Dress❄

210 41 3
                                    

"bagus! Aku tahu nak buat apa!" Taeyong tersenyum sinis.

Taerin mendongak memandang Taeyong.

"kau nak buat apa?" soal Taerin. Taeyong hanya tersengih tanpa menjawab soalan Taerin.

"jawablah! Aku suruh kau jawab, bukan sengih macam orang gila! Faham bahasa ke tak ni?!" Taerin berang. Sudahlah dia tengah stress kena reject, monyet ni pulak main sengih².

"tahulah kau stress, tapi jangan lepas kat aku! Aku taknak tolong kau nanti baru padan dengan muka kau!" Taeyong meluku kepala Taerin.

"sakitlah!" Taerin menjeling Taeyong sambil mengusap kepalanya yang diluku tadi.

Hatteu pyeong pyeong~

satu mesej sampai. Taerin membuka mesej tersebut.

"Taerin! Kau kat mana? Malam ni pengetua ada buat party untuk raikan kemenangan kau! Jangan lupa datang! Pakai cantik² okay? Semua pelajar perempuan pakai dress malam ni~ Kau puterinya!" -yoona

"siapa mesej?" soal Taeyong.

"Yoona. Dia cakap malam ni pengetua buat party untuk meraikan kemenangan aku dan .."

"dan?" Taeyong menunggu jawapan.

"dan aku kena pakai dress!" sambung Taerin.

"Hah! Lagi senang kerja aku!" Taeyong tersengih.

"Eh kejap! Aku tak pandai pakai dress .." Taerin memandang wajah Taeyong dengan muka minta simpati.

"Nak aku pakaikan untuk kau ke?" Taeyong mengangkat kening. Terserlah wajah nakalnya.

BUKK!

Taeyong terpelanting ke atas lantai setelah ditendang oleh Taerin.

"BYUNTAE!" Taerin terus naik ke biliknya. Taeyong ketawa mengekek.

••••••••••••••

Taeyong membawa Taerin ke sebuah butik. Banyak dress yang cantik.

"Sekarang ni kau pilih yang mana kau nak! Lepastu pergi cuba! Sekurang-kurangnya 7 kali cubaan!" kata Taeyong.

"apa? 7 kali? Nak pakai sekali je!" kata Taerin.

"kau ni banyak mulutlah! Biar aku pilihkan!" Taeyong mencapai beberapa helai dress yang tersangkut pada besi penyangkut di butik itu.

"ambil ni! Pergi cuba!" Taeyong menolak Taerin ke bilik persalinan. Dia menunggu di luar sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Taerin keluar setelah mencuba dress pertama. Gaun berwarna royal blue cutting mengikut badan ramping Taerin. Dihiasi manik-manik kecil yang berkilauan. Gaun panjang sehingga ke bawah buku lali. Bahagia belakangnya terdedah sedikit.

"Taeyong!" Taerin berdiri di hadapan Taeyong. Taeyong memandang Taerin.

"Hmm .. tak cantik! Tukar yang lain!" arah Taeyong. Taerin mencebik lalu dia masuk semula ke dalam bilik persalinan.

Sekali lagi dia keluar setelah mencuba gaun kedua. Gaun hitam tanpa tali paras peha. Dihiasi manik kecil disekeliling pinggang membentuk seperti dedaun dan akar yang tumbuh meliar.

"Taeyong!" sekali lagi Taerin memanggil Taeyong. Kali ini Taeyong terpana melihat Taerin dengan gaun tersebut. Memang seksi. Seksa Taeyong dibuatnya.

"Okay tak ni? Nak cuba yang lain ke?" soal Taerin.

"Tak payah! Kau pakai terus je, lagipun sekarang nak senja dah, lepas siap ni boleh pergi terus!" kata Taeyong. Dia menarik Taerin pergi ke kaunter pembayaran.

"Cik! Kami pilih yang ni!" kata Taeyong sambil menunjukkan diri Taerin. Gadis cashier itu menekan harga pada mesin didepannya.

skip

Taerin bersembunyi di belakang Taeyong.

"Kau sembunyi kenapa jendul?" soal Taeyong.

"Aku tak selesa la! Gaun ni pendek sangat!" rungut Taerin.

"Kau jangan banyak songeh boleh tak?! Jom masuk!" Taeyong memimpin tangan Taerin masuk ke dalam dewan majlis yang dipenuhi ramai orang. Jejak sahaja kaki Taerin yang dihiasi kasut tumit tinggi itu ke dalam dewan, lelaki yang sedang minum terus tersedak. Lelaki yang sedang berbual dengan teman wanita masing² terus memandang Taerin.

Dan seorang lelaki yang sedang menumpukan matanya pada telefon bimbitnya pula perlahan² mendongak memandang Taerin. Dia kaku. Matanya langsung tidak beralih.

"Itu dia atlet kita dah sampai! Mari naik ke pentas ni, Kang Taerin!" Pengetua memanggil Taerin.

Taerin naik ke pentas dengan segan silu. Dia tidak selesa dengan gaun yang dipakainya.

"Majlis ni adalah untuk meraikan kemenangan kamu, Kang Taerin. Kamu telah mengharumkan nama sekolah ni walaupun kamu masih baru disini. Terima kasih,Kang Taerin." ucap Pengetua panjang lebar. Taerin hanya mengangguk sambil tersenyum. Para pelajar dibawah bertepuk tangan.

"Baiklah! Mari kita semua berseronok malam ni." kata Pengetua. Para pelajar bersorak gembira.

Taerin turun ke bawah untuk mendapatkan Taeyong.

"Taerin! Cantiknya Taerin pakai macam ni!" puji Jimin yang baru muncul tiba².

"Eh taklah. Biasa je ni." Taerin cuba menafikan.

"Taerin! Jom menari dengan aku? Lama dah aku tak menari!" Taeyong terus menarik tangan Taerin pergi dari situ. Jungkook hanya memandang Taerin dari tadi. Namun, ada lagi sepasang mata sedang memerhatikan Taerin dengan pandangan benci.

Sedang asyik Taeyong dan Taerin menari, Taeyong tiba-tiba menarik Taerin jauh dari situ seperti ingin mengelak dari sesuatu.

SPLASH!!

"oii apa ni?! Apa masalah kau ni?!" seorang pelajar perempuan tiba² saja menjerit apabila bajunya disimbah air sewaktu sedang menari.

"Sorry!"

[C] HEARTWhere stories live. Discover now