Sayang

278 60 6
                                    

"bawa bertenang. Kau cuma bermimpi tadi. Hocher masih belum sedarkan diri." jelas Taeyong.

Taerin menghembuskan nafas. Leganya apabila Taeyong memberitahunya yang itu semua mimpi.

"aku nak masuk tengok dia." kata Taerin, lalu dia menolak pintu bilik Hocher.

Kerusi yang ada disebelah kanan katil Hocher ditarik. Punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi tersebut.

"Hocher ah .." Taerin menggenggam tangan Hocher yang disuntik jarum IV.

"I really miss you. Yea, kita baru je jumpa pagi tadi, saya berlaku kejam terhadap awak. Jahatkan saya ni? Entahlah, mungkin saya terdorong dengan perasaan sakit hati ni. Tapi, tak masuk akal la bila awak cakap yang awak nak pihak hospital tamatkan hidup awak! Saya tahu awak kuat, awak mampu bertahan lebih lama. Jadi, jangan tinggalkan saya, ya? I really love you." Taerin mengucup lembut tangan Hocher.

"Taerin?" seorang wanita menegur Taerin. Taerin menoleh.

"Ah, mianhae." Taerin bangun dan menunduk hormat.

"gwenchana. Jadi, kamu ni Kang Taerin? Kawan Hocher?" soal Puan Chae.

"nae,ahjumma." Taerin mengangguk sambil tersenyum kelat. Puan Chae menghampiri Taerin. Kerusi disebelah Taerin ditarik.

"Taerin .." Puan Chae menggenggam tangan kecil milik Taerin.

"Hocher selalu bercerita pasal kamu bila kami berbual di telefon. Dia bagitahu ahjumma yang kamu ni cantik, walaupun kamu seorang atlet dan ahli seni mempertahankan diri, tapi kamu masih ada sikap lemah lembut seperti gadis lain tapi .. kamu lagi jauh berbeza dari gadis lain. Kamu sempurna dimata dia." tutur Puan Chae sambil tersenyum.

"betul ke Hocher selalu bercakap pasal saya?" soal Taerin, lalu dia menoleh memandang Hocher yang masih tidak sedarkan diri.

"Ya. Dia sukakan Taerin,tapi dia taknak bagi harapan pada Taerin. Dia cakap kalaulah dia sihat, dia nak sangat bahagiakan Taerin tapi malangnya nasib dia macam ni." tambah Puan Chae.

Taerin mengesat air matanya yang mengalir dengan ibu jarinya. Dia mendengar semua yang Puan Chae ceritakan sambil memandang wajah Hocher. Comel sangat bila Hocher tidur. Bagi dia, Hocher nampak macam seperti kanak² yang sedang tidur. Sesekali dia tersenyum.

"saya pun sukakan Hocher, sebab tu sampai sekarang saya masih tunggu dia sedar. Kalau kami diberi peluang, satu hari pun cukup untuk kamu meluangkan masa bersama tapi saya tak sanggup nak menyiksa dia." jelas Taerin sambil memandang Puan Chae. Puan Chae mengukirkan sebuah senyuman. Air mata Taerin dikesat dengan ibu jarinya.

"ada jodoh yang lebih baik menunggu kamu,Taerin." Kata Puan Chae.

Skip

Taerin terjaga dari tidurnya. Dia keluar dari bilik Hocher pergi ke tandas untuk mencuci muka. Wajahnya ditenung depan cermin. Sembab matanya kerana terlampau banyak menangis semalam.

"Hocher kuat, aku tahu dia kuat. Jadi, aku pun kena kuat!" Taerin tersenyum di depan cermin untuk membuktikan yang dia kuat.

Dia keluar dari tandas. Kelihatan seorang doktor dan dua orang jururawat sedang berlari ke arah yang sama dengan bilik Hocher. Ya! Memang mereka berlari ke bilik Hocher.

"Hocher!!" Taerin terus mengejar doktor dan jururawat itu.

Sampai saja di depan bilik Hocher, Taerin ternampak Hocher yang sedang mencelikkan matanya. Hocher akhirnya sedar!

"Hocher ah!" Taerin terus meluru ke arah Hocher. Taeyong juga berada disitu.

"Tuan dan Puan Chae boleh ikut saya sekejap?" pinta doktor.

"baiklah." Mereka mengangguk dan mengikut doktor keluar.

"Oh! Kang Taerin? Annyeong." Hocher tersenyum. Taerin terus memeluk Hocher.

"bogoshipeo!" kata Taerin.

"nado!" Hocher tersengih.

"aku tengok kau ni tak macam orang sakit je Hocher? Kau buat² sakit eh?" soal Taeyong.

"Pembedahan tu kan berjaya. Sengaja aku minta doktor bagitahu yang ketumbuhan tu merebak. Mesti Taerin risau sangat kan?" Hocher ketawa kecil.

"Kau ni! Buat risau orang je! Taerin ni meracau,meraung macam orang tak tentu arah sebab kau tahu tak!" Taeyong geram.

"maaflah. Taeyong,boleh kau keluar sekejap? Aku nak bercakap dengan Taerin." pinta Hocher.

"Yela." Taeyong terus keluar dari bilik tersebut.

"Chagi ah! Come .." Hocher mendepakan tangannya menunggu Taerin datang ke dalam pelukannya.

"Hocher!" Taerin terus memeluk tubuh Hocher. Air mata kegembiraan kini mengalir.

"mianhae. Saya bukan saja² nak buat awak menangis, saya cuma nak tengok awak ni betul² risaukan saya ke tak." kata Hocher.

"jadi, sekarang? macam mana?" soal Taerin yang masih memeluk erat tubuh Hocher.

"sekarang? Em, awak risau sangat ke?"

Taerin ketawa kecil.

"mestilah saya risau! Janganlah buat macam ni lagi .. saya sayang awak!" kata Taerin. Hocher tersenyum.

"Baiklah, saya takkan buat lagi. But, I smell something ~" kata Hocher sambil berusaha mencari bau yang dibuat²nya itu.

"bau apa?" Taerin mengerutkan dahinya.

"awak dah mandi ke belum?" soal Hocher.

"eiii awak ni! Jahatlah!" Taerin memukul bahu Hocher. Mereka berdua ketawa gembira.

"saya nak awak balik mandi wangi² dulu. Kalau awak tak mandi, boleh sesak nafas saya. Nak saya mati?" soal Hocher.

"Awak ni janganlah cakap macam tu! Baiklah, saya balik mandi lepastu saya datang jumpa awak lagi,okay?" Taerin tersenyum lalu memusingkan badannya ke arah pintu. Namun tangannya sempat ditarik oleh Hocher.

Wajah Taerin ditarik dan didekatkan pada wajah Hocher.

cupp!

Satu ciuman singgah di dahi Taerin. Taerin hanya mampu mengukirkan senyuman. Dia membalas ciuman itu dengan mencium pipi Hocher.

"saranghae." satu perkataan keluar dari mulut Hocher.

"nado saranghae." Taerin meneruskan langkahnya keluar dari bilik itu.

Taerin dan Taeyong sudah jauh dari bilik Hocher. Hocher di dalam bilik itu sedang menahan sakit. Dia menekan butang kecemasan disebelah katil. Dia batuk sehingga terkeluar kepulan darah merah pekat dari mulutnya. Perlahan² tubuhnya terkulai layu. Dia sudah kaku sebaik doktor sampai.

"Kod Biru! Kod Biru! Wad 205!" pengumuman bergema dari speaker setiap penjuru menandakan ada kecemasan. Beberapa orang doktor dan jururawat berlari melepasi Taeyong dan Taerin yang sedang berjalan.

"205? T-taeyong? H-Hocher!!!" Taerin terus berlari ke bilik Hocher.

Dia terkaku sebaik saja sampai di depan bilik Hocher. Setelah beberapa kali berusaha mengejutkan jantung Hocher, para doktor dan jururawat berhenti apabila tiada lagi degupan jantung. Mereka mencabut segala wayar yang dipasang pada tubuh Hocher. Hocher telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus Taerin keluar. Dia sedang menahan sakit sewaktu Taerin masih bersamanya sebentar tadi.

"Hocher!" Jerit Taerin. Dia berlari ke arah katil Hocher. Tubuh Hocher yang kaku dipeluk dan digoncang.

"Bangunlah,Hocher! Jangan tinggalkan saya!" tangisnya.

"bawa bersabar Taerin." Taeyong memeluk Taerin. Air mata Taeyong juga mengalir melihat jasad kawannya yang tidak bernyawa.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now