Mulai Hari Itu

236 14 5
                                    

Sorry guys,sebab lama tak update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry guys,sebab lama tak update . :'(

"I could spend hours,looking at your smile."-Unknown

Saat benar benar kepalanya ingin mengenai senjata senjata mereka,Eunji menjerit."Yah!Oppa~~Apa saya cakap semalam?Jangan bergaduh!!"Gadis itu menghentak kaki.

"Chagi ya..Dia tumbuk muka oppa tau."Hongki menunjukkan darah di mulutnya."Ish,sikit je."Eunji tersengih lantas ketawa."Sikit?"Hongki protes."Yup."Eunji tersenyum lagi.Lepas ni,saya rawat untuk awak okay."Eunji menarik tangan Hongki ke arah tangga lalu diikuti rakan rakan Hongki yang lain.

Kwangsoo mendongak ke langit dan menghela nafas lega.Mujur,lelaki lelaki tadi tidak jadi memukul dia dan Joongki kerana teman wanita Hoongki,Eunji,datang ke atas bangunan.Dia memang tidak suka Hongki bergaduh dan membuli orang,jadi Hongki terpaksa mengikut kata katanya ataupun dia akan terpaksa berpisah dengan gadis idaman ramai itu.

"Nasib baik."Joongki mengurut dada melepas lega."Dia takkan puas hati."Jawab Kwangsoo,mengemaskan bajunya yang selekeh."Kau ni berani jugak ye."Puji Joongki.

"Aku berani,atau kau yang penakut?"Perli Kwangsoo buatkan Joongki tarik muka."Biasalah,aku ni dari keluarga yang susah dan porak peranda,tak ada apa nak dirisaukan dengan hidup aku.Kalau aku mati pun,bukan ada siapa kisah."Joongki ingin membuka mulut melawan kata kata Kwangsoo tetapi Kwangsoo lebih cepat menyambung,"Kau lainlah,hidup aman tenteram,kaya..Takde apa nak disesalkan hidup kau ni...Kecuali kau patut menyesal sebab kawan dengan aku.Buang masa je."

"Apahal kau fikir camtu?Kau ada abang yang sayangkan kau.Kau patut bersyukur."Balas Joongki setelah jeda beberapa saat.Kwangsoo membuang pandang ke arah lain.

"Serius ke kau okay balik sendiri ni?"Joongki melihat Kwangsoo."Takde hal."Jawab Kwangsoo pendek.Mereka sedang berjalan ke perhentian bas untuk pulang dari sekolah.Sebenarnya,Kwangsoo yang perlu naik bas untuk pulang ke rumah tetapi Joongki berkeras mahu menemaninya setelah kejadian Hongki ingin membalas dendam tadi.

'Pon-Pon!'Bunyi hon dari sebelah kanan mereka.Rupanya kereta milik keluarga Joongki."Yah~Jom aku hantar kau balik,jom."Dia menarik pergelangan tangan Kwangsoo masuk ke dalam kereta.Kwangsoo yang terkedu saat itu hanya menurut.

"Pakcik,kenalkan.Ini Lee Kwangsoo.Kawan baik saya.Boleh kita hantar dia balik?"Tanya Joongki pada pemandunya."Arasso,mestilah boleh."Ujar pemandu itu lalu menunduk pada Kwangsoo di belakang tanda hormat.Kwangsoo membalas dengan menunduk juga.

Setelah ditunjukkan jalan,akhirnya Kwangsoo tiba di rumahnya yang dikongsi beberapa penyewa lain."Kamsahamnida."Ucap Kwangsoo sebelum keluar dari kereta dan menghela nafas lega kerana sudah keluar dari kereta mewah yang padanya berbau amat menyengat.

Setibanya di bilik sewanya,dia terlihat darah di atas lantai rumahnya sebelum matanya tertancap pada benda putih di tengah rumah...Maru..

-------------------

"Oppa!Ppali~"Gadis itu terlompat lompat menjerit memanggil Jongkook.Jongkook tersengih tidak percaya.Gadis ini,dia terlalu manis untuk menjadi seorang anak saudara lintah darat.

"Kenapa ni,Cik Jihyo?"Tanyanya."Tak payah nak cik sangat lah."Jihyo tertawa."Tengoklah ni,comel sangat lah tupai ni!"Jihyo menunjukkan makhluk berbulu perang di dalam kurungan itu.

"Ya,comel."Ujar Jongkook kekok."Cik..Jihyo,tadi awak cakap nak pergi ke suatu tempat.Saya akan tunggu dalam kereta saja."Kata Jongkook.Bukan dia tidak suka bersama gadis lawa ini.Dia cuma kurang selesa berjalan dengan gadis yang lebih tinggi taraf daripadanya.Seperti tidak sedar diri pula.

"Ala~Saya saja je nak jalan dengan awak.Its a date!"Jihyo menarik tangan Jongkook,dibawa ke kedai sebelah pula.

Jongkook menelan liur.Pipinya memerah saat itu.Date?Mereka sedang bertemu janji?Matilah kalau Beumsoo tahu tentang ni.Dia semestinya tak mahu Jihyo menjadi teman wanita lelaki bawahannya.

"Pakcik,bagi perisa ni,dua."Jihyo menunjukkan perisa aiskrim coklat pada pakcik penjual aiskrim itu."Baik,ini dia."Jongkook cepat cepat mengeluarkan duit dari dompet namun Jihyo lebih cepat membayar.

"Saya ajak awak keluar,saya bayarlah."Ujarnya selamba lalu diberi satu kon aiskrim pada Jongkook."Gumawo."Jongkook menunduk."Ahh~kyeopta."Jihyo mencubit pipi Jongkook.

"Haish,budak ni."Jongkook berbisik pada diri sendiri.

Setelah beberapa jam berjalan,Jihyo meminta diri untuk ke tandas sebentar.Jongkook hanya duduk di kerusi di sisi pasaraya tersebut.

"Hei,kau."Bahunya terhincut.Terkejut disapa suara setajam itu."Kenapa?"Tanyanya."Lebih baik kau hati hati,ada sesuatu akan apa apakan kau..dan keluarga kau."Jawab lelaki misteri berkot dengan topeng muka itu.

"Apa kau cakap ni?"Lelaki itu pergi meninggalkan Jongkook yang terpinga pinga dan hilang dalam kabut orang ramai.

"Jom balik."Jihyo yang sampai merenung wajah Jongkook.Pucat."Oppa,kenapa ni?"

"Tak ada apa apa."Jawab Jongkook."Mari balik."

Di dalam kereta,mereka diam seribu bahasa sebelum si gadis itu membuka bicara."Oppa,saya rasa sangat senang dengan oppa.Sya harap dapat jumpa oppa lagi."Katanya tersipu sipu.

"Telefon sahaja oppa.Oppa ada."Jawab Jongkook segan."Jihyo mendekati Jongkook lalu mencium pipi Jongkook.Ibarat terhenti jantung Jongkook saat itu.

"Mulai hari ni,oppa namja chingu saya,arasso?"

------------------


THE UMBRELLAWhere stories live. Discover now