Putih Yang Kotor

362 21 0
                                    

"You're not a bad person,you're every good reasons,who bad things happen to."-Unknown

10 tahun selepas....

"Jadi,Jongkookshii,kami amat berharap encik nasihatkan adik encik kerana pelajarannya semakin merosot dan kesalahan disiplin yang dilakukannya semakin serius.Kalau sekali lagi,kami jumpa dia buat hal,kami tak teragak agak membuang dia dari sekolah."Jongkook terangguk angguk mendengar kata kata tuan Pengetua itu.

Kwangsoo yang kini menginjak umur 17 tahun mengalih pandang ke tempat lain dan menguap tanda mengantuk dan protes senyap senyap."Dengar tu,Kwangsoo?"Kepalanya diluku geram Jongkook di sebelah.Dia sekadar menjeling abangnya sebelum mengangguk.

"Encik boleh balik sekarang."Pengetua tersenyum lalu dibalas senyum pahit Jongkook.Hanya Tuhan tahu betapa malunya muka bila dipanggil ke bilik Pengetua sekali lagi.Sudahlah dia bekas pelajar sekolah itu dulu.

Kwangsoo berjalan di depan dengan tangan di dalam poket.Wajahnya selamba seakan tida apa berlaku.Sepertinya tadi dia hanya ditegur kerana membuang sampah merata rata sedangkan dia dimarahi atas sebab memukul rakan sekelas sehingga budak itu pengsan."Kwangsoo,kita perlu berbincang pasal ni."Ujar Jongkook dalam perjalanan ke kereta."Tak ada apa perlu dibincangkan,hyung.Memang aku ni jahat pun.Nak buat macam mana?"Kwangsoo merenung Jongkook. "Haish,budak tak guna ni."Jongkook mengetap gigi geram.

Sesampai di kereta,saat mereka berdua sudah duduk dengan selesa di kerusi,Jongkook memulakan bicara, "Kwangsoo,hyung tahu kau memang tak nak cakap pasal benda tapi tolonglah jangan buat benda ni lagi.Hyung malu,tau tak.."Belum sempat ayatnya dihabiskan,Kwangsoo memotong, "Jangan nak sibuk pasal benda yang kau tak tahu lah,hyung!" Jongkook naik berang bila kata katanya dipotong begitu kurang ajar.

"Aku besarkan kau selama ni bukan untuk suruh kau bergaduh macam ni."Kepala Kwangsoo ditunjal beberapa kali.Wajah lelaki tinggi itu memerah menahan marah.Kalau kereta tidak bergerak sekarang,pastinya dia sudah keluar dari kereta dan berjalan pulang ke rumah sendiri. "Aku malu kau buat benda macam ni.Appa pun akan sedih kalau dia tahu kau buat benda macam ni."Sambung Jongkook."Jangan nak cakap pasal Appa sekarang.Aku benci."Kwangsoo mengalih pandang ke luar.

"Cuba kau cakap,apa yang buat kau pukul budak tu sampai pengsan?Apa yang budak tu buat kat kau?"Tanya Jongkook cuba bertenang. "Perlu ke kau tahu,aku tetap kena marah nanti."Jawab Kwangsoo selamba.Jongkook mengeluh memikirkan kejadian ini mungkin akan berlaku lagi dan adiknya akan dibuang sekolah.Dia tak mahu pelajaran adiknya terhenti di sekolah tinggi sahaja sepertinya.

Terbit rasa bersalah di hati Kwangsoo melihat kerunsingan di wajah abangnya. "Dia cakap ,' Ayah pembunuh,anak penyangak.'" Cerita Kwangsoo akhirnya.Sebab kenapa dia memukul budak itu. "Itu sebabnya?"Jongkook minta kepastian."Hm."Jawab Kwangsoo tanda ya.

"Ingat tak,omma cakap kekuatan tak boleh kalahkan kata kata?"Ujar Jongkook."Kau kerja sebagai peminta hutang yang pukul orang tiap tiap hari..Dan kau nak nasihatkan aku pulak sekarang?"Kwangsoo tergelak sinis sambil menggeleng kepala.Jongkook menyedari kata katanya bagaikan menjerat diri sendiri.

"Sebab tu satu satunya kepakaran yang aku tahu!Kau..Ada banyak lagi benda untuk dibuat,tak payah cari pasal dengan orang,arasso?"Sekali lagi kepala Kwangsoo ditunjal."Hyung!Berhentilah membebel macam ahjumma."Kwangsoo menggosok kepalanya yang sakit ditunjal.

"Jangan bergaduh pasal Appa.Memang Appa bunuh orang..Tak ada apa kita boleh buat."Sambung Jongkook lalu mengeluh berat."Aku malu..Aku malu aku jadi anak pembunuh.Lebih baik aku mati."Kwangsoo menyandarkan kepala ke cermin kereta.

Terbit kasihan di hati Jongkook melihat keadaan adiknya.Adiknya sebenarnya seorang yang baik tetapi menjadi jahat atas desakan keadaan. "Hyung harap benda ni takkan berlaku lagi,arasso?"Jongkook memujuk dengan menepuk bahu adiknya lembut.Kwangsoo diam seribu bahasa,melihat anak kucing kecil yang sedang terbaring di sisir jalan.

Berbulu putih tetapi kotor.Sama macam dia.Sama macam dia.

THE UMBRELLAOnde histórias criam vida. Descubra agora