana nak pos tilam?"

Air muka Acai berubah, daripada wajah yang tenang kepada wajah yang agak panik dan mula tergaru-garu kiri dan kanan. Di mula terasa terganggu dek soalan Rom tadi. Bagaimankah tilam di pos? Dan wajarkah ianya di pos?

"Aku malam ni nak keluar kejap Acai, tengok wayang!"

"Sejak bila ko into wayang ni? Budak-budak ni ajak bukan main payah."

"Kali ni lain sikit Cai, dengarnya hasil review cerita dia bagus dan mantap. Lagipun pelakon dalam cerita ni memang aku minat dari dulu. Dari dulu lagi aku nak tengok dia berlakon baru sekarang ada peluang."

"Cerita apa ko nak pergi tengok?"

"Tomb Raider"

"Mampos ko lah!"

Acai bangkit dari kerusi malas lalu masuk kedalam perut rumah. Malas dia hendak melayan Rom yang selalu gagal untuk "kelentong" dia. Kadang-kadang hanya dari cara cakap, Acai sudah tahu yang Rom sedang mengencing dia. Sesungguhnya barua tu memang tak pandai menipu. Pernah sekali tu dia mengencing kami dengan berkata bahawa perjalanannya pulang dari Melaka ke Kelantan hanya 4 jam denfan memandu  kereta Proton Waja keluaran tahun 2006. Kami satu rumah serentak menggengam penumbuk masing-masing ketika itu. Barua punya Rom. Kepala tokwan di dari Melaka ke Kelantan 4 jam je perjalanan.

"Entah bila masa barua ni tengok pulak cerita Tomb Raider ni, sebelum ni sepatah haram movie pun ko cakap tak minat la itulah inilah. Tapi mungkin Tomb Raider merupakan satu-satunya filem yang Rom tonton. Boleh jadi."

Acai bermonolog didalam hati seorang diri sesekali dia fikiran beralih kepada macam mana brader posmen hantar tilam. Dia ke dapur lalu membuat secawan kopi panas untuk dihirup sambil layan Berita 1.30, Melodi dan Nona di televisyen. Sesekali dijenguk keluar Rom yang masihterhiling-hiling menyedai baju. Selang beberapa minit dia jenguk kembali kelihatan Rom dah menyarung kasut Vans Oldskoll nya lalu berjalan dalam keadaan juga terhiling-hiling. Acai yang menyaksikan penuh gelagat rakan serumahnya yang macam beruk lalu melontarkan satu soalan untuk Rom apabila dia teringat sangka baiknya terhadap Rom tadi mengenai filem Tomb Raider.

"Tomb Raider ni cerita pasal menda?"

"Erm cerita hantu Cai"

Dummmmm!

Pintu rumah dihempas rapat dan kuat sehingga mengejutkan Rom yang sedang mengikat tali kasut. Sesudah ikatan nya sempurna Rom berjalan untuk keluar dari perkarangan rumahnya dan terdengar sesuatu,

"Lain kali nak keluar dgn makwe bagitahu je barua! Bukannya gua nak ikut sekali lu dating!"

Anak muda yang mempunyai wawasan seperti Rom tampak sungguh bersemangat hasil dari expresi wajahnya. Rom membakar lagi sebatang rokok, lalu kembali menapak sambil diiringi makian Acai dari ruang tamu tumah dan mengukir senyum nipis. Dalam perjalan ke parkir kereta, sempat Rom mengangkat tangan kepada beberapa ekor tupai atas pokok dan bertanya khabar siput babi di dalam longkang hadapan rumahnya. Hari ini dia tak berapa minat untuk bergurau dan mengencing mana-mana pihak, dia hanya mahu berkasih.

"Selepas pulang dari wayang, Rom menceritakan semua jalan cerita filem Tomb Raider kepada Acai sekaligus memuaskan hati Acai yang berteka-teki seribu tanda tanya sepanjang ketiadaan Rom tadi."

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now