Penipuan

225 36 3
                                    

"Siapa?"

"Jeon Jungkook"

"siapa Jeon Jungkook? Bekas boyfriend Taerin ke?" soal Taera

"Tak. Aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita bincang. Apa kata kita jumpa di cafe esok?" Rachel memberi cadangan.

"Baiklah." Taera mengangguk.

••••••••••

Taeyong terus pergi ke rumah Taerin selepas habis majlis pengebumian. Dia menekan loceng. Taera membuka pintu.

"Taeyong oppa kan?" soal Taera. Taeyong tersentak melihat wajah Taera. Memang seiras. Dia juga teringat setiap kali dia menekan loceng berulang kali, Taerin akan keluar dan menampar kepalanya. Dia tersenyum sendiri.

"Kenapa?" soal Taera pelik. Taeyong tersedar.

"Maaf. Makcik Kang ada?" soal Taeyong. Taera mengangguk.

"masuklah." Taera membuka pintu lebih luas untuk memberi Taeyong masuk.

"Terima kasih."

"Duduklah dulu. Omma,appa! Taeyong oppa datang." jerit Taera dari bawah kemudian dia berlalu ke dapur. Taeyong hanya memerhatikan Taera. Puan Kang dan suaminya turun ke bawah.

"Oh,Taeyong? Ada apa kamu datang ni?" soal Puan Kang.

"Saya datang nak tanya sesuatu pada makcik."

"Apadia,Taeyong?" Soal Puan Kang lagi. Taera datang ke ruang tamu membawa dulang berisi tiga gelas minuman.

"minumlah." Taera meletakkan minuman didepan Taeyong. Taeyong mengangguk.

"Terima kasih." ucapnya.

"Taerin, dia ada kembar ke?" soal Taeyong. Taera mengangguk laju.

"Ya. Taera adik kembar dia." Taera menjawab. Taeyong memandang Taera.

"Tapi, kenapa dia tak pernah cerita pada saya pun selama ni? Kenapa Taera dan Taerin tak duduk sekali?" soal Taeyong lagi.

"Makcik dengan Pakcik dah bercerai, Taerin duduk dengan makcik dan Taera pula duduk dengan Pakcik. Makcik fikir yang Taerin dah bagitahu kamu , mungkin dia taknak bangkitkan hal tu." jelas Puan Kang.

"unnie ada cerita pasal oppa pada Taera sebelum ni. Hm, nice to meet you oppa." Taera tersenyum manis. Senyuman mereka tiada beza, tapi apa yang membezakan ialah hati Taeyong. Setiap kali Taerin senyum,hatinya tenang. Tapi, senyuman Taera pula langsung tidak menyapa hati Taeyong sedikit pun.

"nice to meet you too, Taera. Takpelah, saya pun dah tahu apa yang saya nak tahu , jadi saya pergi dululah. Saya akan balik ke Hong Kong untuk sambung belajar." kata Taeyong.

"bukan ke kamu taknak pergi Hong Kong dulu walaupun keluarga kamu memaksa?" soal Puan Kang.

"sebab masa tu Taerin masih ada. Saya taknak berpisah dengan Taerin, tapi sekarang saya dah takda sesiapa disini dan terlalu banyak kenangan saya dengan mendiang kat sini , saya tak sanggup jadi saya buat keputusan untuk balik ke Hong Kong." jelas Taeyong.

"makcik faham tu. Kamu hati² ya disana? Jaga diri kamu. Makcik pun dah anggap kamu macam anak makcik sendiri." Kata Puan Kang sambil tersenyum tipis.

"Terima kasih makcik. Saya pergi dulu pakcik." Taeyong senyum dan menunduk hormat sebelum keluar dari rumah itu.

•••••••••• skip

Taera dan Rachel berjumpa di sebuah cafe seperti yang dijanjikan.

Mereka duduk bertentangan.

"aku dah hancurkan kakak kau, sekarang aku perlu hancurkan Jungkook dan kau mangsa terakhir,Kang Taera." bisik hati Rachel sambil memandang Taera.

"siapa Jungkook?" soal Taera.

"Jeon Jungkook. Dia tu bekas boyfriend aku. Taerin sukakan dia, tapi dia tergila² kan aku." jelas Rachel.

"apa yang dia dah buat pada kakak aku?" soal Taera lagi. Mendengar kata² dari mulut Rachel , hatinya semakin panas.

"malam kejadian kakak kau kemalangan tu , bukan sebab kakak kau cuba nak selamatkan dia tapi dia yang tolak kakak kau ke tengah jalan sampai ke langgar."

"apa? Dia tolak kakak aku? Kejamnya manusia ni. Dasar binatang!" Kemarahan Taera semakin membuak². Rachel sudah ketawa riang didalam hati melihat kemarahan Taera.

"Dia pernah tolak Taerin dalam Sungai Han sebab Taerin bagitahu perasaan dia pada Jungkook. Nasib baiklah aku nampak masa tu , aku ,cepat² suruh Taeyong selamatkan dia." sambung Rachel.

"Aku akan bunuh dia sebab dia dah bunuh kakak aku!" Taera betul² tidak dapat mengawal kemarahannya lagi.

"kau tahu? Perasaan kakak kau tu selalu sangat kena main dengan dia. Dia pernah biarkan kakak kau tunggu dia sampai malam. Kesian kakak kau." kata Rachel menambahkan lagi dendam dalam hati Taera.

"Aku perlu balas dendam untuk kakak aku!" kata Taera. Suaranya bergetar menahan marah.

"Kau akan mampus, Jeon Jungkook. Kau yang cabar aku." Rachel tersenyum sinis.

"Kau penipu Rachel!"

•••••••••

Esoknya Taera bersiap² untuk ke sekolah barunya iaitu sekolah Taerin dulu. Taera melangkah masuk ke dalam sekolah itu sambil tersenyum riang. Tiba² dia terlanggar seorang lelaki yang berjalan sambil memakai earphone ditelinga.

"maaf!" ucap Taera. Lelaki itu memandang Taera. Wajahnya begitu terkejut.

"Kang Taerin?"

Taera melihat name tag pada baju lelaki itu. Jeon Jungkook.

"Oh! Jadi kaulah Jeon Jungkook? Pembunuh kakak aku! Kau dah bunuh dia, kau pura² risau pasal dia pulak. Baiklah, mari kita main permainan yang sama macam kau buat pada kakak aku dulu? Anyway, nice to meet you." bisik hati Taera sambil memandang wajah Jungkook yang tak lepas memandangnya.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now