Diari

168 37 2
                                    

Jungkook tersenyum apabila mengingat semula kejadian petang tadi.

"kau tahu tak, Taerin? Aku rasa puas, rindu aku pada kau dah dilepaskan bila dapat keluar dengan Taera dan .." Jungkook menyentuh bibirnya.

"cium dia." bibirnya mengukir senyuman.

"seandainya kau masih hidup, aku akan buat kau bahagia macam mana aku buat pada Taera tadi. Aku tak anggap dia tu Taera, aku anggap tu kau yang dilahirkan semula untuk beri peluang aku tebus semua kesalahan aku pada kau." luah Jungkook sambil tersenyum. Gambar Taerin yang disimpan didalam telefon bimbitnya ditatap.

"esok, aku akan bagitahu pada dia tentang perasaan aku. Tak logik? Mungkin tak logik bagi semua orang, tapi bagi aku Kau dan Taera tiada beza. Aku akan bagitahu dia yang aku perlu tebus kesalahan aku pada kau,Taerin. Aku akan buat dia jadi gadis paling bahagia di dunia ni. Aku janji, Taerin."

Jungkook terus menghantar mesej kepada Taera.

"tolong aku ya, Taerin."

••••••••••

Taera menghampiri Jungkook apabila dia ternampak lelaki itu sedang membuat kerja sekolah didalam kelasnya.

"Jungkook. Semalam awak hantar mesej pada saya kan? Maaflah, saya tak balas sebab saya tidur awal. Jadi, pukul berapa ? dan dimana?" soal Taera.

Mata Jungkook bersinar² apabila mendengar soalan Taera.

"jam 8.30 malam ni, di restoran paling terkenal kat Busan." jawab Jungkook.

"okay." kata Taera.

"terima kasih, Taera." Jungkook mengukirkan sebuah senyuman.

"Wah! Wah! Wah! Nampak macam pasangan bahagia aje korang ni kan? Takpe, berseronok selagi mampu. Gadis sebelah kau tu memang pandai berlakon, kalau boleh aku nak dia terus jadi rakan subahat aku tapi malangnya dia pun akan ikut jejak kakak dia."

•••••••••••skip

Jungkook menempah seluruh restoran tersebut untuk temu janjinya dengan Taera. Dia menunggu di sebuah meja dengan perasaan teruja. Hatinya terasa gugup tapi dia bahagia apabila memikirkan Taera.

Namun, jarum telah menunjukkan jam 9 malam. Taera masih juga tidak muncul. Dia mendapat mesej satu mesej.

"Jungkook, saya lambat sikit ya? Mungkin pukul 9.50? Saya ada urusan yang tak dapat dielakkan." -Taera

Jungkook melebarkan senyumannya. Dia tetap juga mahu menunggu Taera.

Jungkook tidak henti² mereling jam tangannya. Jarum menunjukkan sudah jam 10.30.

"Encik, kami dah nak tutup." kata seorang pelayan.

"Apa? Em tunggu seke--"

Dia mendapat satu mesej.

"maaf Jungkook, saya tak boleh datang. Saya tak sihat. Maafkan saya." -Taera

Jungkook melepaskan satu keluhan berat.

"Baiklah." Jungkook bangun dan keluar dari restoran tersebut. Dia amat kecewa dengan Taera. Tapi, dia terima. Dia layak terima balasan.

Tiba² ada sebuah van berhenti di depan Jungkook. Beberapa orang lelaki menariknya masuk ke dalam van tersebut.

"lepaskan akulah! Apa ni!!" ronta Jungkook cuba melepaskan diri. Namun, kepala Jungkook telah dipukul dengan sebatang besi sehingga dia pengsan.

"jalan!"

•••••••••••

"Tugas aku dah selesai, sekarang giliran kau." Taera terus memutuskan panggilan. Dia duduk di atas katil. Dia rasa ada sesuatu yang tak kena.

"kenapa ni Taera? Kau yang nak sangat bunuh dia, kenapa kau tak happy? Dia akan menemui ajal dia sekejap lagi." gomel Taera sendirian. Dia membuka laci meja solek Taerin, dia ingin mengambil album gambarnya sewaktu kecil dahulu tapi dia ternampak sebuah diary yang tersimpan di dalam laci yang sama.

"diary?" Taera mengambil dan membukanya.

3 July 2016

"selepas pemergian Hocher, aku buat keputusan untuk bertukar ke sekolah baru. Aku jumpa kawan baru, nama dia Rachel. Dia cantik, kacukan Korea-America. Boyfriend dia nama Hwang Inho,kacak. Mereka memang secocok."

Taera menyelak helaian baru.

3 July 2016 (Part 2)

"aku terjumpa seorang lelaki yang kacak waktu aku melangkah masuk ke sekolah tu di hari pertama. Dia pakai earphone dan kami tak sengaja berlanggar. Aku ada minta maaf tapi dia macam tak kisah dan dia terus pergi tanpa berkata apa²."

[C] HEARTWhere stories live. Discover now