9

42 1 1
                                    

Hari ini aku melangkah dengan yakin. Ketak ketuk bunyi kasut tumit sederhana hitam berkilat aku. Aku masuk ke dalam lift dan tekan button 5. Bilik mesyuarat. Pergh tak sempai sarapan beb. Semata2 nak prepare awal. Alah lepas meeting kan ada makan lek ah. Power point yang aku dah siapkan 2 hari sebelum tu aku dah semak pagi tadi.  Aku agak nervous juga sebab Encik Adam baru maklum yang akan ada wakil dari HRS company untuk turut bersama presentation aku. Sebab ni projek usaha sama antara Salam Land dan HRS Company. Cuak juga aku.

Aku tersenyum dan menyapa kak Ina. Reception yang jaga bilik mesyuarat tu. Dia bukak kan pintu aircond semua. Haha nampak sangat aku terlebih excited. Baru pukul 7.00 kot. Orang breakfast lagi aku dah terpacak depan meeting room. Kak Ina offernak teman kan aku, yerlah gelap lagi. Aku cakap tak pe lah. Lagipun kak ina belum breakfast . Aku setup laptop, semak balik presentation aku. Plan2 yang aku dah siap lakarkan tu aku dah tampal kat board. Memang ada version 3d dlm slide aku. Sengaja nak tunjuk sikit kemahiran lakaran aku . Ceh wahh.

Selesai semua, jam aku dah menunjukkan pukul 8.00 . Presentation start pukul 8.30. Okey aku gi toilet dulu. Perut aku ni memang rajin bikin cuak. Kaki aku pun melangkah laju ke ladies yang dituju.

"Excuse me, where are the wash room? "
"End of this way. Behind the.."

Allah , kenapa mesti kat sini aku jumpa mamat ni. Relax Za relax.

" behind the pantry." Aku senyum sikit lalu pergi. Dupdap2 weh. Kenapa aku mesti jumpa dia kat sini. Pada hari hari penting aku pulak tu.

" Ejad? Is it you?"

Pulakk.

"Wrong person. Sorry"

Haha aku gelak jer dalam hati. Tak kenal tak kenal. Mission aku nak memerut bukan taaruf. Haha.

***

Mak ai. Lama betul aku memerut. Tu tak sarapan lagi tu. Lagi 10 minit  nak kene present.  Aku istighfar sebanyak yang boleh. Langkah aku lajukan ke arah bilik mesyuarat. Aku dah nampak dah  Tuan Salam tengah borak2 dekat luar tu. Dari jauh Encik Adam dah lambai kat aku. Aku lambat sangat ker?

"Izza, awal you prepare. Orang ye tak de." Encik Adam ni, kasi lah aku tenang dulu.

Aku senyum.

"Ladies kejap tadi Encik adam."

Tuan Salam dah tersenyum dengar alasan aku. Mood dia nampak ceria. Siap gelak2 tadi aku tengok.

"By the way, Izza. Here is Mr Aiman Syuhail from HRC. He will be the one who guiding you in this project. " senyuman aku pudar.

Kejap. Macam mana aku boleh tak perasan dia ada terpacak sebelah Tuan Salam tadi.
Aku cuba untuk tersenyum lalu angukkan sikit kepala. Act like a professional,  Izza.

Mamat tu dah buat muka serious dia. Marah ker aku ignore dia dpn toilet tadi?

" Nice to meet you. " aku cuba lah berbasa basi.

" Thank you,  i m eager to watch your presentation."

***

Alhamdulillah,  lepas segala beban aku. Sengih2 jugak lah kene puji tadi. Mamat tu pun puji jugak. Tah ikhlas tah tidak. Astaghfirullahalazim.  Aku ni, buruk sangka jer keja. Baik salah jahat salah. Orang kalau dah benci kan. Omg, sebelum tu. Kalau presentation aku ni di terima oleh Tuan Salam, ini bermakna tak lama lagi HRC dan Salamland  akan berkerjasama. Thats means, aku kena jumpa dia lagi. Dugaan dugaan. Okey aku dah starts pening.

Izza membelokkan  keretanya ke bahu jalan, menuju ke gerai kegemarannya. Tangannya ligat mencari nombor Hana. Cerita hot ni, kena cerita dekat Hana jugak.

"Helo, Assalamualaikum  Hana, wehhh sad story ni. Aku rase macam nak nangis beb."

"Waalaikumussalam  , awat? Bertenang beb. Istighfar dulu. Kenapa cuba cerita? Presentation kau ke?"

"Bukann, presentation aku okey, alhamdulillah.  Masalahnye, org yg dengar presentation aku tu. Wehh mamat kejam tu ada. Ya Allah. "

" Mamat kejam? Siapa weh? Cutek? Seriously cutek?"

"Yess. Aku rasa..."

Tak sempat Izza menghabiskan ayatnya.Dia sudah melihat Aiman Syuhail tersengih dihadapan nya.
Dengan mulutnya yang masih terlopong terkejut, Aiman dengan bersahaja mengambil tempat di hadapannya.

"Weh izza asal diam, wehh asal, cuak aku."

"Sambung rumah, line tak clear."
Seraya berbisik sambil mematikan panggilan tersebut, Izza menjeling tajam makhluk yang selambur derk je duduk hadapan dia.

"Yes, Mr Aiman . Unfortunately, we meet again. What a coincidence. " kata Izza sinis sambil menjeling tajam.

" Yes, for sure not a coincidence. Saya follow awak tadi sebab. Awak tertinggal ini."
Aiman menunjukkan gulungan plan kepunyaan Izza.

Dengan wajah yang merah menahan malu, Izza lambat lambat menyambut huluran Aiman. Aiman hanya tersenyum.

"Ejad2, kau dengan perangai kalut kau memang melekat kan?"  Aiman berkata dengan bersahaja.

"Excuse me? "

"Tengok? Kau nak aku beli ker ucapan terima kasih kau? Kabut."

"Wehh, annoying duh. Ingat saya ni classmate sekolah rendah awak ker nak ajak gaduh. Encik Aiman." Bapak annoying mamat ni. Dia ingat aku layan ker sinis dia tu. Hati aku dah sado lah.

"Weh Ejad, kau seriouslah tak kenal aku? Aku cutek doh. Aiman Syuhail." Aiman beria ia memperkenalkan dirinya.

"Tak kenal. "

"Kenapa? Kau malu ke ada kawan macam aku? "

Aduhh, mamat ni sensitive lah. Merajuk nombor satu. Aku bab2 pujuk ni memang failed lah. Kirim salam.

" Maaf lah Encik Aiman, memandangkan kita ni akan ada urusan kerja di kemudian hari. I think we should go in the professional environment. Shall we?"

"Okey, Cik Izza. Till we meet again."

Dan tanpa aku sangka, hari aku penuh dengan serba salah seterusnya.




RuangWhere stories live. Discover now