Suria Cinta

102 7 4
                                    

"I nak singgah 7E ni, you nak apa-apa tak?" Tanya Jani bersahaja
"I nak you je" ujar Eda sambil memintal rambut ikal mayang milik nya.
"Ok I kena beli kondom la kalau macam tu." Balas Jani dengan sungguh bertenaga.
"Baru test sikit dah naik la tu! Dah cepat la esok I kerja tau!"

Makwe Jani seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta di bandar Kuantan. Jani pulak seorang penternak ayam yang boleh dikatogerikan berjaya. Macam celake.

Usai membeli sekotak rokok, Jani masuk kedalam kereta dan teruskan perjalanan tanpa rasa was-was. Jani saja pasang lagu kegemaran dia supaya ada suasana romantik dalam kereta tu kemudian boleh la kot nak ringan-ringan sikit.

"Hello there,
The angel from my nightmare,
The shadow in the background of the morgue."

Lagu dendangan Blink 182 berjudul "I Miss You" berkumandang dicorong radio kereta Proton Wira milik Jani yang terdapat sticker PWOC di cermin belakang nya. Fakop.

Tiba di hadapan rumah Eda, kereta perlahan-lahan diberhentikan. Mereka berdua tiba-tiba menatap antara satu sama lain. Mata ke mata lalu jarak antara bibir semakin lama semakin dekat. Nafas berdegup kencang, sahabat handai didalam seluar jeans Jani jelas kelihatan bentuk nya.

Tiba-tiba

"Bersama saya Dj Lin dalam suria cinta, hubungi saya di 09-5153443 luahkan rasa cinta anda dan kita akan keudara, sebelum itu dengar kan lagu dendangan kumpulan Exist bertajuk percintaan ini"

Eda tersedar dari lamunan.
"Eh ok lah esok jangan lupa jemput I, bye sayang I love you" ujar nya
"Ok, bye love you too" balas jani.

Muka Jani berubah menjadi buruk sambil berkata, "Gampang sikit lagi!"

Sejak dari kejadian itu, jani tobat tak dengar Suria F.M dah.

From Kuantan With LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz