selangkah

66 0 0
                                    

Hari mengeluh sedunia aku rasa. Ya Allah, kufur nikmatnya aku. Penatnya hari ini, masyaAllah, hanya Allah yang tahu. Hari ini saja sudah dua syarikat menemuduga aku

Dan minggu ini sahaja dah lima syarikat aku jejaki untuk mencari sesuap nasi. Silap ke aku , seorang wanita muslimah lagi ayu ambil course engineering? Bab ayu tu tipu, tapi manis tu adalah. Hehe puji diri sikit, bukan apa tapi untuk built up kembali self esteem aku yang mudah rapuh itu.

Aku lepasan degree dalam mechanical engineering di sebuah universiti terkemuka tanah air. Sebelum ituaku ambil diploma di sebuah politeknik yang bukan calang-calang juga . Zaman diploma aku penuh dengan kegemilangan, yeahh. Alhamdulillah rezeki aku dapat dekan untuk setiap sem dan seterusnya graduan terbaik poli tempat aku tu. Lepasti aku pilun lah mohon scholarship sana sini. Akhirnya ada juga nak terima insan seperti aku ni. Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan menuntut ilmu aku. Mungkin dah biasa senang dengan nikmat Allah jadi aku agak payah dalam mencari peluang pekerjaan.

Aku cuba positifkan diri. Dah sampai masa aku merasa sedikit kesusahan. Nilai CGPA aku yng flying colours tu tidak bermakna sangat di bandingkan dengan pengakaman kerja yang syarikat2 ini mahu.

Sudah sebulan aku melalui saat saat sukar mencari kerja. Tiap malam aku menangis, minta Allah permudahkan urusan aku. Lama juga aku berulang dari Port Dickson ker Selangor, KL dan Seremban untuk interview. Alhamdulillah, akhirnya Allah perkenan jugak doa aku. Aku dapat surat tawaran untuk berkerja sebagai assistance engineer dekat Bangi. Walaupun starting salary dia kasi rm2000. Kurang sikitlah dari kelayakkan aku , sebab lulusan degree seperti aku sepatutnya lah position sebagai junior engineer. Tapi itu pun aku dah bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Memang lepastu aku buat kenduri kesyukuran kecil kecilan lah. Umo abah aku jangan cakap lah. Gembira bukan kepalang. Abang aku yang kadang kadang poyo nak mati tu pun siap kasi hadiah lagi atas kejayaan aku. Ohh sayang jugak kau kat aku ni. Ingat tak nak memgaku adik dah. Aku gembira bila orang2 di sekeliling aku happy. Best friend aka jiran aku aka Hana apatah lagi. Lagi lahh dia suka sebab tempat practical dia dekat Shah Alam. Awal2 dia cakap nak menyewa degan aku di sebuah rumah flat kecil.

Fzlina plak, dia awal dah meninggalkan kami, dengan merantau di negeri orang. Dia graduate jer terus dapat offer kerja di Sabah as engineer untuk cawangan Celcome di sana. Bertuah badan. Aku ingat lagi dia asal cuti sem jer nangis dekat kami sebab risau akan masa depan. Aku cakap lahh rezeki Allah itu maha luas. Rezki orang beza beza. Ada yang senang belajar susah kerja begitu jugak sebaliknya. Memang kata kata aku tu tang kene batang hidung ku yang tak berapa mancung ni.

Aku gembira tengok kawan kawan aku yang berjaya semuanya. Alhamdulillah. Techa dapat jadi engineer kat Jepun. Satu satunya wanita yang lepas dan bertahan dengan tahap stress kerja di Jepun. Tapi kira okey lah , dia dah ada cik abang yang boleh tengok tengokkan dia. Ramai lah, ada yaang aku tak sangka jadi ustazah pun alhamdulillah dah jadi dah pun ustazah. Siapa sangka lah kan. Imbau kenangan di SHAAS aku teringat seseorang. Figure yang aku benci gila. Dulu lah tapi. Sekarang dah matang, dendam dendam ni makanan orang tak da agama jer. Haha.

Last aku tahu pasal dia, dia future architecture di UniKL. Apa apa sahaja lah.

Yang penting sekarang esok aku kene pindah flat syurga kami sebab lagi tiga hari aku kene mendaftarkan diri sebagai assistance engineer kat company tu. Semoga urusan aku di permudahkan.

RuangWhere stories live. Discover now