10

19 1 0
                                    

Iza membelek2 planner dia hari ini. Masyaallah, jadual penuh kot hari ini. Dia kena jumpa quantity surveyor  lagi . Sebab project pertama dia dah proceed.  Alah tak de lah pertama mana. Still Encik Iskandar pantau dia. Lepas jer, pertembungan tanpa sengaja dia semalam. Sengaja sebenarnye,  ye lahh sah sah si cutek tu ngaku dia ikut aku. Iza memang dah mind set kan minda dia. Professionalism.  Thats the keyword. Dia akan jadi orang yang paling patuh dan beretika dengan Professionalism.  Gitu.

"Okey Iza. Pukul sepuluh, saya nak awak ready untuk meeting dengan pihak HRC dekat company mereka. Kitagerak sekali dengan Mira. Nanti apaapa hal senang sebab kita bawa Mira sekali. Biar Mira handle our next company meeting. Awak just focus untuk project ni. " sapaan berbaur arahan dari Encik Iskandar mematikan lamunan Iza.

"Baik, Encik Iskandar. Anything else ker yang saya tertinggal. Kalau macam tu, 9. 50 saya tunggu Encik dekat loby lah."

Fuhh. Busy bai. Kene jumpa dia lagi.

***

Selesai mesyuarat, sambil salam menyalam itu. Aku perasan si Aiman ni serious semacam. Tak senyum langsung dekat aku. Amboi. Kalah aku professionalism  dia, over. Sebelum kaki ini aku langkahkan keluar dari bilik mesyuarat tu. Boleh pulak si Mira ni panggil suruh tunggu dia. Dia tengah beborak ker bincang tah dengan staff perempuan HRC. Kawan belajar dulu kot.

Aku pun tunggu lah sekejap kat luar bilik tu. Seram jugak kan tiba2 karang mamat tu muncul.

Seperti yang aku agak.

" Sorry, Miss Iza. Saya rasa dalam minggu depanlah kita boleh proceed hantar buruh semua dekat tapak. Sebab PBT dan kerajaan negeri pun dah bagi kelulusan awal kan.
Nanti , saya serah plan2 yang saya dah lakar dalam laptop. Awak nak saya pass kan through,  Encik Iskandar  or Email?" Tanpa riak, mamat tu dah acah2. Eh bukan acah aku rasa. Memang betul serius dia.

Aku senyum. Senang dengan cara begini.

"Yess Encik Aiman. Baiklah memang macam tulah yang kami rancang, minggu depan proceed. Kalau pasal plan tu, by email saya teruslah senang. I'll sms you, for my email address. "

"Awak ada number saya ke?"

Pulak, lupa tak de.

"Takde pulak. Sorry2 saya lupa" aku mampu sengih kerang jer lah. Lupakann haritu aku buang.

"Bukan lupa, awak dah block number saya. No worries. Ambillah sekarang."

"Baik" sambil terkocoh2 aku keluarkan phone. Save number dia.

Pergh. Makan dalam gitu.
***

Malam itu, aku unblock nombor dia. Contact name pun aku tukar agar lebih formal gitu. HRCAiman. Hah gitu.

"Izza_salamland@gmail.com. "

Macam simple sangat. Karang dia cakap aku sombung nak mampuh. Dahlah budak baru ada hati nak sombong dgn boss. Okey2 tak sombong.

" Assalamualaikum, Encik Aiman ini email address saya.Izza_salamland@gmail.com. Terima kasih. "

Hah baru sopan berbudi gitu. Walaupun dulu dia takdenye berbudi dengan aku. Tapi cerita lama kan. Cerita hingusan lagi.

Eh Iza macam tu jer kau lupa. Aduh aku ni kenapa. Okeylah taknak serabut , aku cuba untuk maafkan dia sebagai rakan kerja dan layan dia macam rakan kerja. Enough.

Beep. Fon aku berbunyi menandakan ada message masuk. Aku dapat mengagak dari siapa message itu.

"Waalaikumussalam, okey thanks. Do check your email now. "

Waw, simple. Kenapa simple sangat ah dia ni. Kawan kerja kot. Amboi Za lain macam kau ni. Kau dah lupa ker pendirian kau. Tak kan lah sesenang itu kau dah syok kot.

Tiba2 pintu bilik aku diketuk dari luar. Sah2 lah Hana. Oh lupa dia ada benda nak cakap dengan aku semalam . Sound serious.  Aku pulak seram.

"Boleh aku masuk? Amboi dah tutup2 pintu sekarang . Adalah dia buat sesuatu tu."

Alamak minah ni.

"Woi masuk je lah, takpayah nak ketuk2 sangat. "

Hana masuk dengan sengihan. Pelahan2 dia duduk di sebelahku. Sengih dia lain macam. Sesudah itu dia serious kembali. Wajahnya semacam. Lain macam dia ni.dah sengih2 pastu macam kelat.

"Asal weh? Macam masalah besar. Mind to share?" Aku meletakkan fon di atas meja. Cuba untuk memberikan perhatian kepada Hana.

"Weh, aku tak tahu nak mula macam mana. " Sah. Dia macam nak nangis.

"Cerita lah weh, mana tahu aku boleh tolong. Kau cerita dari tengah pun tak pe."

"Aku cerita dari tengah eh, ermmm. Mak aku terima pinangan seseorang."

" What? Kau biar betul Hana. Congrats. Kau kenal tak lelaki tu? Kawan sekolah? Mak kau terima ? Kau setuju tak? "

"Zaa, jangan lah tanya aku macam ni. Dengar baik2 eh. Aku tak sure aku kenal ke tak sebab mak aku main approve je sebab instinct katanya. Tapi aku still boleh buat pilihan untuk teruskan pertunangan tu ke tak. Hujung minggu ni majlis tu. Family aku dan dia je. Wehhh apa patut aku buat. Dah dua malam aku solat isthikharakh weh. Tapi aku macam ragu2 lagi."

"Hana,takpe . Kau masih ada pilihan. Ni bukan kes khawin paksa lagi. Kau tenang dan kau niat kau serahkan bulat2 keputusan tu dalam solat malam ni. Tekad betul2. Mintak kat Allah yang kau betul2 nak kan petunjuk. In sha Allah dia jodoh yang baik sebab mak kau macam berlapang dada terima dia." Aku cuba menenangkan Hana.

"Weh Za. Risau aku. Malam ni aku cuba lagi. Tenang sikit weh. Dah dua malam aku tak lena tidur."

"Tulah menggada tak nak bagi tahu aku. "

"Dah kau busy macam ape. Aku taknak lah serabutkan otak kau."

"Ohh sorry Hana. Sekarang ni aku dah okey sikit lah sebab project tu dah boleh proceed."

"Alhamdulillah. Za, nanti kau teman aku eh? Majlis tu kecil2 jer. Nanti teman aku cari baju eh ?"

"No problem lah, boleh settle. Untunglah kau dah ada orang nak. Aku ni? Siapa lah nak kat aku. Jangan lupa bagitahu Lin tau. "

"Alah za, kau tu ramai jer yang nak. Kau yamg tolak. Tengah tunggu seseorang lah tu. " Hana seraya mengusik. Mulalah dia . Sah2 dia attack aku dgn Si Cutek tu.

"Haah, aku tunggu putera raja arab pinang aku. Macam tunggu bulan jatuh atas rooftop flat kita ni. "

Tawa aku dan Hana memecahkan kesunyian rumah kami. Esok cuti jadi aku teman lah Hana cari baju tunang dia.

RuangWhere stories live. Discover now