Nukilan Hitam

111 4 3
                                    

Tahun 2078

Aku duduk di kamar sepi temenung menghadap jendela melihat indah nya alam yang dikatakan oleh ustaz-ustaz hanya sementara. Ustaz-ustaz kini berdakwah dengan media sosial. Tiada lagi ceramah-ceramah agama di surau-surau atau masjid-masjid. Masjid hanya tempat untuk beribadat dan tempat untuk akad nikah. Di sudut timur terbentang luas laut cina selatan tidak berombak. Persisiran pantai sunyi dihiasi latar belakang jingga dek kerana modus operandi matahari terbenam, tenggelam sfera matahari bagai disedut ke dasar lautan. Di sudut barat berdiri  gunung ganang megah dengan kehijauan warna daun dari pokok-pokok. Kedengaran unggas-unggas teriak memanggil saudara-saudaranya pulang ke sarang.

Telefon pintar aku berbunyi lalau aku bersuara,

"Approved"

lalu terpancar sinar hologram memaparkan muka Aizat.

"Mar, Osman dah meninggal"

"Hang up"  muka Aizat lesap.

Mata aku mula berkaca, terasa ada daya haba di isi-isi pipi aku. Aku bangun bersiap-siap ke rumah Osman. Mungkin ini kali terakhir aku melihat Osman sebelum dia ditanam kedalam perut bumi tidak bersegi.

Wahai manusia,

Ketika kau berumur 10 tahun, antara paksi kehidupan  yang berlaku ialah berpisah dengan sahabat mungkin kerana dia berpindah ke tempat lain.

Ketika kau berusia 20, perpisahan mungkin berlaku disebabkan perkahwinan salah orang. Sama ada dia atau kau yang akan berkahwin. Kenapa aku cakap macam ni? Bagi orang-orang di luar sana akan berpendapat ideologi ini tidak relevant. Tapi cuba lihat dari sudut lain, bila salah seorang sahabat kau berkahwin, masa untuk bersama dia secara semulajadi aku menjadi terhad atau terbatas dek kerana tanggungjawab terhadap perkahwinan.

Ketika kau berusia 30 tahun, perpisahan mungkin berlaku dek kerana bebanan kerja atau komitmen terhadap persatuan atau parti-parti politikus.

Ketika kau berusia 40 tahun, persahabatan mungkin musnah dek kerana harta atau jawatan. Bila manusia memandang agung akan kekayaan dan penghormatan dari orang lain, tidak mustahil kau akan bergaduh sesama sendiri demi mendapat kemenangan dalam dua aspek agung ini.

Ketika kau berusia 50 tahun, perpisahan akan berlaku dengan cara yang amat rumit iaitu kematian. Kau akan lihat sahabat-sahabat yang dulu nya selalu disisi, sudah tidak bernyawa dan akan ditelan oleh isi perut bumi.
Saat jasadnya diturunkan perlahan-lahan dari permukaan tanah ke dasar tanah. Memori tua kau tiba-tiba mengimbau kenangan bersama dia.

Ya, saat pertama kau berteguran, saat pertama dia mengajar kau menghisap rokok, saat pertama kau mendengar nasihat dia berkaitan hal ehwal wanita, saat pertama kau memberitahu dia yang kau akan berkahwin, saat pertama dia memapah kau berjalan ketika mabuk.

Tapi saat ini, kau yang pertama menyaksikan pemergian dia buat selamanya. Selamat tinggal semoga kau selamat disana dan semoga tuhan menyebelahi kau.

From Kuantan With LoveNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