Malu

850 78 5
                                    


Taerin mencapai tuala kecilnya yang tersangkut di atas botol airnya di atas kerusi. Peluh yang mengalir di dahi hingga ke lehernya dikesat dengan tuala kecil itu. Penutup botol minuman dibuka lalu diteguk.

"boo!" Tersedak Taerin dibuatnya apabila seseorang menyergahnya dari belakang. Taerin menggenggam botol airnya dan menoleh ke belakang.

"cushh!" air didalam botolnya dicurah pada wajah Taeyong. Taeyong hanya ketawa. Dia memang gila. Kalau siram asid pun dia gelak juga agaknya.

"kau ni tak pandai ke lembab? Aku tengah minum kan ? yang kau datang sergah aku macam tu kenapa? Kau nak makan kaki aku?" Taerin geram sambil menjeling Taeyong.

"alaaa ~ marah pulak awek aku ni .. sorry la,Tae! Aku gurau² je." Taeyong tersengih, lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Taerin.

"gurau kepala hotak kau! Satu lagi , sejak bila aku jadi awek kau? Kau mengidam tapak kasut aku ke cane?" soal Taerin sambil menunjal kepala Taeyong. Taeyong menangkap jari Taerin yang sedang menunjal dahinya itu.

"faham tak , aku bergurau? Kau ni selalu ambil serius la. Kau dah habis latihan ke ni?" soal Taeyong. Taerin mengangguk lalu dia mengeringkan peluhnya sekali lagi dengan tuala kecil ditangannya.

"kau tak masuk kelas ke? Kau ponteng?" soal Taerin.

"cikgu tak ada. Aku bosanlah, budak² dalam kelas tu bising. Perempuan² gedik tu sibuk panggil nama aku, tersengih²! Menyampah!" bebel Taeyong sambil membuat muka menyampah.

"Ha Ha. So funny! I forgot to laugh. Kau ni!" Taerin menunjal kepala Taeyong sekali lagi.

"orang dah suka tu, bersyukurlah. Kalau orang dah tak suka nanti kau pula yang menyesal!" giliran Taerin pula membebel.

"aku tak sukalah dorang tu. Gedik sangat! Tahulah aku handsome." Taeyong menjeling sambil meraut rambutnya ke belakang. Taerin langsung tak pandang muka Taeyong. Meluat!

"Dah! Kau pergi balik kelas dulu .. aku nak mandi, tukar baju. Jumpa di kelas nanti!" kata Taerin sambil berdiri dan mengambil botol airnya. Tuala kecilnya digantung atas bahu.

"nak ikut?" mata Taeyong berkelip².

"bushh!" bahunya dihadiahkan sebiji penumbuk oleh Taerin.

"aduhh!! Sakitlahh! Tahulah kau tu ahli seni mempertahankan diri!" Taeyong mengusap bahunya yang ditumbuk.

"lain kali otak tu cuci guna clorox! Dah, pergi balik kelas!" Taerin terus meninggalkan Taeyong disitu. Taeyong hanya mampu tersengih.

Selepas menukar pakaian, beg sekolah yang tersimpan di dalam loker dikeluarkan. Dia lengkap berpakaian berbaju kemeja panjang berserta kot kelabu dan skirt kelabu. Dia berjalan keluar dari bilik persalinan perempuan.

Sepanjang jalan dia dipandang. Ya, hidup seorang atlet memang sukar. Walaupun dia berkulit gelap dan kurus , namun dia sangat cantik dan menawan. Dia mampu menarik perhatian ramai pelajar lelaki. Namun, hanya seorang lelaki yang tidak pernah memandangnya ..

"Chae Hocheol. Kacaknya kau harini .." Langkah Taerin terhenti di depan sebuah kelas dimana pelajar lain sibuk bermain. Hanya seorang pelajar lelaki sibuk mengulangkaji di meja depan berdekatan dengan pintu.

Chae Hocheol seorang pelajar yang rajin, dia juga pelajar contoh di sekolah itu. Hocheol atau gemar digelar Hocher sentiasa mendapat tempat pertama di kalangan pelajar gred 6. Wajahnya yang comel juga menjadi kegilaan ramai gadis.

Taerin masih lagi kaku di depan kelas Hocheol sambil memegang buku ditangannya. Tiba² Hocheol mendongak memandang Taerin. Dia mengukirkan sebuah senyuman yang menawan. Taerin dapat merasakan bahang dipipinya. Merah pipinya, lalu dia meneruskan langkah untuk ke kelasnya.

Sampai saja Taerin di depan kelasnya, dia ketawa kecil melihat Taeyong sedang dikerjakan oleh beberapa orang pelajar perempuan.
"Yahh! Jangan ganggu akulah! Kang Taerin! Tolong aku!!" jerit Taeyong.

Taerin hanya ketawa di depan pintu kelas, tiba² buku² terjatuh di lantai apabila tubuhnya dilanggar seseorang.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now