Maru Si Kucing

323 20 5
                                    

"Being able to survive does'nt mean it was ever okay"-unknown

"Pastikan kau bagi makan.Jangan sampai hyung pulak kena bagi dia makan nanti."Ulang Jongkook buat kali yang ke berapa puluh. "Arasso,arasso."Jawab Kwangsoo kebosanan sambil membelai anak kucing yang dikutipnya tadi.Telinganya luka,kakinya berdarah dan bulu putihnya kotor sungguh.Siapa yang tergamak membuang anak kucing ini di tepi jalan?Mujur Jongkook membenarkannya memelihara kucing tersebut.Jikalau tidak,pasti kucing itu sudah mati di tepi jalan kerana kelaparan.

"Hyung kena pergi kerja ni.Jaga diri elok elok."Nasihat Jongkook sebelum keluar dari bilik.Kwangsoo mengeluh lantas memandang semangkuk nasi putih,kimchi dan telur gulung di atas meja kecil di penjuru bilik tempat mereka menyewa.Makan seorang lagilah jawabnya.

"Miawwww~~"Dia menoleh lalu tersenyum."Mari kita makan,Maru."Kwangsoo mengusap kepala anak kucing yang lemah itu dengan lembut.Terasa biliknya tidak sunyi biar pun kucing ini tidak banyak mengiau dari tadi.

Dia termenung kembali peristiwa di sekolah waktu makan tengahari tadi,

"Woi penyangak!Kau makan
apa tu?"Seorang lelaki berkulit putih dengan rambut tersisir rapi tersenyum sinis pada Kwangsoo.Kwangsoo cuba untuk membuat tidak endah dengan kelakuan kurang ajar lelaki itu.Dia anak kepada CEO sebuah syarikat terkenal,apalah nak dibandingkan Kwangsoo yang abangnya bekerja dengan kongsi gelap?

"Yah~Kau tak dengar ke apa Hongki cakap?"Seorang lelaki lagi yang merupakan kawan baiknya masuk campur.Dia pula Lee Seunggi,anak kepada pewaris Hotel 5 bintang di Pulau Jeju.Punyai wajah yang kacak dan karisma setaraf selebriti Hollywood,siapa yang tidak mahukan dia?Sekali lagi,siapalah Kwangsoo nak dibandingkan dengan dia?

"Aku tak nak kacau kau,jadi kau jangan kacau aku,faham?"Kwangsoo bangun dari duduknya dan merenung dua budak yang menyakitkan hati itu."Uish,dia marah laaa."Seunggi tergelak mengejek dengan apa yang dikatakan Kwangsoo.Hongki juga ikut tertawa.

"Yah~Kenapa kacau dia hah?Bukan dia buat apa pun kat korang!"Seorang lelaki separas bahu Kwangsoo menolak Hongki agar menjauhinya dan Kwangsoo."Oh,Joongki..Kau pun dah terikut ikut dengan penyangak ni?"Seunggi bercekak pinggang sambil memasang wajah sombong. "Apa masalahnya?Ada kacau kau ke?Tak ada,kan?"Joongki mengetap gigi geram.

"Dahlah,malas aku nak tengok muka kau ni."Hoongki dan Seunggi angkat kaki bila dilanda sakit hati dimarahi Joongki tadi. "Anak penyangak,ayah pembunuh."Hongki berbisik dibalas tawa girang Seunggi.

Wajah Kwangsoo memerah.Pantang dia kalau sesiapa mengutuk ayahnya begitu.Buku lima digenggam geram sebelum dia berjalan ke arah Hongki lalu menendang belakangnya hinggakan dia tertiarap di lantai kelas.Selepas itu,dia menumbuk muka Hongki berkali kali sehingga darah melekat di buku lima nya.Dia sudah tidak mampu berfikir lagi seolah olah telah dirasuk.Yang dia ingat hanyalah dia ditarik oleh guru disiplin dan dibawa ke bilik disiplin sebelum dihadapkan kepada pengetua.

Lamunannya terhenti tatkala Maru menjilat jari jemarinya menandakan dia lapar.Kwangsoo mengalih pandang ke tempat lain lau terpandang gambar abangnya di dinding bersama ayah.Lebih baik gantikan dengan gambar Maru si kucing...

THE UMBRELLAWhere stories live. Discover now