Maafkan Aku

135 5 5
                                    

Lampu bilik terang menderang, kipas jenama KDK berpusing dalam kelajuan maksimum di dalam bilik Khai. Kelihatan Khai sedang duduk tasyahut akhir kumat kamit bibirnya membaca bacaan untuk tasyahut akhir. Selesai bacaan tersebut Khai memberi salam pertama kepalanya menoleh kesebelah kanan dan ketika hendak memberi salam kedua kepala nya menoleh kesebelah kiri lantas dia terperanjat seperti dihasut setan. Mana mungkin baru lepas solat dihasut setan?

"Hai, bila start sembahyang? Kahkahkah" Tanya Joe dengan lagak tak ubah seperti babi.
"Gampang bila sampai?" Soalan yang di jawab dengan soalan.
"Baru je tadi, makan jom?
"Jom.." Tidak sempat Khai berdoa selepas solat.

Tiba di warung Kak Mah, Khai dan Joe memilih untuk duduk di meja paling hujung.

"Hai, nak minum apa?" Tanya Intan pelayan warung tersebut anak kepada Kak Mah tokey warung tersebut

"Hmmm bagi nasi goreng taknak sayur dengan Teh Tarik jawab Khai

"Nasi goreng cina dengan sirap limau" jawab si joe pula sambil kenyit mata. Macam celake.

"Ko ni bagus dah solat sekarang, tapi sayur tak makan." Sambung Joe.

"Dah kau order nasi goreng cina tu! Racist kau tau! Kahkahkah" balas Khai

Selasai proses mengambil order, Intan pun beredar sambil melayangkan punggung nya yang mantap. Scene lenggok Intan tu macam disengajakan oleh beliau kepada Khai dan Joe.

"Wei gampang geram aku" ujar Joe

"Rilek, barang mudah.com tu" sambung Khai.

Lantas gelak tawa mereka terburai bersama.

"So how's life?" Tanya Joe

"Nothing much better, macam ni la jugak life aku. Engko?"

"Macam gampang, hutang sana sini bhai, makwe aku mintak break, roadtax kereta aku mati, bos tempat kerja aku buat palat, babi!"

10 minit kemudian makanan dan minuman yang dipesan sampai dihidangkan diatas meja, sekali lagi Intan payung punggung nya sebagai pembuka selera Khai dan Joe.

Sambil menikmati makanan, minuman dan punggung Intan mereka rancak berborak mengenai hal-hal dunia seperti bolasepak tempatan dan antarabangsa, harga minyak, Najib Razak dan tempat kerja sambil mata mereka tak lekang dari setiap sudut punggung intan.

Setelah habis makan dan minum mereka bayar dan chaw dari warung Kak Mah, Joe hantar Khai tepat di pintu pagar rumah nya.

...

Khai membuka kunci pintu rumah, menolak pintu dan menekan suis lampu.
Tiba-tiba matanya terpandang ke suatu sudut yang lama dia tidak dekati, tatap matanya agak lama jauh berbeza dengan cara dia memandang punggung intan tadi.

Al-Quran yang di letak diatas meja di penjuru rumah, berhabuk pudar warnanya. Sudah bertahun tidak di sentuh.

Khai mencapai telefon pintar nya dan tweet, "Ampunkan aku Ya Allah"
Dan terus tertido sejurus menghamparkan jasadnya ke atas tilam empuk.

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now