11

17 1 0
                                    

Majlis berlangsung serba sederhana seperti yang dikehendaki Hana. Aku turut tumpang bahagia. Dia bahagia aku bahagia. Menurut adik Hana, lelaki itu memang kenalan Hana. Kenalan sekolah yang dah lama . Dah lost contact lah macam tu. Tup.tup jer tiba tiba datang merisik semasa Hana masih di Shah Alam.Hana tahu tunangan dia ex classmate dia pun masa dua tiga hari sebelum hari pertunangan dia. Guess what? Hana pernah ada sedikit crushing kat dia dulu. Tapi dah habis sekolah tak de dah lah. Semua bawak haluan masing masing. Tak sangka lelaki tu follow up dia diam diam dari salah sorang teman rapat Hana.

Ishh kira bertuah lah Hana tu. Ye lah cuba bayangkan orang yang selama ni kita minat diam diam sebenarnya minat dekat kita jugak. Oh kalau aku lah kan. Erm mimpilah Za.

Malam itu aku berborak panjang dengan umi abah. Lama tak lepas rindu.

"Ni Ngoh, bilo pulok umi nok rase timang menantu hok laki pulok. Abe mu dah kawin , mu bilo? " Umi aku dah start dah main peranan penting dia. Yang si Ipah dan Madihah adik aku dua orang tu dah sengih sengih. Aku siku kang budak pra matang ni.

"Tak de jodoh lagi Mi. Kalo ado esok kakNgoh royak umi eh ASAP. " aku membalas selamba. Malas mahu memanjangkan isu. Si budak dua orang tu dah bisik bisik sesama sendiri. Gelak gelak. Ishh geram nye aku.

"Adik, mu raso ke, tok laki kak ngoh rupo apo? Aku noknyang macam korea sikit. Tapi dok pade lah dengan Kak Ngoh. Hahahah"

"Adik pun nok yang macam korea. Nanti adik nok suruh dia belanja adik.Bestkan kak ipah, macam kak nia. "

Ipah sibuk menanyakan ciri ciri idaman abang ipar dia. Aikk suka hati pulak ikut test dia. Laki aku ke laki dia. Opss emosi pulak.
 
"Amboi amboi, kemain eh take used orang. Oh selama ni kakNia tu korang pau lah kan. Sian dia . Tengah tengah mengandung kene buli dengan adik ipar yang tah apa apa ni. Ore royak kek abe. Baru mu tahu"

Dasar budak budak. Abah hanya tersenyum memerhatikan kami. Abah yang selalunya senyap tiba tiba join pulak topik hangat ni.

"Ngoh, anok kawe abe tu single lagi. Mu nok dok? Abah recommend hok dio. Lawo anok dia. Mu nok ke tak sey" Abah angkat kening dua tiga kali. Amboi bahh. Kenapa semua orang terdesak nak carikan aku punya laki. Tua sangat ke aku. Ke sebab Hana dah nak kawin so, semua risau aku terlajak. Pulak.

"Abah tok sey lah bah, test abah tak kene dengn ore" tolonglah, tah mana mana anak kawan dia karang.

"Ore cari sendiri, tak pun kalau ade ore datang mine (minang) ore. Abah  terima jer. Asey buke laki ore atau dudo. Tu toksey." Aku cuba menolak cadanagan abah dengan idea yang lebih bernas. Bernas ker?

Aku permisi untuk ke bilik. Kena tidur awal ni, eaok nak balik. Hahah alasan tak nak kena serang lagi .

Aku check henpon. Ada whatsapps.

"Salam Izza, isnin ni kita dah boleh lawat site. Nanti after lunch kita jumpa dekat site je."

Dari Aiman. Kerja lagi dia ni. Kau pasal Izza nak lebih lebih pulak.

"Baik bos, nanti saya datang dengan En Iskandar. Thanks for the information. "
Simple.
Aiman ni work hard lah, macam tengah rancang or kumpul duit banyak banyak jer. Dia dah nak kahwin ke? Kumpul duit beli rumah? Kumpul duit hantaran? Oh man, sraly dia dah nak kahwin. Eh jap jap, Izza kau dah kenapa. Wake up your mind. Ingat dia siapa.

***

Okey, aku dah lambat ni. Nak kena lawat first site aku . Yuhuuu. Tangan ku ligat mencari contact Encik Iskandar di henfon. Call. Setelah beberapa lama.

"Assalamualaikum, En Is. Saya tunggu di parking lot. Kita nak lawat site ni. Saya rasa En Is dah sedia maklum kan?"

"Ohh, Iza, saya tak dapat lah harini. Ada last minute meeting dekat USJ. Awak pergi sorang boleh? Nanti awak gerak dengan En Aiman lah. Boleh?"

"Okeylah kalau dah macam tu. Assalamualaikum. " pulak, kena pergi dengan dia.

