Perempuan Murahan?❄

235 43 6
                                    

"oii apa ni?! Apa masalah kau ni?!" seorang pelajar perempuan tiba² saja menjerit apabila bajunya disimbah sewaktu sedang asyik menari.

"Sorry!" Rachel terus pergi dari situ. Taerin hanya memandang Rachel yang berlari keluar dari majlis itu. Dia terpinga-pinga. Dia memandang Taeyong.

"dia cuma nak simbah kau." kata Taeyong tanpa disoal. Taerin hanya mampu terdiam. Entah berapa lama lagi Rachel mahu berdendam dengannya.

Semua pelajar berseronok sehingga majlis itu tamat pada jam 12 tengah malam.

Setelah majlis tamat, Taeyong dan Taerin berjalan² di sungai Han. Mereka berbual sambil ketawa bersama.

"aku rasa seronoklah malam ni,Taeyong!" Taerin tersenyum.

"yela! Seronok sebab boleh buat Jungkook asyik pandang kau je sepanjang majlis tu berjalan kan?" Taeyong tersenyum sinis. Senyuman Taerin makin lebar. Dia memandang wajah Taeyong.

"thanks eh, Taeyong. Tak sangka Jungkook akan pandang aku macam tu sekali." kata Taerin.

"kau tak tengok air muka dia bila aku menari dengan kau tadi, merah! Macam dah cemburu sangat." Taeyong ketawa.

"Oh! Ni kerja korang? Korang rancang nak kenakan aku ke?" soal Jungkook yang tiba² muncul.

"Jungkook?! A-awak buat apa kat sini?" soal Taerin. Dia nampak sangat terkejut.

"kau dah dengarlah semuanya? Hm baguslah! Biar sakit hati kau tu. Hati aku ni lagi sakit kau tahu tak bila Taerin balik nangis² sebab kau cakap dia macam²! Kau ni memang lelaki tak guna la,Jungkook!" Taeyong yang berang terus menghamburkan segala isi hatinya.

Jungkook tersenyum sinis.

"kau fikir dengan buat semua ni, akan berkesan? Boleh buat aku suka pada si Taerin ni? Jangan jadi budak-budak boleh tak? Tak payahlah nak buat rancangan clishe macam dalam drama! Tak ada faedah dan takkan ada kesan pun. Bagi aku, Taerin ni macam perempuan murahan je. Kenapa? Sebab petang tadi dia luahkan perasaan pada aku, tapi malam ni dia menari sambil berpelukan dengan lelaki lain pula. Kang Taerin , kau rasa kau layak ke dengan aku?" Jungkook merenung wajah Taerin.

"Tak guna kau Jungkook!!"

DUSH!!

Taeyong terus menumbuk wajah Jungkook sehingga Jungkook rebah ke tanah. Jungkook mengesat darah yang keluar dari bibirnya kemudian dia tersenyum sinis lagi.

"Pukul lagi sampai kau puas hati!" Jungkook mencabar kemarahan Taeyong. Taeyong mencengkam kolar baju Jungkook, hampir saja wajah biskut chip coklat itu dibelasahnya namun Taerin menghalang.

"sudahlah,Taeyong!" jerit Taerin. Taeyong terus menghentikan niatnya.

"Ya! Saya tahu saya tak layak untuk awak, tapi awak tak patut cakap saya ni perempuan murahan! Saya buat semua ni sebab saya sukakan awak, tapi awak langsung tak hargainya! Kenapa awak kejam sangat, Jungkook?! Tak boleh ke awak faham perasaan saya?! Saya luahkan perasaan pada awak sebab saya nak awak tahu betapa saya sayangkan awak, bukan sebab saya nak cuba bekas teman lelaki kawan saya sendiri!" Taerin geram. Kolam matanya yang dari tadi bertakung kini telah menurunkan air mata yang ditahan.

"Kau, tak perlu buat drama depan aku." Jungkook terus berjalan pergi dari situ.

"Jungkook! Tunggu!!" Taerin mengejar Jungkook sehingga ke seberang jalan, tiba-tiba sebuah kereta ditengah jalan memasang lampu yang terang, bunyi enjin kereta kuat. Pedal minyak dipijak dan kereta itu menuju ke arah Jungkook yang sedang berjalan untuk ke seberang.

"Jungkook!!!" Taerin berlari ke tengah jalan dan menolak Jungkook ke tepi dan ..

BAMM!

Jungkook terkejut mendengar sesuatu berlanggar, matanya terbuntang luas. Dia menoleh ke belakang. Hujan mula menitis setitis demi setitis membasahi bumi.

Tubuh Taerin sudah terkulai layu diatas tar. Hujan semakin lebat jatuh ke bumi. Banyak cecair merah disekeliling tubuh Taerin. Darah keluar dari mulut Taerin. Taerin sudah menggelupur diatas tar. Kereta tersebut mengundur dan melarikan diri.

"Kang Taerin!!!!!" Jungkook berlari mendapatkan Taerin yang terbaring di tengah jalan. Kepala Taerin dipangkunya.

"Taerin! Taerin! Bertahanlah, aku akan call ambulans! Jangan pergi! Tolonglah!" Jungkook menangis semahunya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail 119. Taerin menghalang Jungkook, kemudian dia menggelengkan kepalanya.

"Tak! Aku kena bawa kau ke hospital!" Jungkook cuba mendukung Taerin namun perbuatannya terhenti sebaik mendengar jeritan Taeyong.

"Taerin!! Apa dah jadi pada kau ni?! Taerin!!!" Taeyong memeluk Taerin sambil meraung dan menangis.

Tiba-tiba Taerin tersenyum di dalam kesakitannya. Air matanya mengalir. Tangannya diangkat seperti ingin menggapai sesuatu. Dia ternampak wajah Hocheol sedang tersenyum di hadapannya namun samar² sahaja pandangannya kerana di dalam situasi bertarung nyawa menahan kesakitan dan hujan lebat yang mengkaburkan pandangannya kemudian matanya tertutup rapat.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now