3

24 0 0
                                    

"Makcik duduk lah, tak pa saya cari tempat lain." Aku mengalah. Kesian makcik tu. Sebenarnya tak de lah makcik sangat ala2 baya umi aku jer. Makcik jugak lah kan.

"Eh, kesian awak. Kita kan dapat tempat ni sama sama. Kita share lah." Makcik tu bagi idea baik punya. Love you makcik. Saya sedia nak jadi menantu makcik.

Pada masa yang sama Hana dah ada di sisi aku. Tersenyum kearah makcik itu.Setelah beberapa saat Hana mencerna situasi aku dan makcik tu.

Hana pun menyampuk.

" Makcik sorang jer ker? Betul kata acik ni. Kita share table jer lah. Kita kurus2 kan?"
Amboi Hana taulah dah kurus. Kami semua tertawa.

"Okey jom lah duduk, acik dengan sorang anak acik dia pegi beli sarapan. Muat kan 4 orang?" Kata acik seraya duduk menghadap Hana.

"Oh cukup sangatlah corum. Nama acik siapa? Dari mana?" Aku ringankan mulut bertanya.

"Panggil cik Zai cukup. Acik dari Senawang nak pergiumah anak acik lah ni. Dia mai kejap umah acik semalam hari ni nak bawak acik pergi rumah dia." Cik Zai ramah menjawab soalan aku.

"Kamu berdua ni pulak?" Cik zai bertanya.

Setelah jelas kan padanya perihal kami. Kami menjemput nya makan. Segan pulak nak makan depan acik tu. Rasa tak hormay orang tua pulak walaupun Cik zai kata dia tunggu anak dia.

" Ha itu pun anak makcik, adik lamanya. Orang ramai he?"

" ha ah ramai lah orang, mama makan kat sini ker?"

Suara tu macam aku kenal. Sound familiar jer. Aku buat derk aku terus kan bismillah dan makan. Sesuap. Aku jeling Hana , dia memalingkan muka kearah aku. Isyarat mata. Aku buat don't know jer lah.

Hana sambung makan.

"Adik, duduk sini." Kata cik zai seraya menunjuk ke tempat sebelahnya. Menghadap aku.

" Is it okey? " kata anak cik zai.

"Eh sila sila, " seraya memandang mukanya aku berkata dan cuba tersenyum namun aku dapat rasa senyuman aku sumbing.

Sah aku kenal mamat ni. Ex classmate aku waktu di SHAAS.

Mata kami bertembung. Aku cepat2 mengalihkan pada mee sup berasap aku. Dia juga beralih pada soto panasnya .Hana dah tercengang kat sebelah. Aku tahu Hana pun fikirkan sesuatu yang sama seperti aku fikir.

Cik zai banyak berborak dengan Hana sambil2 tu. Sesekali aku menyampuk. Aku tak selesa dududk menghadap lelaki itu. Mukanya merah.

Beberpa minit. Dia bersuara.

" Izza omar? "

Aku menoleh kedepan, tersenyum biasa .Senyum agak malas.

"Ye, Izza. Ini cutek kan? Ehh i mean syuhail kan?"

Hebat lakonan aku. Hana tersengeh.

" Oh kenal dah ker? Baru nak kenalkan. Adik kenal Izza kat mana.?" Cik zai bertanya anaknya.

" Oh , kami classmate dulu masa f4 f5. "

" Hana ni adik kenal tak?" Cik zai bertanya seraya menunjuk Hana di sebelah ku.

" Ohh, Hana ke. Hana ni adik tak kenal. Tak satu sekolah. Saya Syuhail. Aiman Syuhail."seraya intro lahh si cutek ni.

Hana hanya tersenyum malas lalu sambung makan balik.

" Eh senyap jer tak borak ker kawan tu dik. Rezeki lah tu bertembung macam ni." Cik zai memecah kebisuan kami setelah hanya dia dan Hana jer yang bersuara.

Aku tersenyum ke arah cik Zai. Kalau lah dia tahu sejarah hitam kami. Mungkin dia tak kan sesekali tanya kenapa kebisuan itu terjadi.

"Segan, " sayup2 aku dengar perkataan itu dari mulut Cutek. Nak bisik tapi aku pun boleh dengar.

Selesai makan . Aku jeling Hana punya mangkuk dah kosong. Kami meminta izin untuk beredar di sebabkan kekangan masa. Jam pun dah menunjukkann pukul 8.45 pagi. Target kami nak sampai 9.15. Ada masa nak kejar ni. Setelah bersalam dengan Cik zai. Kami hanya mengganguk pada Syuhail.

Sebelum kami sama 2 beredar. Sempat Cik zai berpesan pada kami. Ada jodoh nanti, kita jumpa. Mana tahu rezeki makcik nak berbesan dengan mak pak kamu. Pulak mak cik ni. Muka aku dah merah. Aku tersenyum sebelim cepat2 mengorak langkah ke kereta.


Dalam kereta, Hana menyuarakan ketidak sangkaannya bertemu dengan cutek face to face. Jodoh katanya. Gedik pulak si Hana. Aku jangan cakap lahh. Lagi lah tak sangka.

Serta merta , pemanduan aku diselangi dengan bayang peristiwa 6 tahun yang lepas. Lama dah.

RuangOù les histoires vivent. Découvrez maintenant