**

Setibanya di lokasi. Aku mencari kelibat Aiman. Tiada. Belum sampai lagi rasanya. Ke aku yang terlebih awal. Baru pukul 1.00. Lunch baru bermula. Nampak sangat kau yang excited Iza. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke shopping mall berdekatan site ini. Solat dan makan jap.

Sedang aku membelek belek henfon. Kot kot dia dah sampai ke , aku yang lambat risau pulakkan. Okey tiada. Aku melalui deretan food court disitu. Macam menarik . Namun dihadapanku ini lebih menarik dari semua makanan makanan yang ada di sini.

Aku nampak Aiman sedang makan dengan seorang perempuan. Perempuan itu membelakangi aku ,so aku tak cam sangat. Tapi pakaian dan tudung yang dikenakan perempuan itu menarik perhatian aku. Macam... jangan jangan betul tak itu.

Sah itu Hana, saat mereka bergegas untuk meninggalkan meja itu. Barulah aku nampak perempuan itu adalah Hana. Apa Hana buat dengan lelaki itu. Nampak mesra. Hana kan baru menjadi tunangan orang. Kenapa dia harus keluar dengan lelaki lain. Husnuzhon Iza . Balik ni kau tanya... perluke  aku tanya? Tak usahlah. Kalau betul aku patut tahu benda ni, Hana sendiri yang akan cerita. Urusan kerja kot.

Aku melajukan langkah aku, ye lah Aiman dah gerak karang aku yang tak sampai lagi.

Akhirnya, mmemang aku yang sampai dulu. Pergi cekap jugak aku bawa kereta. Jap jap Hana mana ada kereta. Minggu depan baru dia dapat kereta dia. Kereta baru. Jadi mestilah Aiman yang bawa dia lunch. Menyesal aku cepat cepat ke sini. Kalaulah aku tahu, aku kenyangkan perutku yang menangisi kelaparan ni. Aku menyelongkar perut handbang. Bolehlah buat alas perut. Coklat Cadbury yang tinggal separuh itu aku gigit. Lepas ni kena buat stok makanan salam handbag ni. Stress2 boleh makan. Stress? Kau baru stress sebab apa yang kau nampak tadi ke? Sudah lah Iza.

"Cik Iza, sorry saya lambat sikit. Kena hantar client tadi. So far macam mana."
Suara Aiman menghentikan perbualan aku dengan ketua buruh di situ.

Eleh cakap lah kau baru lepas menggatal dengan tunangan orang kan senang. Benci, lelakisemua sama. Eh eh.

"Oh its okey, En Aiman. So far, okeylah. Dorang cepat buat kerja. Lagipun baru lagi kan tak de apa sangat." Aku cuba menenangkan diri. Berasap bhai.

Habis kami meninjau ninjau kawasan sekitar itu. Aku permisi untuk pulang. Sebelum tiba tiba. Aiman menahan aku.

"Cik Iza, saya sebenarnya rasa bersalah kat awak. Muka awak pun masam je kan. Awak marah saya ke?"

"No, I'm okey. Nothing to be worried. " kata aku seraya menjeling.

"Okey, lepas tu kenapa jeling? "

"Kan panas sekarang ni, sakitlah mata saya kalau terbukak je tanpa berkelip. Natural kan jeling mata?" Aduh mamat ni. Menyampah pulak aku.

"Haah natural, kalau Cik tak marah saya. Jom lah kita minum minum dulu ke. Sebagai tanda maaf saya?"

"Okey look, awak ni kan kenapa? Mula mula tanya saya marah ke hapa. Lepas nak ajak minum pulak. Apa masalah awak. Kita kan tengah berkerja. Professional lah sikit . Saya nak kerja bukan mengular." Ha kan dah kena. Sambil sedas dua jelingan aku kasi. Geram tadi tak habis lagi.

"Mengular? Awak nak tuduh saya mengular? Professional?  Awak nak cakap saya unprofessional lah ni? Look, awak tu sebenarnya. Tak move on lagikan dengan kisah silam kita. Sebab tu awak benci dekat saya. Saya baik baik lah ajak awak minum.  Bukan ajak awak buat benda tak elok. Awak yang emosi. Kalau benci saya sekalipun. Professional lah sikit. We are on work surrounding.  " muka dia jelas tegang. Merah. Tahan marah lah kot. Aku pulak yang cuak.

Mengalah je lah Iza.
"Baiklah En Aiman. Saya ikut awak. "
Tanpa memaling ke arah aku. Dia terus menuju ke keretanya. Mengarahkan aku ikut kereta dia dari belakang.

Merajuklah tu. Getus hati aku. Iza ..Iza kenapa lah kau cakap katdia macam tu. Deep kot. Dengan aku aku sekali, sentap. Mulut dia nih.


RuangWhere stories live. Discover now