Sakit Hati❄

244 44 1
                                    

Tiba² tangannya ditarik.

"Ikut aku!"

"eh apa kau buat ni?! Lepaslah!" ronta Rachel sambil menepis kasar tangan Inho.

"lebih baik kau ikut aku kalau kau taknak aku guna cara lebih kasar!" Inho memberi amaran.

Rachel hanya akur. Inho menarik Rachel keluar dari hospital.

"Kau nak apa lagi?" soal Rachel acuh tak acuh.

"nak apa lagi? Kau tanya aku nak apa lagi? Kau fikir semuanya dah berakhir? Kau tak payah nak berangan, semua ni takkan berakhir selagi kau dengan Jungkook tak mampos depan mata aku ni!" Inho merenung tajam ke dalam anak mata Inho.

"Kau ni memang dah gila!" Rachel menolak badan Inho jauh darinya.

"Kau dengar sini, kalau kau kembali dengan si Jungkook tu, aku akan buat hidup kau merana! Dan apa yang kau buat pada Taerin haritu, aku akan bongkarkan pada semua orang di sekolah!" Inho mula mengugut.

"apa benda yang kau nak dari aku ni?! Kau dah tahu aku tak ada perasaan pada kau, jadi kau harapkan apa lagi dari aku? Aku rimaslah!" Rachel berang.

"aku nak apa? Aku nak kau!" Inho menjelaskan keinginannya.

"Aku takda masa nak layan kau! Walau macam mana pun, aku tetap akan kembali pada Jungkook!" Rachel masuk ke dalam bangunan itu semula.

"Takpe, cubalah kalau boleh. Aku akan bantu kau dengan dia bahagia di neraka nanti .. dan kau patut berterima kasih pada aku." Inho tersenyum sinis.

••••••••••

Taerin masuk ke bilik Pengetua apabila dia dipanggil.

"kenapa cikgu panggil saya?" soal Taerin.

"Perlawanan tu dah nak dekat, tinggal lagi 3 hari, saya tengok awak macam tak berlatih pun? Awak mampu ke berlatih dalam masa 3 hari?" Pengetua memandang wajah Taerin.

"Oh! Maafkan saya,cikgu. Saya hampir lupa pasal perlawanan tu. Tapi, saya janji saya akan berusaha keras untuk perlawanan tu walaupun cuma berbaki 3 hari lagi sebelum perlawanan." jelas Taerin.

"baiklah. Saya harapkan yang terbaik dari awak. Harumkan nama sekolah ni, banggakan semua orang." Pengetua memberi kata-kata semangat kepada Taerin. Taerin mengangguk sambil tersenyum.

Taerin keluar dari bilik Pengetua. Langkah diatur untuk pulang ke kelas.

Sebaik sahaja dia sampai di mejanya, dia terkejut melihat contengan di mejanya.

"PERGI DARI SEKOLAH NI ATAU AKU SENDIRI HERET KAU KELUAR!!"

"aku agak ni kerja Rachel." Taeyong menghampiri Taerin yang kaku di depan meja.

"dah berapa lama?" soal Taerin.

"Aku rasa baru tadi kot." jawab Taeyong.

"OMG!! Kenapa meja Taerin comot ni? Siapa yang buat?!" soal Jimin yang baru muncul.

Taerin terus pergi dari situ. Dia masuk ke bilik loker untuk mengambil sesuatu yang boleh mencuci contengan pada mejanya.

Dia terkejut melihat barang-barangnya yang asalnya di dalam loker kini berada di lantai. Lokernya sangat kotor kerana disumbat tomato busuk serta sampah.

"kejam!" Taerin berang.

skip

"Kau masih lagi nak kembali pada dia?" soal Inho sambil menggenggam rambut Rachel. Tangan Rachel diikat pada pemaut besi di tepi kolam. Tubuh Rachel ditolak ke dalam kolam.

"Ya! Aku tetap akan kembali pada dia!!" Rachel berdegil.

"Oh ya? Bagus!" Inho menolak kepala Rachel ke dalam kolam. Rachel sudah menggelupur seperti mahu lemas. Kemudian dia menarik kepala Rachel keluar dari air.

"nak lagi?" soal Inho.

"Tolonglah jangan seksa aku!" rayu Rachel. Air matanya sudah mengalir.

TOK! TOK! TOK!!

Pintu pusat kolam renang yang berkunci diketuk berulang kali.

"kenapalah suka ganggu orang!" Inho merengus kasar. Ikatan pada tangan Rachel dibuka.

"Ingat eh, kalau kau berani kembali pada dia, benda lagi teruk aku buat pada kau!" Inho bangun dan membuka pintu.

"Inho?" Taerin terkejut. Dia memandang Rachel yang basah kuyup di tepi kolam.

"kau buat apa pada dia?!" Soal Taerin. Inho mencekik leher Taerin.

"L.. lep..pas..lah!" Sesak nafas Taerin dibuatnya.

"kau dengar sini, kalau kau cuba buat apa-apa, kau pun akan kena macam dia!" Inho memberi amaran kepada Taerin kemudian dia melepaskan Taerin dan pergi dari situ.

Taerin terbatuk sambil mengusap lehernya. Dia berlari ke arah Rachel.

"kau okay?" soal Taerin.

"kau buat apa lagi kat sini?! Aku dah suruh kau pergi dari sekolah ni kan?" Rachel merenung tajam ke arah Taerin.

"Oh, jadinya meja berconteng, loker bersepah, tu kerja kaulah?" soal Taerin.

"Ya. Memang aku yang buat! Lagi satu, kau tak payah nak berlagak baiklah! Aku menyampah!" Rachel terus meninggalkan Taerin disitu.

••••••••
Taerin menumbuk beg pasir sekuat hatinya. Dia melepaskan geram pada beg pasir itu tanpa memakai sarung tangan. Tangannya sudah merah, membengkak dan ada sedikit kecederaan pada setiap jarinya.

"kenapa semua ni jadi pada aku? Aku benci dengan hidup aku! Dari awal lagi aku patut ikut Hocher! Aku taknak hidup macam ni!" Air mata Taerin mengalir. Dia merindui Hocher.

"puas?" suara seorang lelaki menyapa gegendang telinga Taerin. Taerin menoleh.

"Jungkook? Awak buat apa kat sini?" soal Taerin.

"saja nak tengok kau berlatih. Aku sebenarnya nak minta maaf pasal kejadian di bustop tempoh hari dan aku cium kau waktu aku mabuk malam tu. Aku tahu aku melampau, sebab tu Taeyong pukul aku." kata Jungkook.

"takpe, saya faham awak mabuk masa tu. Lupakanlah benda yang dah lepas." balas Taerin.

"Jungkook? Kau buat apa lagi kat sini?"

[C] HEARTWhere stories live. Discover now