Won

350 22 9
                                    

"When I was younger,$20 felt like $100,now $20 feel like $1.-unknown

Perjalanan ke tempat kerja hari ini terasa panjang biarpun jalan tampak lengang.Tiada banyak kereta,cuma perasaannya yang mundar mandir.Petang ini sejuk malah keluhannya pun terasa dingin.Jongkook berhenti di lampu merah dan memejam mata sebentar sementara menunggu ia berubah hijau.

Fikiran berkecamuk memikirkan kerja yang belum selesai.Bil yang belum dibayar malah makanan di rumah yang telah habis.Belum fikir lagi tentang adiknya yang tidak habis habis buat masalah..Atau ayahnya yang sudah mati sepuluh tahun lalu dikenakan hukuman gantung.Bukannya dia belum dapat terima kenyataan..Cuma jika ayahnya masih hidup bukan dia yang patut tanggung semua tanggungjawab ini.Haishhh. Susahnya mahu hidup.

Di sebelahnya,kedengaran bunyi motor membrek.Anak mata digerakkan sedikit dan terlihat seorang gadis bertopi keledar biru tua.Berambut hitam paras bahu.Dia menoleh dan mata kedua duanya bertentang.Jongkook tunduk sedikit dengan rasa malu.Gadis itu tersenyum kekok.

Orang akan menganggap Jongkook lelaki yang kasar kerana pekerjaan dan fizikalnya yang tegap.Namun,dia sebenarnya seorang yang agak lembut lagi lagi dengan perempuan.

Setelah beberapa minit memandu,akhirnya dia sampai ke tempat kerja yakni markas kongsi gelap mereka.Jam menginjak pukul 6:53 petang.Dia awal tujuh minit.Dia naik ke atas bangunan rumah kedai dan disambut senyum seseorang di sebelah pintu ketua.

"Hyung~"Senyum lelaki rendah itu lebar selebar tangannya yang menyambut kedatangan Jongkook.Jongkook menyambut pelukannya dengan wajah manis.

"Hyungnim dekat dalam?"Tanya Jongkook separa berbisik."Ya."Jawab lelaki rendah dipanggil Haha itu."Kenapa hyungnim nak jumpa kita?"Tanya Jongkook sangsi.Bukan selalu ketua mereka melakukan perjumpaan secara tiba tiba.Mungkinkah ada di antara mereka mengkhianati Hyungnim atau ada kumpulan kongsi gelap lain mahu lancarkan perang dengan mereka?Jongkook sendiri terasa malas mahu mengandai berlebihan jadi dia sekadar menunggu di luar sehingga dipanggil masuk.

Haha mengeluarkan sepuntung rokok dari kotak di koceknya.Dia angkat kening pada Jongkook seolah bertanya 'nak'? Jongkook menggeleng.Dia benci rokok,ataupun bahan lain yang boleh buat dia sakit atau khayal.Cukuplah ayahnya bunuh orang kerana mabuk,dia tak mahu bunuh orang juga.Boleh dikatakan dia trauma ataupun fobia.

Setelah beberapa minit menunggu,semakin ramai ahli lain muncul di luar bilik.Menunggu masuk ke dalam untuk perjumpaan mengejut tersebut.

Pintu pejabat ketua mereka dibuka dan seorang gadis menjenguk keluar.Gadis itu setiausaha ketua mereka,Im Yoona.Cantik dan baik orangnya.Entah macam mana dia boleh jadi setiausaha lintah darat pun tiada siapa tahu.

"Awak semua boleh masuk sekarang."Ujarnya dengan senyuman.Semua ahli masuk dan berbaris di hadapan meja ketua mereka.Berdiri tegak umpama askar yang sedang berkawat.

"Selamat malam,semua.Hari ini,kita akan adakan mesyuarat.Tahu kenapa aku buat mesyuarat ni?"Lelaki yang diberi pangkat ketua bernama Lee Beomsoo itu bersuara.

"Aku panggil kamu semua sebab kadar duit yang aku terima dah berkurang sejak kebelakangan ini."Beomsoo tersenyum namun cukup menakutkan mereka.

Jongkook dan ahli ahli lain bekerja dengan ketua mereka untuk mengutip hutang dan cukai dari peniaga jalanan.Jika mereka tidak dapat sebanyak yang dihajati ketua..Mungkin mereka akan dipecat atau lebih teruk lagi..Tiada siapa tahu.

"Lagi lagi kau,Kim Jongkook.Minggu ni kau tak bagi aku walau satu won pun.Jadi buat apa aku gaji kan kau?"Jongkook menelan liur bila namanya disebut.Memang benar dia belum beri walau satu won pun pada ketua minggu ini.Dia sebenarnya telah pergi memungut hutang di semua tempat yang diarahkan tetapi tidak sampai hati mahu memeras ugut mereka yang dalam kesusahan.

Beomsoo mendekati Jongkook dan merenung mukanya.Jongkook tertunduk.Takut mahu merenung mata lelaki yang berkuasa itu. "Wae,Kim Jongkook?"Tanya ketua.Jongkook tak mampu berkata apa.Yang tersisa hanya ketakutan yang boleh buat dia menggigil.
"Wae Kim Jongkook????"Tanya lagi.

"Cheosonghamnida,hyungnim."Jongkook menunduk."Kau nak mati ke,tak guna?"Kepala Jongkook ditunjal geram Beomsoo."Tak."Jawab Jongkook."Jadi,buat kerja.Betul.Betul.Faham?"Beomsoo berbisik namun kata katanya terasa tajam di telinga Jongkook.Jongkook mengangguk.

"Atau..kalau kau tak buat kerja betul,mungkin adik kau boleh kerja dengan aku pulak."Mata Jongkook terbeliak saat ketua berkata begitu. "Tak,hyungnim.Saya janji akan buat lebih baik,ketua.Saya janji."Jongkook bersungguh sungguh meminta maaf.Beomsoo tersenyum sinis.

"Sebab duit.Semua sebab duit."

THE UMBRELLAWhere stories live. Discover now