Mimpi

77 2 2
                                    

Gerbang malam diterangi sinar bulan bersama angin sedap-sedap dan masuk kepala. Mata masih belum mahu tidur lagi. Aku berkhayal jika dunia ini tiada penghujungnya. Sudah pasti tanah bumi akan berbau mayat dan bangkai kerana tanah akan sarat di tanam dengan jasad manusia. Mayat definisi untuk manusia yang sudah tidak bernyawa dan bangkai definisi untuk haiwan, tapi bagaimana dengan pokok?

"Jauh nya you termenung ni sayang, sampai i lalu half naked depan you pun tak perasan?"

"Damn seriously? Oh shitttt"

"Hahaha, this is for you. I roll this joint with love tau!"

Becky, seorang makwe melayu kacuk yahudi yang selalu ada dengan aku susah dan senang. Aku kenal dia masa tahun 3817. Perkenalan yang paling epic atas muka dunia yang berkedut ini, Becky meminta tolong aku untuk membenarkan dia bersembunyi di apartment aku sebab masa tu dia sedang larikan diri dari orang awam.
Tahun 3817 adalah tahun paling menyerlah kebodohan umat melayu Malaysia. Mereka memboikot produk kaum lain terutama sekali produk dari yahudi. Melayu dapat tahu yang Becky mempunyai darah yahudi yang mengalir di setiap pembuluh-pembuluh darahnya bertindak untuk membunuh dia.

Sejak insiden itu, aku dan Becky bersama kira-kira sudah 3 tahun. Kadang-kadang aku rasa bersyukur sebab Becky ni mandul. Jika tidak, rumah ini sudah penuh dengan kebingitan suara anak-anak kecil.

Bayu malam semakin dingin, kami berpelukan sambil bertukar-tukar joint. Bergelak tawa. Bercumbu-cumbuan. Mungkin jika romi dan juli melihat adegan kami, mereka akan berasa cemburu.

"I like you new hair style, buat I rasa nak gigit je you ni" Ujar Becky.

"Hahaha, I simpan harapan dari zaman sekolah lagi kot nak buat rambut ni."

Becky membelai-belai rambut dreadlock aku sambil berbisik,

"I love you a caelo usque ad centrum, a capite ad calcem."

Tiba-tiba malam yang kelam menjadi cerah, bulan merajuk hatinyatinggal kan langit pun kecewa. Bayu malam yang dingin tiada bersua sapa lagi. Rambut dreadlock aku tadi gugur satu per satu.

*BAMMMMMM!!!!!!*

Aku buka mata, sinaran cahaya matahari yang kejam memancar tepat ke wajah aku melalui tingkap tidak bertirai. Aku pandang sekeliling, tiada apa yang indah melainkan sudut kamar berdinding putih aku sedang terbaring diatas tilam.

"Aduhai" hati kecil luah kecewa.

Kenapa setiap kali wanita yang hadir dalam hidup ini hanya lah mimpi? Jika benar hadir mu satu mimpi. Aku rela tidur sepanjang hari Becky.

"Bangunlah celaka ko jangan cakap nak jumpa Becky dalam mimpi lagi aku lempang ko ni InshaAllah elok"

Kata-kata Hafiz sedikit pun tak dapat melukankan hati aku. Aku sambung tidur dan berharap bertemu sua dengan Becky lagi. Aku tak pergi kerja hari ni.

From Kuantan With LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang