Tumbuk

301 19 6
                                    

"tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya."-Syafiq Aizat

Joongki berjalan ke kelas 5-2.Mencari gerangan yang dinantikan keluar dan menghabiskan waktu makan tengahari bersamanya.Terlihat kelas kosong.

"Haish,mana budak ni pergi?"Dia menggaru kepala yang tidak gatal lalu berjalan lagi ke kantin."Woi,prettty boy!"Joongki menoleh lantas terlihat wajah menyakitkan hati yang cuba dia elak namun ketemu juga."Kau nak pergi mana ni?"Tanya Hongki."Bukan masalah kau."Joongki berjalan laju meninggalkan lelaki panas baran itu di belakang.

Kakinya melangkah ke hulu dan ke hilir,cuba mencari temannya yang hilang entah ke mana.Waktu rehat hari itu berakhir dengan ketidakpuasan dalam hati Joongki.

Jam menunjukkan pukul 3 petang.Loceng terakhir hari itu berdering.Lalu,dia ambil keputusan naik ke atas bangunan. "Yah,Kwangsoo!!!"Dia memanggil lelaki itu teruja sebaik terlihat dia sedang duduk di tebing bangunan tersebut.

"Kau..Ok ke?"Tanya Joongki.Wajah Kwangsoo terlihat lurus.Kosong.Joongki mengambil tempat di sebelahnya lalu terlihat Kwangsoo mengangkat tangannya ke mulut.Di celah jarinya ada sepuntung rokok.(Merokok tak baik untuk kesihatan.) " Yah,Lee Kwangsoo.Sejak bila kau merokok ni?"Joongki menggeleng kepala melihat asap yang keluar dan masuk ke dalam hidung lelaki itu.

Kwangsoo terbatuk batuk.Jelas yang dia baru mula merokok.Laju tangan Joongki menjentik rokok di jarinya.Ia pun jatuh entah ke mana."Yah!"Kwangsoo mengangkat tangan mahu menampar wajah putih lelaki itu.Joongki sekadar tertawa,dia tahu Kwangsoo tak akan memukulnya.

"Kenapa kau...Kisah sangat pasal aku?Aku baru jumpa kau beberapa kali tahun ni.Kita tak selalu sama sama pun sebelum ni."Kwangsoo membuang pandang ke depan,melihat perbukitan di hujung horizon."Sebab kau sahabat aku.Kau ialah aku dan aku ialah kau."Joongki tersenyum.

"Kau nak aku menangis ke apa sekarang ni?"Kwangsoo tersengih mendengar kata kata Joongki yang pada pengamatannya tak masuk akal."Jinjja,kau sahabat aku."Joongki menumbuk bahunya. "Wae?Kau ramai peminat dan ramai kawan.Kenapa aku...Sahabat kau pulak?"Kwangsoo memasang wajah jengkel.

"Kau tak pernah tanya tentang harta benda aku atau keluarga aku.Kau seorang je yang tak takut sakitkan hati aku dalam sekolah ni.Aku tahu kau ikhlas sedangkan yang lain takut sakitkan hati aku sebab takut keluarga aku buat apa apa pada mereka."Joongki menerangkan.Kwangsoo tergelak.

"Apa apa jelah."Kwangsoo memandang awan.Begitu juga Joongki.

"Kat sini rupanya kau,penyangak!"Terlihat seorang lelaki di tangga.Hongki..Kwangsoo mencerun memandangnya. Kalaulah dia ini sekampit beras,pasti sudah bocor dikerjakannya.

"Kau ingat dengan dimerit dalam buku disiplin kau tu boleh buat aku puas hati ke?"Hongki mendekatinya dengan genggaman tangan yang kejap.Di belakangnya ada beberapa orang lagi rakan rakannya dengan senjata seperti kayu besbol dan batang besi.Tangan Hongki kosong.Mahu tunjuk kuat mungkin.

"Haish,budak ni."Kwangsoo mengeluh.Wajah Joongki menunjukkan riak takut sedikit namun tetap berusaha menyimpan wajah itu.Almaklumlah,sebelum ini,mana ada siapa berani mengapa apakannya bahkan dijentik pun setahun sekali.

"Kau nak apa?Tak serik lagi ke,hah?"Kwangsoo memasukan tangan ke dalam poket dan berjalan mendekati mereka.Kwangsoo tahu mereka ramai.Kwangsoo tahu dia akan kalah melawan mereka.Namun dia sudah tidak kisah,memandangkan dia naik ke atas bumbung ini tadi pun untuk membunuh diri, tetapi tidak mampu.

"Aku nak kau mati."Terlihat tangan Hongki menggigil kerana kegeraman."Tak,bukan mati.Aku nak kau terseksa sampai kau mati."Katanya lagi."Jinjja?"Kwangsoo mencebik dan mengangguk angguk tanda mengejek.Lantas dia menoleh  ke arah Joongki di belakang.Dia mengenyit mata sinis pada lelaki itu lantas buatkan lelaki itu tersenyum kekok.

Tanpa amaran Kwangsoo berlari ke arah Hongki lalu melancarkan tumbukan padu ke mukanya.Darah dari mulutnyanya terhambur.Hongki terbeliak tidak percaya."Serang!!!!!"Jeritnya umpama halilintar yang membelah awan.

Kwangsoo mengepal penumbuknya kejap dan tersenyum nipis."Habislah aku kali ni."

THE UMBRELLAWhere stories live. Discover now