Tak-Dir

299 18 6
                                    

"And it's hurt so much when you want something you can't have."-unknown

"Apa apa pun,ni anak saudara aku,Song Jihyo."Beomsoo tersenyum manis tatkala seorang gadis berambut hitam pekat paras bahu muncul dari bilik di belakang meja Beomsoo."Dia baru habis belajar di England."

Jongkook terkedu.Itu bukan ke gadis yang dia ketemu di lampu isyarat tadi?Song Jihyo tersenyum menunjukkan barisan gigi putihnya.Jongkook ikut mahu tersenyum melihat kemanisan pada wajahnya.Matanya...Bersinar penuh harapan.

"Kim Jongkook!"Jongkook tersentak mendengar namanya dipanggil.Rupanya sudah beberapa kali namanya dipanggil tetapi diganggu lamunan. "Cheosonghamnida,hyungnim."Jongkook meminta maaf berkali kali.

"Disebabkan kau dah buat banyak masalah pada aku minggu ni,kau akan tolong jagakan anak saudara aku ni."Jongkook menelan liur.Tanggungjawab yang dia pikul terasa amat berat namun berat lagi bibirnya mahu membantah arahan ketua. "Faham?"Tanya ketua. "Faham,ketua."Jawabnya akur.

"Kalau aku tak dapat duit yang aku perlukan dalam minggu ni..Kamu semua tahu apa akan berlaku."Sambung Beomsoo lagi memberi amaran kepada anak anak buahnya.Dalam masa sama,mengugut Jongkook kerana memang dia seorang sahaja belum berikan duit dari penghutang minggu ini walaupun sedikit.

Jongkook tunduk. "Mulai hari ini,ke mana sahaja dia pergi,kamu perlu ikut,faham?"Beomsoo berdiri di depan Jongkook sambil menunding pada Jihyo. Jongkook mengangguk.

"Perjumpaan dibubarkan."Kata ketua sebelum anak anak buahnya menunduk 90 darjah dan keluar dari bilik yang suram itu.

"Hyung,bertuahnya kau dapat jadi bodyguard perempuan cantik tu!"Usik Haha membuatkan Jongkook berkerut sebaik sahaja mereka keluar dari bilik ketua."Entahlah.Apa kata kau yang tolong jagakan dia.Aku tak yakin boleh jaga anak orang kaya macam dia tu."Jongkook menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aneyo~Ketua suruh kau buat.Aku tak layak,mungkin."Haha mencebik. "Aku layak,jinjja?"Jongkook menunding muka sendiri. "Hmm."Haha mengangguk sekali."Aku balik dulu,hyung."Haha menuruni tangga rumah kedai itu pantas meninggalkan Jongkook di belakang.

Bahunya ditepuk,dia pantas menoleh "Kim Jongkook,kan?". Gadis itu bertanya.Jongkook menghembuskan nafas lega biarpun terkejut
"Ne.Selamat berkenalan."Jongkook tunduk 90 darjah tanda rendah diri pada gadis itu.Beomsoo takkan berdiam diri jika dia bertindak kurang ajar dengan gadis ini.

"Jihyo imnida."Dia tersengih senget.Jongkook tersenyum kekok. "Ini alamat rumah saya,esok pukul 12 saya ada hal sikit.Datang dan ambil saya,okay."Jihyo menghulurkan sekeping kertas dengan alamat rumahnya. "Arasso,arasso."Jongkook mengangguk. "Anyeong~"Jihyo masuk ke dalam bilik Beomsoo semula meninggalkan Jongkook sendirian merenung alamat itu.

"Makin bertambahlah kerja aku."
---------------------------

Hujan lebat di luar rumah.Kwangsoo sedang duduk di tepi tingkap sambil memeluk lutut sendiri.Pandangan dibuang jauh le dalam hujan yang bising bertemu dengan jalan tar.Maru tertidur kekenyangan di penjuru bilik setelah diberikan sepeket makanan kucing.

Jam menunjukkan pukul 10.14 malam.Jongkook belum pulang.Tiada sekelumit risau di hati kerana tahu abangnya memang pandai menjaga diri sendiri.

Matanya terkatup, terbuka, terkatup, terbuka kembali.Dia rasa mengantuk namun belum mahu tidur.Terasa bosan yang amat,pergi sekolah,balik sekolah,tidur,esoknya pergi sekolah,balik sekolah,tidur.Begitulah sehari sehari.Dia mahu rasa hidupnya bermakna.Namun..Buat apa pun hidupnya bermakna?Ibunya tiada,ayahnya sudah mati..Abangnya..Dia tidak pasti.

Hujan yang lebat membuatkan dia mengimbau kenangan pahit yang hingga kini masih berbekas di hati.Menyimpan seribu dendam dan sakit hati.

"Kenapa dengan awak ni?"Ayah merenung ibu yang sedang mengemas baju bajunya ke dalam beg pakaiannya. "Saya dah bosan hidup dengan awak!Lebih baik saya keluar dari rumah ni."Ibu menjerit melepaskan kemarahannya lalu berjalan ke luar rumah.

"Omma!Omma,mana omma nak pergi?Jangan tinggalkan Jongkook.Jangan tinggalkan Kwangsoo.."Jongkook memeluk pinggang ibunya erat erat tanpa rengang."Jongkook,lepaskan omma."Ibunya merenung mata Jongkook seakan memberi amaran."Jangan tinggalkan kami,omma."Air mata membasahi pipi Jongkook."Lepaskan!"Ibu menolak Jongkook jatuh ke lantai.Dia terkedu tidak percaya.Apa yang telah jadi pada ibunya yang dulu amat menyayangi mereka.

"Omma!!"Kwangsoo yang ketika itu masih kecil berlari mendapatkan ibunya namun ditarik oleh ayahnya. "Pergilah ke mana yang awak nak!Saya akan jaga anak anak kita!"Ayah memeluk Jongkook dan Kwangsoo erat erat sambil melihat Ibu mereka menaiki kereta hitam yang dipandu seorang lelaki dalam kehujanan.

Sejak itu,hanya ayah dan Jongkook yang menemaninya dalam kehidupan ini.Setelah Ayahnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati...Terasa makin gelap dunianya.Yang dia ada hanyalah abangnya namun dia takut mahu bergantung harap lagi dengan sesiapa,dia takut abangnya juga akan meninggalkannya.Sendiri..Dia sendiri.

THE UMBRELLAWhere stories live. Discover now