Hubungan

286 12 7
                                    

"The less you reveal,the more others will wonder."-Unknown

Jongkook melangkah ke dalam biliknya lantas memandang ke kiri kanan.Mencari kelibat sesorang yang sepatutnya ada di dalam biliknya kala ini.Pukul 7 malam.Patutnya Kwangsoo pasti sudah pulang ke rumah.

"Yah~Kwangsoo!"Jongkook memanggil kalau kalau dia di dalam bilik air.Tiada respon.

"Jongkook~Tadi saya nampak adik kamu keluar.Dia pergi halaman belakang."Seorang lelaki berkaca mata menegur Jongkook dari pintu bilik yang lupa ditutup. "Oh,Sukjin hyung.Kamsahamnida."Ujar Jongkook tertunduk tunduk.Sukjin tersenyum dan berlalu pergi.

"Haish~Budak ni."Jongkook mengomel sendirian sebelum dia ternampak kesan darah yang telah dilap di lantai.Liur ditelan."Kwangsoo."Bibirnya spontan menyebut nama itu,khuatir apa apa yang tidak diingini terjadi.

Dia berlari ke bawah,menuju keluar terkocoh kocoh."Yah~Kwangsoo!"Jongkook memanggil takkala terlihat Kwangsoo berdiri tegak di depan pohon besar di belakang rumah kongsi mereka."Apa kau buat?"Tanya Jongkook.Matanya melilau mencari apa yang Kwangsoo tenungkan di situ sebelum matanya tertancap pada kayu tertulis 'Maru' yang dipacak di atas tanah yang kelihatan membukit sedikit.

"Apa jadi pada ia?"Tanya Jongkook lembut.Dia mendekati Kwangsoo lantas terlihat tangan lelaki itu berlumuran darah."Apa..."Jongkook hilang kata.

"Aku balik tadi..Dan aku lihat dia dah mati.Seseorang dah putuskan lehernya."Jawab Kwangsoo tertunduk kecewa.Jongkook diam."Pintu masih dikunci dengan elok tapi..macam mana orang tu masuk?"Tanya Kwangsoo,entah pada siapa kerana tiada antara mereka berdua yang tahu tentangnya.

"Lebih baik kau hati hati,ada sesuatu akan apa apakan kau..dan keluarga kau."

Jongkook tersentak,apa yang lelaki itu beritahu..Mungkinkah ini satu amaran kepadanya.Tetapi,kerana apa?Mungkinkah ada yang cemburukannya?Ketuakah? Mustahil,apa yang Jongkook buat?

"Sudahlah,mari kita balik."Kwangsoo berjalan lemah meninggalkan Jongkook sendiri di situ.Merenung kubur si kucing kecil malang itu.

------------------

"Kau pasti helah kau berjaya?"

"Ya,aku pasti."

"Semuanya akan terbalas nanti.Semuanya akan terbalas."
------------------
Malam yang sejuk itu dipandang kosong Kwangsoo di birai tingkap. Menerobos dalam khayalan saat air hujan yang turun memercik ke pipinya.

"Kwangsoo, mari makan. "Ajak Jongkook di meja makan mereka. Kwangsoo menggeleng tanpa kata. Jongkook memandang sepi adiknya.

Tiba tiba bunyi telefon bimbit menyinggah telinganya. Dia lantas menyentuh ikon hijau dan melihat siapa yang menghantar pesanan.

Jihyo

Hati Jongkook jadi berbunga bunga. Tanpa dia tahu sebabnya.

'Oppa tengah buat apa tu. '-Jihyo

'Tengah makan.'-Jongkook

'Baru nak ajak pergi makan. :( -Jihyo

'Boleh jer. 'Jongkook tersenyum girang mengambil begnya dan menghala ke pintu untuk keluar.

"Hyung nak pergi mana?"Tanya Kwangsoo yang hairan dengan tingkah Jongkook yang tersengih tak tentu pasal.

"Ada hal kejap. "Ujarnya pendek. "Makan lah dulu.Hyung balik lambat."Sambungnya sebelum keluar dalam kabut hujan lebat.

Kwangsoo menggaru kepalanya. Tak betah rasanya hari ini mahu duduk seorang diri di rumah. Dia mencapai baju sejuk hitam dan menutupi kepalanya dengan hood sebelum keluar dari bilik sewa.

Kunci disimpan di atas para yang ada di atas pintu. Biar Jongkook tiada alasan untuk memarahi nya jika dia lewat pulang.

Dalam kehujanan, dia berjalan sendiri. Tiada hala tuju, hanya berjalan sehinggalah dia terdengar bunyi sesuatu.

Bunyi kaca pecah dan suara seseorang menangis.Ia datang dari arah rumah di sebelahnya. Dia menjenguk melalui dinding batu.

Terlihat seorang gadis sedang dipukul oleh seorang lelaki lewat empat puluhan dengan tali pinggang. Dia melibas gadis iu dengan sangat kuat .Gadis itu menangis dan menangis. Memohon maaf berulang kali.

Di kelilingnya terdapat kaca kaca pecah bertaburan.

Pejalan kaki yang melalui tempat itu berlalu tanpa menoleh. Tidak mahu masuk campur hal gadis malang tersebut membuatkan Kwangsoo pun ikut berjalan ke depan.Air liur ditelan saat suara gadis tersebut semakin kuat.

"Jalanlah, bodoh. Jalan. "Monolog nya kepada diri sendiri. Buku lima digenggam hinggakan tangannya menggigil. Dia tak mahu tambah masalah lagi.

Tak boleh jadi!

Dia berpatah balik dan memasuki perkarangan rumah gadis tersebut. Berdiri tegak di depan lelaki tersebut.Perbuatannya terhenti lantas wajah Kwangsoo direnungnya.

Gadis itu bangun dan berlari ke belakang Kwangsoo untuk berlindung.

"Jangan pukul perempuan. Tak guna."Ucap Kwangsoo perlahan.

"Tak gunaaaa!"Lelaki itu melibaskan tali pinggang ke wajah Kwangsoo namun ditepisnya lalu ditarik kasar dari lelaki itu.

Tali pinggang kini di tangan Kwangsoo. Lelaki itu tidak semena mena mengeluarkan pisau untuk menikam Kwangsoo

Gadis di belakangnya memeluk erat pinggangnya dari belakang dalam ketakutan. Lelaki itu berlari dengan pisau terhunus ke arah mereka.

Kwangsoo melibaskan kepala besi pada tali pinggang dan mengenai tangan lelaki itu membuatkan pisau terjatuh ke tanah.Dia tergamam sebelum Kwangsoo menyepak dadanya. Dia jatuh terlentang ke tanah. Tidak mampu bangun.

"Jangan berani pukul perempuan ni lagi. "Katanya sebelum keluar dari perkarangan rumah itu.

------------

THE UMBRELLAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt