2

42 0 0
                                    

Okey, barang barang asasi aku semua dah complete, Hana kata tak payah beriaya sangat. Ala ala packing asrama cukup sebab rumah yang didapat tu akan share dengan seorang akak senior dia. Rumah tu sewa turun temurun punya. Dari senior kepada senior kepada senior. Okey lahh kira nak duduk 3 orang. Akak tu dah berkerja tetap. Tinggal situ sementara tengah beli rumah. Mantap kan? Muda muda dah beli rumah. In sha allah aku satu hari nanti.

Penuh jugaklah kereta Myvi hitam keluarga aku ni. Mampu pinjam jer kak. Apa
Ah yang fresh graduate macam aku nak beli. Hana pun pakai skuter jer nak gi firma empat dia chambering pupil gitulahh atau bahasa mudahnya latihan dalam kamar. Perh Hana bakal law bhai. Patutlah dulu kalau gaduh gaduh manja mesti dia menang. Tak nampak pulak aku potensi lawyer berkarisma dia dulu. Aku gurau jer Hana. Chambering elok elok nanti senang ada kawan lawyer.

Cakap pasal Hana , aku dah nampak dah dia terkedek kedek jalan kearah aku. Memandangkan kami jiran , jumaat haritu dia malam2 balik naik bas. Kata nya nak menjemput aku sendiri lah ke rumah flat syurga tu. Hana dah tak macam dulu dah. Dulu Hana agak chubby jugak lah. Dari dia kecik aku tengok chubby tu jer lah dia. Alih alih lepas habis sem aku yang pertama ketika di poli. Mak aihh cun beb Hana. Hana ambil stpm masa tu. Sekolah tempat dia amik stpm tu pulak sekolah asrama penuh jadi jarang balik. Hana pun bukan keluar rumah pon. Alih2 kurus aku tengok. Makin cantik lah Hana. Lifegoals dia katanya sebelum masuk U. Dia pun terkejut jugak tengok penampilan aku yang baru. Hehehe . Ala ala bidadari katanya. Aku pun dah cun sikit lah. Tapi memandangkan lepasni aku kene rajin tengok site. Habislah aku.
Alahh redha jer Hana kata, wudhu' kan ada. Hahah

"Assalamualaikum, whoii. Kau berangan apo pagi pagi ni. Aku ketuk cermin kete bukan kau dengar pon " Hana membebel pagi pagi. Aku pun tak perasan sejak bila dia masuk dalam kereta ni.

" Bila kau masuk? Macam pencuri ah kau. Terkejut mami" aku balas.

"Salam aku pun kau tak berjawab, termenung jer pandang depan. Aku tengok pintu tak berkunci aku masuk lah" Hana membidas, ada lah ciri2 budak law.

"Waalaikumussalam, maaf ya buk. Ayuh buk kita gerak nanti jemm." Aku malas nak balas, malas nak kalah hahaha.

"Okey lets go bebeh." Hana ni otak mereng dengan aku dan fzlina jer mengong mengong . Kalau outsaider mula lah bidadari mode . Bukan apa, sebab kiteroang jer yang boleh go dengan mengong dia. Hahaha.

Dalam kereta mula lah Hana buka cerita macam macam. Pasal U dia lah. Lepas stpm Hana sambung degree dekat UIA. Banyak lah dia kisahkan kepada aku perihal UIA ni. Aku pun bertukar tukar cerita dengan dia mengenai alam U aku. Hana ni ada juga berniaga online. Seperti aku juga, ye lah mengisi masa dan poket boleh lah buat simpan simpan sikit. Kami bertukar tukar cerita bisnes pulak. Buat masa ni aku focus kerja dulu bisnes aku, aku pantau dari jauh siblings aku buat. Rajin adik adik aku. Boleh jadi CEO. Hahah

Dah borak2 tiba suara Hana tak kedengaran. Aku toleh Hana tidok. Kuang asam punya Hana. Aku stop kejap kat rnr. Aku kejut Hana suruh teman gi tandas. Kang dia tido sorang2 dalam kereta kene culik sapa susah. Dah la tido mati.
Dengan muka mamai nya dia bangun. Sedikit marah lah bila diajak keluar.

Hana cakap dia nak ke ladies dulu sementara aku nak cari sarapan . Hujung minggu begini food court mula dipenuhi orang. Aku mengambil dua mangkuk mee sup dengan begedil . Aduhh enak nya. Perut dah berkeroncong.

Aku malas nak fikir pasal minuman, sebab dalam handbag aku ni dah ade se tupperware air tapis. We are on diet kan. Haha

Mata aku tajam mencari tempat kosong. Alhamdulillah, yeah ada stu meja yang sedang dibersihkan oleh cleaner. Aku pun apa lagi cepat2 menuji ke meja tersebut.

Tepat2 aku meletakkan dulang berisi dua mangkuk mee sup aku. Pada masa itu lah ada seorang wanita awal 50an meletakkan handbangnya. Aku tersenyum manis ke arah wanita itu. Dalam hati aku terfikir nak tapau jer. Tapi tengok kedai aku pergi tadi beratur orang order. Niat aku makan jer lah kat tepi tangga. Hahaha

RuangHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin