Kecewa

299 60 3
                                    

"Taeyong ah!!" Taerin terus memeluk tubuh Taeyong sambil menangis.

"kenapa kau ni Taerin?" soal Taeyong, lalu dia membalas pelukan Taerin.

"Taeyong!!" Semakin kuat tangisan Taerin. Dia asyik memanggil nama Taeyong tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

"sshh! Aku ada dengan kau ni .." Taeyong meleraikan pelukan Taerin, dia bertinggung di hadapan Taerin.

"naiklah. Biar aku dukung kau!" kata Taeyong. Taerin tanpa berkata apa² dia terus naik di belakang Taeyong, leher Taeyong dipeluk erat. Kepalanya dibenamkan pada bahu Taeyong.

"sebab Hocher ke kau menangis sampai macam ni? Apa dia buat pada kau?" soal Taeyong sambil mendukung Taerin di belakang. Dia berjalan selangkah demi selangkah untuk memberi Taerin ketenangan.

Taerin masih juga tidak menjawab pertanyaan Taeyong. Taeyong mengeluh.

"maaflah sebab suruh kau luahkan perasaan kau pada dia. Aku rasa Hocher dah lukakan hati kau , sebab tu kau menangis sampai macam ni kan?" Taeyong masih juga menunggu jawapan dari Taerin.

"dia bagi aku harapan palsu!" kedengaran suara Taerin disebalik tangisan yang semakin reda.

"harapan palsu?" Taeyong bingung.

"dia bagi aku harapan palsu! Selama ni dia layan aku macam aku ni orang yang istimewa bagi dia , tapi tadi dia bagitahu aku yang dia tak suka gadis atlet!" jelas Taerin sambil tersedu sedan.

"Taerin, mungkin dia ada sebab buat kau macam tu .." Taeyong cuba membuang segala prasangka buruk Taerin terhadap Hocher.

"aku tak kisah apa sebabnya! Yang aku tahu, aku benci dia!" Taerin mengesat air matanya dengan hujung lengan baju.

Taeyong menghentikan langkahnya apabila sampai di sebuah kerusi. Dia menurunkan Taerin, kemudian dia menuju ke arah mesin coffee panas yang tidak jauh dari situ.

Dua cawan kopi panas dibawa menuju ke arah kerusi yang sedang Taerin duduk.

"minumlah. Kau mesti kesejukan." Taeyong membuka memberikan secawan kopi panas kepada Taerin.

"gomawo." Taerin meneguk kopi panas itu dibawah langit yang sedang menurunkan salji putih suci.

"Kang Taerin" Taeyong meletakkan kopinya di atas tembok sebelah kerusi itu. Air mata Taerin dikesat dengan hujung ibu jarinya.

"jangan menangis lagi, aku tak suka tengok kau menangis .." Taeyong terus memeluk Taerin, dahi Taerin dikucup.

skip

Taerin pergi ke sekolah seperti biasa. Dia baru saja keluar dari pejabat setelah berbincang dengan pengetua tentang pertukaran sekolah.

Dia menutup pintu pejabat, tiba² Hocher lalu disitu. Wajah Hocher nampak pucat , dia memandang Taerin sambil tersenyum. Dek kerana sakit hati yang masih bersisa, Taerin melemparkan jelingan tajam kepada Hocher.

Dia mengatur langkah untuk balik ke kelas , namun sempat dia melanggar bahu Hocher sehingga buku² yang dipegang Hocher jatuh berterabur di lantai.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now