Klasik 2011 :Pergi Mampus Sama Lud

42 0 0
                                    

Ring!!!

Semua loceng di bangunan akademik berbunyi serentak menandakan telah masuk waktu untuk membeli makan dia cafe atau kiosk. Seperti sudah menjadi satu norma kepada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis untuk berasak-asak, berebut-rebut, dan menunjal kepala rakan-rakan mereka kita sedang berebut membeli makanan. Maka berduyun-duyun lah manusia berarak dari kelas masing-masing menuju ke kiosk atau cafe.

Sebagai pelajar tingkatan 5 yang mempunyai daya penarik dalaman yang terampil, melawan dan cepat panas, aku, Faiz, Kday dan lain-lain berjalan sebaris menuju ke kiosk. Dalam perjalan tersebut tiada seroang pun yang melintasi kami. Daulat.

"Woi geng!"

Dengan keadaan terhiling-hiling dan rambut macam baru lepas beromen Razak menegur kami lalu berjalan sekali.

"Ko ni dari mana Zak?"

Tanya aku.

"Hehe, Makmal Sains."

"Makwe form 3 itu hari ke?"

"Haah"

"Hahahahahahaha"

Ketawa kami terburai. Razak tersenyum puas. Macam celaka.

Dari jauh dah nampak kelibat Jani sedang sibuk berkerja di dalam kiosk. Jani bukan nama sebenarnya merupakan salah seorang ahli organisasi program keusahawan pelajar maktab yang berhemah.

"Jani!"

Aku teriak. Tersedar namanya dipanggil hasil dari teriakan aku yang mantap Jani berpaling lalu menunjukan isyarat okay. Kday dan Syafiq tanpa disuruh sudah mengambil tempat didalam kelompok beruk-beruk yang sedang berebut makanan. Pada ketika ini lelaki dan perempuan terus hilang batasnya. Hanya kerana ingin membeli nasi ikan keli, mereka alpa untuk menjaga batas-batas mereka dengan bukan muhrim. Perkara ini sangat jelas berlaku setiap malam tetapi pihak warden dan guru lebih gemar menangkap pasangan yang berkhalwat dari memerangi isu temeh begini. Prestij, kita semua suka kan prestij. Kalau tangkap pelajar berkhalwat, ada kemungkinan tahun depan boleh jadi ketua warden instead of kawal budak-budak beli makanan tanpa batasan. Tiba-tiba aku rasa macam celaka tulis macam ni.

Berbalik kepada Syafiq dan Kday tadi,disebabkan tubuh mereka yang agak sasa dan tinggi, aktiviti seperti tolak-menolak, asak mengasak hanyalah perkara yang runcit bagi mereka ketika "membeli" makanan.

"Kday! Ni nasi sekali dengan duit balance."
"Okay-okay, thanks Jani."

Jani memberi bungkusan besar kepada Kday berisi lapan bungkus nasi ikan keli yang padu tak patut. Sempat di selitkan RM50 sebagai duit balance. Nasi ikan keli berharga RM2.50 sebungkus, jika di beli lapan makan jumlah semua menjadi RM20.

Jong pada ketika itu baru nak join aktiviti kami menjadi bingung seketika bagaimana boleh mendapat duit baki tanpa membayar makanan itupun. Tapi disebabkan bau nasi ikan keli yang dah di pass kan kepada semua orang didalam bilik tersebut membatalkan niat Jong untuk bertanya. 

Di dalam bilik, Seraya 4 yang memang selalu dijadikan port lepak dan melancap kami semua bersila dan bersiap sedia untuk makan.

"Jong, sebab hg baru start hari ni, turn hg la baca doa"

Ujar Faiz dalam loghat utara yang macam palat. Kalau orang utara dengar, boleh menangis.

Lagi sekali Jong bingung, makan tidak berbayar tetapi nak dihalusi dengan doa? Tapi disebabkan bungkusan nasi ikan keli tersebut sudah dibuka dan jelas terdampar seekor ikan keli yang digoreng berlada diatas nasi dalam bungkusan tersebut membuatkan Jong membaca doa sepantas larian Lud. Oh lupa aku nak ceritakan, Lud merupakan pelari terpantas di maktab kami. Pernah dia bersabda bahawa di boleh berlari 100m dengan hanya memakan masa tiga saat. Yo tanpa membuang masa genggam penumbuk masa tu namun ditahan oleh aku. Lalu Yo terus cool dan pergi merokok. Tiga saat my foot, pelari my foot, muka pelarian ada la. Pergi mampus sama Lud!

From Kuantan With LoveWhere stories live. Discover now